17 Safar 1431h – Selasa 02 Feb 2010
Posted in MyPAS
APA YANG KITA TUNTUT DARI TRAGEDI INI ADALAH MEMOHON DIKEMBALIKAN HAK RAKYAT MELALUI SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPELEMBAGAAN. BUBARKAN DUN PERAK… BIAR RAKYAT YANG MENENTUKAN….
“BERSAMA KITA TEGAKKAN KEADILAN ,TENTANG KEZALIMAN”
“PAKATAN RAKYAT PILIHAN KAMI”
Posted in MyPAS
Posted in MyPAS
Posted in PASTI
Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, salawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan pengikut baginda yang setia hingga akhir zaman.
Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana dapat menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Seterusnya, tahniah saya ucapkan kepada warga kerja Jabatan Pendidikan Pasti di semua peringkat, guru serta ibu bapa atas kejayaan membuka kelas pengajian di cawangan Pasti di seluruh negara pada sesi persekolahan 2010 ini.
Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun hijrah 1431. Semoga tahun baru ini memberi kekuatan kepada kita meningkatkan amal solih untuk kesejahteraan hidup di dunia dan menjadi bekalan terbaik demi kehidupan di akhirat.
Pasti adalah tempat anak-anak diasuh dan dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang bertujuan membangunkan rohani, emosi, intelek dan jasmani mereka mengikut acuan Islam. Sebagai ibu bapa, menghantar anak belajar di Pasti adalah memenuhi tanggungjawab memberi pendidikan asas Islam kepada mereka. Anak kita ibarat kain putih. Pendidikan akan mencorakkan kehidupan mereka pada masa hadapan, sama ada mereka akan menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. Sudah tentu, pendidikan Islam akan menjadi penunjuk jalan dan pembimbing terbaik untuk menyelamatkan mereka mengharungi kehidupan agar tidak terjerumus kepada kesesatan atau kemurkaan Allah.
Selain daripada aktiviti dalam bilik darjah, Pasti Malaysia juga merancang untuk mengadakan Hari Anugerah Murid Pasti Cemerlang pada 30 Januari 2010 di UIA, Selangor, Ijtima’ dan Sambutan Hari Guru di Kuala Terengganu, Sukan Pasti pada bulan Jun, di USM, Pulau Pinang dan Ihtifal Pasti peringkat Kebangsaan pada bulan Oktober, di Ipoh, Perak. Kelas Asas Fardu Ain dan Fardu Kifayah Harian (Kaffah) juga akan bermula pada bulan Februari nanti. Saya berharap agar ibu bapa sekalian akan memberi sumbangan dan sokongan untuk menjayakan program pembangunan iman serta insan yang dilaksanakan di Pasti di seluruh negara.
Semoga anak-anak kita akan mendapat pendidikan terbaik di Pasti manakala kita akan menjadi ibu bapa dan komuniti yang sentiasa mendokong usaha pembangunan pendidikan terbaik kepada mereka. Bangunkan jiwa anak-anak kita dengan semangat persaudaraan dan perpaduan sejati. Corakkan kain putih itu dengan celupan Ilahi.
Terima kasih.
AZRIN BIN AB. MAJID
Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia
Posted in PASTI
Tepat jam 1120 kami daftar masuk ke LAT Kota Kinabalu selepas menghabiskan 48 jam di bumi bawah bayu ini. Sebahagian masa digunakan untuk memperkasakan organisasi PASTI di sini, sebahagian lagi untuk ziarah dan menimba pengalaman baru.
Terima kasih kepada Cikgu Anuar Ali seisi keluarga & saf PASTI Sabah kerana layanan mesra sepanjang kunjungan ini. Hidangan tengah hari udang galah Kinabatangan akan terus segar dalam ingatan kami.
Tiba di LCCT jam 1520. Kami terus bergegas untuk daftar masuk penerbangan ke Alor Setar. Syukur kepada ALLah kerana sempat masuk ke pesawat setelah bersolat di Surau Balai Berlepas LCCT.
Tiba di LT Alor Setar jam 1510. Pengarah PASTI Kedah dan timbalannya telah sedia menunggu kami untuk dibawa ke tempat pertemuan di Pejabat PAS Kawasan Pokok Sena.
Posted in PASTI
Ziarah atas urusan rasmi kali ini mengambil masa selama empat hari. Jarak yang dilalui oleh kami sekeluarga hampir mencecah 1400 kilometer satu pusingan lengkap. Syukur kepada ALlah kerana telah menyelamatkan perjalanan kami.
Tour ini juga membolehkan kami merasai pengalaman baru melalui jalan yang asing bagi kami iaitu Permatang Pauh – Gerik dan Gua Musang – Kuala Lumpur. Laluan terakhir betul-betul menakutkan, tambahan pula kes kemalangan maut di situ kerap menghiasi dada akhbar.
Ja tak boleh tidur kerana bimbangkan room matenya terlelap atau alpa sewaktu memandu.
Posted in Rutin
04 Muharam / 21 Dis 2009
Jam 0800 bergerak meninggalkan AnNahdhoh. Kami gunakan laluan Kulim – Gerik. Singgah di Petronas untuk isi petrol. Jam 1130 mengisi perut anak-anak di Batu Melintang.
