Posted by: assafah | July 12, 2009

25 Jam – Manek Urai

Sabtu, 18 Rejab – 11 Julai 2009

Pian datang seperti yang dijanjikan. Jam 0550, teman baru selesai berpakaian. Minta dia dan anaknya ke surau dulu kerana kami akan bersolat subuh di sana. Selesai tunaikan kewajipan, kami bertiga memecut ke Malim Nawar. Lobai dah bersedia dengan peralatannya. Sebelum mendaki jalan   Cameron Highlands, kami bersarapan di gerai baru tepi jalan Kampung Tanjung. Boleh tahan jugak persembahan gerai ini !

DSCN5612

Ketika makan, teman dah dapatkan maklumat awal program pagi ni daripada Ketua Pengarah PASTI. Jam 1000 pagi akan bermula. Doa kami sepanjang perjalanan semoga ALLah selamatkan kami dan tiba tidak terlalu lewat. Memang tempoh tiga jam kalau boleh tiba ke Manek Urai dari Simpang Pulai ni,  sangat hebat le pemamndu dan kenderaannya!

Pagi Bening

Pagi Bening

0945 tiba di Gua Musang. Pedal minyak memang teman tekan habis pagi ni. Setakat itulah sahaja kemampuan Rusa teman ni. Lebih kurang 20 kilometer nak sampai ke Manek Urai Baru, laluan trafik amat perlahan. Hasilnya kami tiba di situ hampir jam 1100.

Guru PASTI & Pimpinan

Guru PASTI & Pimpinan

Taujihat Cikgu Azri

Taujihat Cikgu Azri

Slot pemuda dan pimpinan PASTI dah berakhir. Sahabat-sahabat dah bergerak ke gerai di depan pos Polis ? ( Apa le guna tenaga Polis yang begitu ramai berkawal di kampung nih ? Memang ngabiskan duit rakyat betul ! )

Motivasi MP Rantau Panjang

Motivasi MP Rantau Panjang

YB Zailah sedang menyampaikan ceramah motivasi kepada guru-guru PASTI Kelantan. Ucapannya bersemangat dan mudah-mudahan guru-guru dapat melakukan sesuatu bagi membantu kemenangan Abe Uji nanti.

Mesra 1

Mesra 1

Mesra 2

Mesra 2

Mesra 3

Mesra 3

Selepas membasahkan tekak, kami ikut serta di dalam program ziarah pengundi-pengundi di Kampung Manek Urai Baru. Program ini memberikan kami pengalaman yang amat berharga.  Banyak manfaat yang ditimba daripada masyarakat Kelantan sepanjang ziarah ini – guru politik Islam di tanah air kita ini.

Mesra 4

Mesra 4

At least kenyang betul kami dengan jamuan buah-buahan yang disajikan oleh penduduk yang kami ziarahi.

Durian Kunyit

Durian Kunyit

Petik sendiri pun boleh. Orang Kelantan ni memang pemurah. Apa tidaknya, tiga kerusi Parlimen diberikan kepada pimpinan luar Kelantan untuk bertanding dan mewakilinya sekarang. Berkesan sungguh tarbiyah TGNA.

Abe Taa 1

Abe Taa 1

Selepas solat di Masjid Manek Urai Baru, kami menziarahi aktivis PAS yang kini terlantar akibat serangan angin ahmar tahun lepas. Abang Mokhtar merupakan wakil calon kepada ALLahyarham Pak Su Wei dulu. Petah bercakap dan banyak menyampaikan nasihat kepada kami tentang perjuangan ini. Kami begitu terharu melihatkan keadaan beliau. Rumahnya begitu daif menandakan beliau tidak pernah memikirkan soal imbuhan di dalam perjuangan !

Abe Taa 2

Abe Taa 2

Bagaimana dengan sahabat-sahabat di negeri Bubar DUN ! Ramai yang dah tukar kereta dan lain-lain walaupun hanya berkuasa 11 bulan. Cepat betul tuan-tuan mendapat anugerah ! Datang le ke sini berjumpa dengan Abang Mokhtar.

Abe Taa 3

Abe Taa 3

Kot ada lebih rezeki lebih boleh le sumbangkan kepada beliau. Atau kita kenang kembali soal ikhlas di dalam perjuangan. Kalau ada hadiah or sumbangan biarlah jamaah yang berharta, bukannya kita !

Malamnya kami penuhi dengan mendenngar majlis ilmu di masjid. Ceramah Ustaz Mansur, Mudir MTQ Pulai Chondong  tentang Isra’ Mikraj walaupun ringkas tetapi padat dengan pengajaran. Makan malam sekali lagi kami disajikan dengan harga yang tidak munasabah, sama seperti makan tengah hari tadi. Buat duit betul peniaga di sini dengan mengetuk pelanggan !

Kembali semula ke Manek Urai Baru kerana ada ceramah umum. Pengerusinya bekas ahli Parlimen Jeli. Penceramah pertama AF Ustaz Idris Ahmad diikuti oleh YB Ust Nasuruddin Daud, Walaupun hujan renyai-renyai, para pendengar tidak berganjak kerana isi dan penyampaian Speaker DUN Kelantan nih betul-betul power !

Presiden PAS

Presiden PAS

Kemuncak majlis malam ini ialah ceramah oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Ustaz Hadi begitu bersemangat malam ini memberikan penerangan dan motivasi kepada seluruh pengundi N.41 untuk menolak BN serta menguburkan umno Selasa nanti !

Habis ceramah kami berehat seketika. Masjid Manek Urai Baru begitu selesa kepada kami.Senang nak membersih diri dan persekitarannya dingin. Tidur pun lena hingga ke dinihari.

SK Manek Urai - Tempat berlangsungnya sambutan mi segera Hari Guru Negeri Kelantan ntah kali keberapa taun ni !

SK Manek Urai - Tempat berlangsungnya sambutan mi segera Hari Guru Negeri Kelantan ntah kali keberapa taun ni !

Jam 0900 ada mesyuarat JK harian di Sg Perial. Sebelum mesyuarat Ustaz Idris sempat menyampaikan peringatan dan nasihat kepada kami. Pasca Bandung 2005, ni le baru ada peluang bersantai dengan mantan timbalan KP Pemuda PAS. Laa ni dah jadi Ketua Penerangan PAS Pusat.

Bersama Pengarah JPN Perak

Bersama Pengarah JPN Perak

Jam 1130 selesailah misi kami di Manek Urai. bagi melengkapkan 25 jam tour ini, kami singgah sebentar di Pos Besar N.41. Selesa jugak layanan di sini. Takle macam Bukit Gantang dulu, too much security prochedur ! Macam nak masuk Kamunting pulak. Tak nampak pun kelibat Unit Amalnya sama ada yang elit ataupun tidak elit !

Hj Saleh & Pian setia berposing

Hj Saleh & Pian setia berposing

Tepat 1230 kami meninggalkan N.41. 25 jam penuh bermakna. Mudah-mudahan ALLah berikan kemenangan kepada Islam di bumi bertuah hari Selasa depan. Teruskan jihad dan doa tuan-tuan. Keikhlasan kerja buat kita akan memberikan hasil yang baik, sekurang-kurangnya kepada diri kita sendiri. Takbir !

Pics On The Way Home

DSCN5621DSCN5633DSCN5631

Kelah Gua Musang

Kelah Gua Musang

Pinggir Pos

Pinggir Pos

Beliau & Us

Beliau & Us


Leave a response

Your response:

Categories