Posted by: assafah | October 8, 2008

Editing

Semalam baca komen dpd Pendi. Bagus juga Mamat ni, perihatin tentang kekurangan yang ada pada blog. Memang aku pun tak tau pasal posting, main bantai aje. Jazakallah for your help, cukup taun kita bagi bonus lagi . . . ahak 3! Kat Oracle, mana ada belajot buat menatang ni. Berguru ni dengan sape pun boleh, asal ada manfaat yang hasanah. Petang sempat tido kerana sekarang ni musim hujan, sama macam awal Ramadhan dulu. Nyaman le sikit nak abiskan sunat Syawal. Maghrib makan ala kadar je. Packing soalan untuk Lobai dan Ikhwan. Bila le Mokhtar nak datang ambik soalan ni. Payah jugak mengurus geng kulaan ini, kekadang betul jugak kata Faridah D dulu. Ambik bonus pun pakai wakil aje.

Minum Pagi

Minum Pagi

Selepas Isya’ ke rumah Samad Gul. Mulanya nak naik demak aku tapi oleh kerana hari hujan, Hj Saleh ajak naik van kesayangannya. Pertengahan jalan singgah kat Masjid AnNur dulu. Kami buka kain rentang MB untuk dipasang kat Dewan Bandaran petang Jumaat nanti. Ketat bebeno tali yang diikat dek pemuda ni, nasib baik ada brader bawah pokok. Pinjam lighter dema dan bakor saje le tali tu, baru selesai masalah. Tiba di sana, kami antara yang lewat. Kali ni orang lewat mewah, dapat sepinggan kari kambing makan dengan capati dan roti puri. Walaupun dah kenyang tapi kugagahi juga makan sekeping capati dan dua gelas teh o kurang manis. Thanks to Samad &  Beeve for their warmest hospitality during our meeting. Mesyuarat selesai jam 2330. Harap-harap semuanya berjalan lancar pada hari kejadian nanti. Kepada yang ada masa dijemput hadir ke Majlis Sambutan ‘Aidil Fitri PAS Kawasan Kampar pagi Sabtu nanti ye. Pelbagai juadah yang amat menyelerakan menanti tuan-tuan di sana. Datang jangan tak datang, boleh salam dengan YAB MB Perak, kot nasib baik dapat duit raya weh !

Mari ! Mari !

Mari ! Mari !


Leave a response

Your response:

Categories