Selepas mengharungi kesesakan lalu lintas mulai Kok Lanas hingga Kota Bharu, kam berjaya daftar masuk di Hotel Politan tepat jam 1400. Syukur kepada ALLah kerana telah menyelamatkan perjalanan kami tadi.
Selepas solat, hanya buat beberapa urusan kewangan kecil dan berehat di bilik. Anak pertama kami menemankan ibunya bersiar-siar di sekitar pusat bandar KB BRI ni.
Posted in Rutin
Jam 740 meninggalkan rumah di Batu Putih. Berhenti rehat dan sarapan di Hntian Sebelah Taiping. Syukur kepada ALLah, kami tiba dan sempat daftar masuk ke bilik di An=Nahdhoh Inn sebelum jam 1000.
Mulai jam 1230 hingga 1910 teman ada program dengan Jabatan PASTI Pulau Pinang. Ja & Co urus hal sendiri di bilk dan ziarah sekitar An-Nahdhoh.
Selepas solat Maghrib, baru ada masa bawak bebudak jalan-jalan di sekitar Permatang Pasir. At last singgah makan char kuey teow yang famous di Permatang Pauh ni. Rasanya sedap tetapi terpaksa bersabar menunggu hampir 45 minit. Ada jugak pelanggan yang bayar minuman dan terus cabut kerana tidak tahan menunggu !
Posted in Rutin
Kami tiba di MTQ Malim Nawar tepat jam 1015 pagi. Kami disambut oleh Pengetua MTQ AF Ust Sofian Haji Rejab dan pasukannya.
Dr Pauzi mengambil tempat di kerusi tetamu kehormat majlis. Teman ke Pusat Kegiatan Masyarakat Tualang Sekah sebentar untuk menyelesaikan urusan bilik setor PASTI Perak.
Jam 1030 majlis perasmian Ihtifal dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ustaz Sofian. Selepas itu Dr Pauzi menyampaikan ucapan perasmiannya. Intisari ucapan beliau adalah kewajipan kita mempelajari Al-Quran dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian.
Seterusnya beliau menyeru seluruh hadirin yang datang meramaikan lagi jumlah anak-anak yang menghafal Al-Quran. Semua jenis bantuan moral dan material perlu disalurkan kepada MTQ AdDin dan intitusi lain seumpamanya.
Posted in 1
Pagi yang bening, selepas menunaikan rutin Ramadhan, aku menungggu waktu subuh masuk sambil bertakbir di Masjid Jamek. Sesudah solat subuh yang sememangnya tidak semeriah Solat Tarawih, aku termenung sebentar. Lantas aku beristighfar dan mengucapkan syukur yang teramat sangat, ternyata ramai yang tewas dek persiapan ‘aidil fitri. Pagi-pagi ni terus menuju ke gerai roti canai, kebiasaan yang telah ditinggalkan hampir sebulan. Belikan sarapan buat Ja dan anak-anak kerana pagi ni sunat makan terlebih dahulu sebelum sembahyang raya. Selesai sembahyang raya di Masjid Jamek juga, kami seisi keluarga menziarahi kubur putera kami ‘AbduLLah ‘Azam dalam perjalanan pulang ke rumah abah untuk bersama-sama dengan adik-adik. Selesai menjamu selera ala kadar, kami semua ke Ipoh menziarahi makam bonda. Ada memilih untuk tinggal di rumah kerana katanya banyak kerja mengemas yang terpaksa dibereskannya seorang diri. abah terpaksa mencapuk belakang Azhar kerana laluan ke makam bonda dipenuhi batu nesan yang berceracak. Penglihatan abah yang tinggal 10 peratus begitu menyukarkan dia untuk sampai ke kubur isterinya yang tercinta itu. Memang benar perkongsian hidup mak dan abah selama 43 tahun sangat membahagiakan abah. Dengan penuh kudus, doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi supaya menyelamatkan Bonda tersayang. Selesai di kubur, kami menziarahi opah di KDAS 3. Adik-adik nak merasa suasana hari raya di rumah MB Perak. Kami bergegas ke sana kerana menyedari waktu yang ditetapkan hampir tamat. Syukur berjaya juga sampai dan bersalaman dengan Ir dan Kak Timah. Kami semua terhibur walaupun hanya tinggal cendol sahaja sebagai juadah di situ. Rezeki orang lambat, biasalah. . . . .
Posted in Rutin
Selepas subuh ke ofis. Buat kerja printing dan jumpa beliau untuk taklimat kerja jamuan Sabtu depan. Ja menyiapkan anak-anak di rumah. Hampir jam 12 tengah hari, kami meninggalkan rumah menuju ke Parit. Singgah di rumah Ketua Kampung Changkat Tin, era peralihan kuasa ni semua tenaga penting di cawangan menerima amanah mengurus masyarakat, Yang penting bukan ghanimah tetapi menifestasi tarbiyah yang diterima selama ini, adakah mampu melahirkan pemimpin kecil yang berjiwa Umar Abd Aziz ?
Posted in Rutin
Mungkin ari ni mula ju’ dan ataf. Subuh di Kg Raja, lesu sungguh solat di sini. Abiskan waktu pagi dengan ipar-duai. Jam 1200 farewell, jammed 3 km dari pekan Parit. Terpaksa guna jalan Bota Kiri. Solat Jumaat di Seri Iskandar.Stranded dalam masjid, ujan lebat. Rupanya kuat tempias di masjid ni. Cadang nak intai aksesori vios dulu. Janji nak jumpa Abib 3.30 petang nanti. Layan bebudak mandi di kolam. Abib tiba tepat pada masanye. Serahkan draf que UPMT dan nyembang sekejap. Tak dapat lama kerana dia jaga dua orang anak keciknya, kata Abib. Pengarah set appoinment mrat ahad ni dan ziarah ke rumah TKP by pone call aje. Ke GTWM cari teh songket, tengok kempen high pressure blender kejap. Ja macam nak beli aje, tapi at last tak jadi. Ziarah nda di Tambun. Berbuka tamar dengan Ja di masjid Tambun.
Posted in Rutin
Semalam jam 1000 till 1300, kami bermesyuarat tentang pengendalian Ihtifal peringkat negeri 26 Okt ni. Harap-harap segala keputusan di dalam mesyuarat itu dapat dilaksanakan dengan jayanya oleh setiap jawatankuasa kerja yang menerima amanah. Pendi masih beraya di Melaka or else ? Selepas itu mrat lagi hal berkaitan pengurusan dan dana PASTI Perak. Manaf bermurah hati menjamu kami dengan buah rambutan sulungnya. Perjalanan diteruskan ke Sungai Petai. Perbincangan dengan TKP berlangsung hingga jam 1700. Oelh kerana di lebuh raya, jammed gila, kami menggunakan jalan persekutuan. Lebih kurang je coraknya. Jam 1840 barulah kami dapat menjamah nasi di Sungai Siput. Aku dan Hj Hasan menziarahi Abib yang mengadakan rumah terbuka di Metro Pengkalan. Ja dan Ad solat jamak di rumah Abib. Di Taman Bina Jaya ada mesyuarat cawangan TS dan MN tentang urusan lemang dan rendang Sabtu ni. Aku singgah sebentar kat rumah Duan tu dan tumpang solat jamak di situ. AlhamduliLLah mesyuarat berjalan lancar dan aku boleh bagi kredit kepada Lobai kerana organisasinya tersusun dan harap-harap kerja tu ok seperti mesyuaratnya. Lepas tu ziarah Jamil, di luar je sebab dah lewat dan dia seisi keluarga demam. Kesian jugak sebab dia b
eranak kecik, dua orang pulak tu.
Posted in PASTI
Jumaat 26 Ramadhan. Banyak sangat event ari ni. Selepas sekolah Hj Saleh datang jemput aku untuk pergi ke Masjid Negeri. Selesai solat Jumaat, aku menziarahi Makam Bonda di Gurap. Nampak bersih sikit persekitaran di situ, cuma rumput mula menghijau kerana awal 10 Ramadhan dulu hujan turun mencurah-curah membasahi bumi Perak ni. Selepas itu masuk ke Dewan Serbaguna Kompleks DUN Perak. Dulu tempat ni tak pernah wujd dalam fikiranku. Mujur awal 5 minit daripada YAB Menteri Besar. Kot tidak segan jugak nak masuk dewan. Di dalam dah sedia duduk guru-guru PASTI Perak dengan senyuman sampai ke telinga. Maklumlah ari ni nak terima tunai RM500, duit raya dari Yayasan Perak.
Majlis abis jam 4.50 petang. Ustaz Shuib memang harapkan aku dapat datang awal untuk selesaikan urusan agihan sumbangan da majlis berbuka puasa dengan Datin Seri di Masjid Air Hitam Labu jam 6 petang. Mujur le dapat tumpang Asri. Syok jugak naik Frontier dia ni. Meraban dengan Mamat ni memang asyik, tak sedor dah tiba Masjid AnNur. Kat pintu, Ja & Co. dah sedia tunggu dengan AAS untuk bawak aku ke AHL. Selepas solat asar terus le ke sana. Tersenyum lebar TYDP aku kerana jangkanya aku tiba lewat sikit. Selepas short briefing, aku pun mulakan majlis petang tu kerana abuya dan Datin Seri on the way dan akan tiba bila-bila masa je untuk sampaikan sumbangan. Macam program muslimat je kerana ramai penerimanya pompuan. Ustaz Nuar pun lewat, jadi tazkirah diberi selepas terima sumbangan. Takpelah janji mesej dan pesan rohani sampai ke telingan audien. Trademark program PAS mesti ada santapan rohani, lebih-lebih lagi di bulan yang penuh keberkatan ini. Masuk waktu Maghrib semua yang datang menjamu selera. Enak juga juadah yang disediakan oleh Moha Katering. Padan le dengan harga RM11/ per head. Aku cuma sempat makan nasi dengan ikan goreng. Tempat dan hidangan yang baik beri le kepada tetamu yang datang. memang orang kampung jarang-jarang dapat alami suasana sebegini. Sola tarawih di Batu Putih aje. Mat Bom masak kambing petang tadi dan lepas solat ada tazkirah. Dapat juga aku merasa kambing dan char kutiaw Mat Bom & Co. 1200 till 0445 rutin seperti biasa. Esok cuti lega le sikit ……….
Posted in MyPAS
Semalam baca komen dpd Pendi. Bagus juga Mamat ni, perihatin tentang kekurangan yang ada pada blog. Memang aku pun tak tau pasal posting, main bantai aje. Jazakallah for your help, cukup taun kita bagi bonus lagi . . . ahak 3! Kat Oracle, mana ada belajot buat menatang ni. Berguru ni dengan sape pun boleh, asal ada manfaat yang hasanah. Petang sempat tido kerana sekarang ni musim hujan, sama macam awal Ramadhan dulu. Nyaman le sikit nak abiskan sunat Syawal. Maghrib makan ala kadar je. Packing soalan untuk Lobai dan Ikhwan. Bila le Mokhtar nak datang ambik soalan ni. Payah jugak mengurus geng kulaan ini, kekadang betul jugak kata Faridah D dulu. Ambik bonus pun pakai wakil aje.
Selepas Isya’ ke rumah Samad Gul. Mulanya nak naik demak aku tapi oleh kerana hari hujan, Hj Saleh ajak naik van kesayangannya. Pertengahan jalan singgah kat Masjid AnNur dulu. Kami buka kain rentang MB untuk dipasang kat Dewan Bandaran petang Jumaat nanti. Ketat bebeno tali yang diikat dek pemuda ni, nasib baik ada brader bawah pokok. Pinjam lighter dema dan bakor saje le tali tu, baru selesai masalah. Tiba di sana, kami antara yang lewat. Kali ni orang lewat mewah, dapat sepinggan kari kambing makan dengan capati dan roti puri. Walaupun dah kenyang tapi kugagahi juga makan sekeping capati dan dua gelas teh o kurang manis. Thanks to Samad & Beeve for their warmest hospitality during our meeting. Mesyuarat selesai jam 2330. Harap-harap semuanya berjalan lancar pada hari kejadian nanti. Kepada yang ada masa dijemput hadir ke Majlis Sambutan ‘Aidil Fitri PAS Kawasan Kampar pagi Sabtu nanti ye. Pelbagai juadah yang amat menyelerakan menanti tuan-tuan di sana. Datang jangan tak datang, boleh salam dengan YAB MB Perak, kot nasib baik dapat duit raya weh !
Posted in Rutin
Petang tu betul-betul tak sempat. Selepas zohor till asar siapkan flyer di ofis. Selesai xerox terus balik ke rumah. Hampir jam 5.30 baru boleh bertolak keluar. Ambik Lobai di TBJ dan pecut ke Masjid Kota Bharu. Ngam-ngam tiba jam 5.55. Tetamu dan penerima semua dah bersedia di tempat duduk masing-masing. setelah bertenang dan ambik nafas dua minit, Buya bagi aku list protokol. Majlis pun dimulakan, ngam juga portable amp. buya ni. Nampak je kecik tapi bunyi power ! Ustaz Ibrahim seperti biasa bagi tazkirah bersahaja dan penuh leluconnya. Tempat orang yang baru nak faham Islam ni tak boleh beri pengisian yang berat-berat. Cabut dema nanti yop ! Datin Seri sampaikan sumbangan dengan penuh kemesraan kepada 60 orang penerima. Ada le tambahan belanja raya kepada golongan mustad’afin nih. Hj M Zain mengepalai bacaan tahlil. Oleh kerana masa ada lagi, dia pun baca slow motion. Takpelah senang orang nak ikut dan jelas sebutan dan doanya. Lobai dan siap nak azan. tup! tup ! Ketua Kampung Kota Bharu sendiri ketuk kerantung tanda masuk waktu Maghrib. Berbuka sakan le segala rakyat jelata termasuk aku dan Hj Saleh. Cikgu Hashim pun boleh tahan, abis le dua talam untuk kami empat orang. Juadah petang ni amat mewah, siap meratah lagi …… Abis solat Maghrib kami pun bersalaman dengan tuan rumah. Terima kasih kepada semua, program petang ni kira hebat ler kerana anggaran kos hampir RM10K. On the way home kami singgah bagi kurma MB kat Masjid Changkat Belulang. Ja bawak kereta balik tinggalkan aku di surau BP kerna malam ni ada tazkirah Us Mangkor. Sad to say, dah le perut penuh, Ustaz bawak solat stail tai chi. Hampit tersembam aku dibuatnya. Nilah padah nafsu makan yang gagal ditarbiyah . . .
Posted in MyPAS
Tadi 11 Syawal, telah berlangsung majlis Sambutan Aidil Fitri PAS Kampar 1429H bertempat di Dewan Bandaran Kampar. Persiapan di tempat jamuan telah mula dibuat sejak malam Jumaat lepas. Bendera dan lambang PAS telah dinaikkan sepanjang jalan masuk menuju ke dewan itu. Tidak ketinggalan kain rentang khusus untuk majlis sambutan yang telah disediakan oleh Sdr Amran dari Ipoh, merah jambu warna latarnya, memang kita tidak terikat dengan sebarang warna tema cuma hijau telah sinonim dengan PAS. Sekali-sekala bagus juga ubah ‘ mind set ‘ orang-orang kita berkaitan tema ini. Juadah mengikut menu yang telah ditetapkan telah disiapkan oleh cawangan-cawangan. Sejak jam lapan pagi, petugas-petugas yang terlibat telah datang membuat persiapan gerai-gerai makanan. Ada tujuh gerai makanan dan tiga gerai minuman untuk dinikmati oleh semua tetamu dan jemputan. Program dijadualkan bermula jam 10.30 pagi. Tetamu jemputan mula datang seawal jam 10 pagi, terdiri daripada YB Chen Fook Chye ( Exco Kerajaan Negeri Perak ), YB Keshvinder Singh ( Pengerusi Pakatan Rakyat Kampar ), ahli-ahli Majlis Daerah Kinta Selatan dan ahli parti Pakatan Rakyat. Turut hadir ketua-ketua kampung JKKKN dan JKKKP. Syabas kerana anda semua telah berjaya memisahkan benteng politik demi meraikan Syawal yang mulia ini, Sebelum itu, big bos MDKS, Tuan Haji Abdul Hakim, telah berada lebih awal di majlis itu. Sekalung penghargaan daripada kami kepada tuan atas segala kerjasama padu yang tuan berikan kepada majlis ini.
Jam 10.20 pagi sekumpulan penunggang motor berkuasa tinggi telah memasuki kawasan Dewan Bandaran, dianggarkan kira-kira 30 buah motosikal pelbagai jenama diletakkan di luar dewan dan mendapat perhatian ramai terutamanya kanak-kanak. Kumpulan ini diketuai oleh saudara Haruddin Sharif anak jati Air Hitam Labu yang kini menetap di Ipoh. Beliau dan rakan-rakannya dijadualkan akan mengiringi YAB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar ke tiga lagi majlis Aidil Fitri selepas ini. Tiba-tiba teman terperasan ada seorang jejaka wearing the suit yang sangat familiar. Pendi rupanya. thanks for coming jauh dari Ipoh. Layan diri ye yop, moga-moga dapat sate.
Jam 10.45 pagi. YAB Menteri Besar Perak merangkap Yang DiPertua PAS Kawasan Kampar tiba bersama keluarganya. Turut mengiringi beliau, biasalah . . pegawai khasnya. Sdr Amran yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Kampar. Jazakallah atas budi tuan menaja program ini, kot tidak pening juga kepala teman mikokan operasinya. YAB MB dijemput ke atas pentas diiringi oleh YB Chen, YB Kesh, Tuan Haji Abdul Hakim dan beliaulah, sape lagi kalau biulan TYDP PAS Kampar selaku Pengarah Program. Pengacara pun menjalankan tugasnya, mula-mula laju beno cakapnya, walaupun jelas tapi macam bas ekspres. Anyway, first debute as mc tidak menghampakan kami, keep on good work. Ramai yang tanya who’s those handsome guy ? When I told them, tu bukan orang tepi jalan tapi lecturer KTAR, melopong dema. Bukan ujub tapi sedarilah PAS bukan sahaja didokongi oleh orang-orang kampung, berlambak tenaga pro.nya, cuma kami lebih selesa berkerja tanpa publisiti. Doa dibacakan di dalam tiga bahasa oleh Ketua Urusan Ulamak PAS Kampar, biasalah Ustaz Ibrahim ini English Medium, dah tu bekas guru Bahasa Inggeris. Berabuk le bahasanya cuma dalam kuliah, beliau masih ngajo cakap peghak. Selepas ucapan aluan Ustaz Shuib. kita beri ruang yang cukup untuk YAB Menteri Besar menyampaikan ucapannya. Tahniah kepada para tetamu dan petugas kerana bersabar mendengar dengan penuh minat ucapan tersebut. Antara perkara penting yang disebut oleh YAB MB kita ialah tentang keterbukaan Kerajaan Negeri Perak atas premis dan milik kerajaan negeri. sebelum ini jangan harap le mereka yang mendokongi parti pembangkang boleh menggunakan prtemis kerajaan negeri seperti dewan, balai raya dan sebagainya, walaupun bersewa !
Beliau mengucapkan tahniah kepada pengurusan MDKS kerana telah merealisasikan hasrat dan dasar kerajaan Pakatan Rakyat di bumi Perak yang bertuah ini. Jika ada permohonan dari pendokong Barisan Nasional untuk menyewa dewan ini dan tempat-tempat seumpamanya, akan mendapat layanan yang sewajarnya. Idak ler macam zaman UMNO dulu, semua harta kerajaan ni macam gheta bapak dema ! Seterusnya yang teman ingat, YAB ada menegaskan tentang Pakatan Rakyat yang tidak berteraskan perkauman dari awal lagi penubuhannya. Beliau turut membacakan hadis Nabi SAW di dalam Bahasa Arab dengan terjemahan di dalam Bahasa Inggeris supaya dapat difahami dengan cepat oleh Ahli-ahli Majlis yang kebanyakannya dari kaum Cina dan India. Cuma barui sekarang ni, Presiden UMNO mula nak bagitau hal yang sama. PAS 50 tahun lepas dan benteras assabiyah ( perkauman ) nih.
Perkara ketiga yang disampaikan oleh YDP teman ni ialah tarbiyah Ramadhan sepatutnya mengembalikan kita kepada fitrah sesuai dengan semangat kita merayakan ‘Aidil Fitri. Seharusnya kita menjadi insan yang berakhlak mulia, memperbaiki hubungan sesama manusia, menjadi peneraju masyarakat, membenteras segala penyelewengan termasuk rasuah, akta ISA, salah guna kuasa dan berbagai perlakuan negatif yang melanda masyarakat kita dewasa ini. Kepada semua ahli-ahli PAS Kampar, hayati dan ikutilah nasihat YDP kita ni, mudah-mudahan kita termasuk ke dalam golongan yang diselamatkan serta mendapat keuntungan sempena kedatangan Ramadhan tahun ini kerana tak pasti lagi sape yang ALLah panjangkan nyawa hingga Ramadhan 1430 nanti ?
Selepas ucapan kira-kira jam 11.45 pagi jamuan rasmi bermula. Para petugas memang telah diperingatkan tentang serbuan oran ramai ini, Maklumlah dah bertohor lama. Sekejap je luak le juadah yang telah disediakan tu. Makanan yang disediakan mencukupi untuk kira-kira 2000 orang pengunjung. Komen yang hadir, mewah betul jamuan kali ini, semua dapat makan kenyang ! Syukur kepada ALLah, rezeki yang ada ini memang kita sediakan untuk semua.
Ibarat bapak yang ngahwinkan anaknya. teman tak sempat makan ari ni, cuma minum air mineral waktu melayan Ustaz Misbah ( Setpol MB Perak ). Kami mula mengemas jam 1245. Break sekejap untuk solat Zohor di Surau AsSalam, Padang Tembak. Alhamdulillah selesai jam 1345. Apapun terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan majlis ini. Ikhlaskan kerja kita untuk mendapat ganjaran daripada Yang Maha Kuasa. Ingatlah sesungguhnya kerja ini bukan sukarela tetapi taklif ( kewajipan ) terhadap orang-orang yang beriman !
Posted in MyPAS
Posted in MyPAS
Bersedia sejak jam 1230 untuk pergi ke Ipoh. Selepas makan nasi di kantin, teman terus ikut jalan pintas ke stesen bas. Cadangan nak naik bas ekspres pukul satu petang tetapi tergendala kerana bas datang lewat. Rupa-rupanya perkhidmatan bas yang dikendalikan oleh Kinta Bhd. tidak cekap seperti dulu ( zaman gemilangnya dulu, bas ke Ipoh dari Kampar ni lapan minit satu ! ). Perjalanan pun tidak lanacar seperti dahulu. Maklumlah, sekarang jalan terlalu sibuk. Lampun isyarat pun dah ada dua puluh baru tiba bandar raya Ipoh.
Turun sahaja bas, terus berjalan dengan pantas ke Bangunan Tabung Haji. Ja pesan suruh masukkan duit raya anak-anak. Hanya duit AD masuk 30% je, selebihnya dia nak buat bekal rombongan sekolah katanya. Ja tak beri tapi teman izinkan kerana sepanjang enam tahun di sekolah rendah, tak pernah dia berpeluang ikut serta rombongan sekolah. Lagi pun tahun depan entah ke mana dia akan belajar. Selesai di situ teman solat kat Masjid Pakistan depan Tabung Haji. Sambil tunggu Pendi datang sempat juga merasa solat di masjid tu. Memang tak pernah singgah solat di situ walaupun kerap melalui jalan itu yang merupakan jalan pintas ke bandar raya. Rupa-rupanya Pendi yang menunggu di bawah. Kami terus ke Anastoria, dalam perjalanan singgah di Restoran Salim minum sambil pekena roti canai garing. Buat bayaran kedua kepada Anastoria, syukur bayaran tahun ini yang berjumlah >< RM 70K boleh ler diselesaikan, tahun depan entah le.
Semasa meronda di kedai tayar, Asri telefon. Mamat ni nak amik sijil tambahan pulak. Teman memang tak bawak kunci stor. Janji dengan dia 9.30 malam karang jumpe di ofis teman di Kampar. Selesai solat Asar, teman naik ke atas kejap. Buat beberapa panggilan berkaitan urusan jemaah. Lepas tu bersama Pendi ke gerai kawannya di padang kanak-kanak. dulu tempat ni famous dengan Gerai Sate Endut. Petang ni kami makan sate, ooops macam berbuka puasa pulak ! Selepas perut kenyang kami ke Masjid Panglima BG. Walaupun hujan rintik-rintik, perjalanan bermotor diteruskan. Pendi hantar teman ke hentian bas, kalau dulu tempat ni Cressendo. Dekat nak tiba Kampar Jaya, Haji Saleh
maklumkan mak Zul Van meninggal dunia jam 6 petang tadi. Geng surau BP dah bersiap nak bertahlil di rumah beliau. Sempat jugak teman tiba di pertengahan tahlil tu. Kot tidak segan jugak sebab anak-anak teman duduk di situ, cuma Zul tak pernah cerita pasal emaknya tu. Anak-anak teman pun tak pernah terkenang hal orang sakit di rumah mama mereka tu. Selepas tu bergegas ke stor di Jeram naik Frontier Asri. Malam ni dia datang seisi keluarga. Selesai urusan jam 10.30. Pulang ke rumah rasa letih jugak ari ni. kkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkbbbbbbhhhh.
Posted in Rutin
Lepas sekolah terus ke pekan. Aku singgah solat di opis. Mana le Pendi ni ? Bas ke KL pukul 2, gelabah jugak teman taku-takut dia terlewat. Boleh kacau program petang ni. Jam 1.55 tersengih dia datang dari arah belakang, rupanya mencari teh o ais dulu. Kami naik bas dan bertenang. Ari ni bas dipandu oleh Acey adik kepada Allahyarham Man ( kawan baik teman waktu zaman pasca ais dulu ). Mamat kawan teman ni kata dah nak pecah mende dia nahan kencin. Tu le tadi sape suruh minum teh o ais. Terpaksa le minta tolong kepada Acey supaya cari iempat strategik untuk melepaskan hajat kawan teman ni. Bas berhenti di hentian Sg Buluh dan selesai le segala masalah Pendi. Acey bermurah hati menurunkan kami di depan KL Sentral. Thanks for your kindness. Masuk ke dalam cari maklumat tentang waktu perjalanan bas ke LCCT. Kami setuju ambik bas jam 6. Sempat le makan dan solat Asar di situ. Tambang bas RM8 aje, campur yang tadi bari RM20.00 tiba le ke LCCT, ni sudah murah berbanding dengan perjalanan terus dari Terminal Gopeng ke LCCT RM42.00. Lain kali kalo pegi sorang, teman akan pilih cara ini je.
Selesai berposing di kaunter LCCT, kami tunaikan solat jamak Maghrib dan Isya’ di surau. Ramai jugak orang yang gunakan surau ini. Kalau dibesarkan lagi, teman rasa lagi baik. Suasana di LCCT ni nampak eksklusif berbanding stesen bas di tempat teman. Ini le paseynya orang sukan naik pesawat udara kot. Adanya perkhidmatan tambang murah oleh Air Asia membuka peluang kepada teman dan orang yang seangkatan untuk merasa terbang . . . . Geli hati jugak tengok Pendi kerana pengalaman pertama naik kapal terbang mesti tak berapa menguasai suasana lagi. Somehow, thanks kerana dia telah sanggup mengambil sedikit peralatan teman untuk dimasukkan ke dalam begnya. Ini untuk elakkan cukai bagasi. Rupa-ruoanya had ‘hand lugage’ cuma 7 kilogram seorang.
Tak banyak cerite di dalam kapal terbang melainkan pramugarinya ( ketua – Nazrin ) yang terlalu seksi. Alangkah baiknya jika mereka ini semuanya berpakaian sopan. Pendi kate macam naik LRT aje pesawat Air Bus 320 ni. Malam bukannya nampak apa ! lain kali teman nak bawak dia naik waktu siang, mesti melopong mulut dia tengok keindahan alam ciptaan Yang Maha Kuasa.
Azri jemput kami di LTA Langkawi. Selepas bersalam dan cerita lebih kurang dia bawak kami makan malam di kedai kenalannya dekat Pantai Cenang. tempat ni seperti dah familiar dengan teman kerana sebelum ini dah dua kali bawak Ja dan anak-anak bercuti di sini. Enak jugak makanannya. Hampir jan 12.00, kami terpaksa minta diri daripada Azri. Jazakallah atas bantuan tuan yang tidak putus-putus. Kami tidur di Grand Beach Motel dengan bayaran RM50.00. Mana nak cari tempat macam ni di Ipoh ! Esoknya solat di Surau Pantai Cenang, ada tiga orang Patani yang kerja kat Restoran Hj Ramli kot yang tumpang tido di situi. Meriah jugak le subuh pagi tu. kot tidak tinggey sejadah saj yang mengimami waktu di surau itu. Nilah nasib intstitusi agama di kawasan pelancongan yang tidak Islamik. Harap-harap kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Dato’ Azizzan Razakmentadbir Kedah sekarang dapat mengubah fenomena ini.
Berita lain akan menyusul ……
Posted in PASTI
Sabtu 18 Syawal, tunggu Lobai di masjid AnNur sejak 7.15 tadi. Sembang dengan Kaunselor MDKS & Co tentang trip dia orang nak cari tempat sarapan pagi ni. . . .
Tiba di Taman Melewar jam 1005, lewat sedikit. Ustazah W sedang ampaikan taklimat KAFFAH, lepas tu disambung oleh Ustaz Zamri dan diakhiri oleh pengisian kurikulum oleh Dr Hisham.
Teman ke pejabat di Taman Samudera untuk siapkan sijil UPMT. Kembali ke Taman Melewar untuk bersama di dalam mesyuarat agung koperasi PASTI. Jamuan bermula selepas mesyuarat agung tamat sekitar 123o tengah hari. Pagi tadi memang dah kenyang makan nasi goreng dan ikan masin di Tapah. Oleh itu, teman makan ala kadar sahaja di jamuan raya PASTI ni.
Selesai solat di surau TM rehat sekejap tunggu mesyuarat mula jam 1400. Kelaziman yang sukar diubah, KP tetap mulakan 45 mint lewat dari jadual. Bila nak berubah yop ? teman dah naik kutai dengan fenomena ini hingga kekadang teman pun lewat tiba ke mesyuarat. Surah Al’Asr yang kita baca acap kali tu seakan kat mulut sahaja, belum masuk ke sanubari . . .
Mesyuarat kali bincang tentang tunggakan hutang dan persiapan ihtifal di Kedah nanti. Jam 1840 Lobai minta izin keluar mesyuarat kerana dia kerja malam masuk jam 2300 nanti. Teman pun tumpang sekaki sebab dia naik an teman, takkan dia nak jalan kaki balik ke Kampo. Dah le dia OKU, isk! isk! isk ! Kami berhenti solat dan makan di Hentian Rawang dengan Jakpo dan Najib. Hasrat teman nak cari Rumba di Maydin Selayang terpaksa dibatalka kerana jalan jammed di sana tadi. Nak tiba ke sini pun ambik masa satu jam dari TM.
Sebelum tiba Kampo. Lobai ziarah anaknya di Lubuk Katak. Teman mula rasa taksedap dalam perut, angin kot. Singgah kedai cari Eno. Lepas minum ingatkan tenteram, rupanya lagi hebat loyanya. Tiba kat Batu 3, isi perut keluar ikut atas ( muntah ). Nasib baik rusa teman stabil landing kat tepi jalan. Bertenang sekejap dan cuci apa yang patut. Hantar Lobai ke Masjid AnNur kerana kereta dia parking di situ. Uwek lagi sekali, habis le segala yang dimakan sepanjang hari. Ni akibat syahrur to’am. . .
Posted in PASTI
Assalamu’alaikum.
Pagi ni 23 Syawal. Teman gagal menemankan AD puasa kerana terpaksa ke Ipoh ada taklimat SSQS lepas zohor. Sibuk pagi ni siapkan borang ihtifal dan kemaskinikan papan digital SKS, maklumlah dah lama tak update since Sya’ban dulu.
Masa nak keluar dari sekolah, Sal bagi surat kena pegi Simposium selama empat hari mulai Selasa 28 Okt depan. Nasib le kerana dua hari tu memang cuti sekolah. Orang lain sedap-sedap di rumah tapi teman … Memang dah jemu sebab dah lama terperap di bilik ni sejap in class training di NEC dulu.
Tiba di Ipoh masukkan cek yang Abib bagi Ahad dulu. Selepas itu ke Pejabat P…. ada jamuan raya. Kata dema ni jamuan pejabat sahaja. Khas untuk orang-orang yang berkerja di sekitar Bandar Ipoh raya saje le agak teman. Without regret, teman takde selera nak makan di situ.
Selepas selesai urusan jemaah, teman solat dengan Pendi kat atas. Terus ke BTPN di Kg Tawas. Taklimat mula jam 2.30 petang. Tiba awal juga dan sempat nyembang dengan Jamil. Cikgu Din yang bagi taklimat petang ni. Selesai semua soal selidik untuk personal kira-kira jam 5.15 petang, makan mihun dengan pisang goreng di kafetaria. Tumpang solat ikut Rosli Tmn Seri Emas, sekarang dia ni Penolong Pengarah BTPN Perak. tengok pangkat boleh tahan tapi still DG 41 macam cikgu2 lain.
On the way back singgah isi gas kat Falken dan gi jumpa Adlin sekejap. Lepas tu singgah kat pejabat. Di situ ada Ramadan, Pendi dan Khabib & Co. Sembang-sembang hingga Maghrib. Semua balik kecuali teman dan Ramadan. Abis solat teman pulang ke rumah. Di pertengahan jalan, Ja telefon ngabokan dia ada masak gulai tempoyak ( isyarat jangan makan di kedai ! ). Selepas Isya; di SBP, balik ke rumah dan makan, lama jugak dah tak makan di rumah . . . .
Posted in Rutin
Posted in PASTI
Posted in Rutin
Posted in PASTI
Posted in PASTI
01 November - Selepas solat Subuh, kami sekeluarga turun ke Kafe Seri Malaysia untuk bersarapan pagi.Juadah pagi tu istimewa jugak. Ada sup rawan tulang. Teman bagi peluang kepada anak-anak untuk menikmati sendiri hdangan yang mereka mahu. Sarapan ini dah termasuk ke dalam pakej penginapan. Makan le apa sahaja yang terlarat. Teman cuma ambik roti bakar dan semangkuk sup tulang. Ja mencuba pelbagai jenis juadah. Nak merasa katanya.
Selepas satu jam bersarapan, kami naik ke bilik semula. Teman ambil peluang berehat sekejap kerana janji dengan Pendi, teman akan datang jam 10.00 di Seri Mentaloon. Tengok lagi peserta-peserta mempamerkan bakat masing-masing. Hebat jugak persaingan tahun ini. Jam 12.00 ajak Pendi keluar minum dekat Stadium. Kami makan roti telur dan teh tarik. Selepas ambik Ja dan anak-anak yang dah check out, kami kembali ke SM untuk majlis penutup. Penyediaan makanan hari ni agak lousy. Kami keluar cari gerai. Tu pun dah pukul tiga petang baru jumpa nasi. Anak-anak memang dah kebulur. Selepas makan singgah di gerai cendol. Ja dan lobai beli cendol dan cincau buatan Melayu Kedah. Memang sedap, tak terasa bahan kapurnya !
Majlis penutup dah bermula. Keputusan demi keputusan diummkan. Prestasi PASTI Perak boleh tahan setakat itu. Apabila keputusan nasyid diumumkan akhir sekali, PASTI Perak berjaya menjadi johan. Hasilnya, berjaya menjadi johan keseluruhan ihtifal kali ini. Syukur dan tahniah kepada semua ! Dengan menjadi johan di dalam tiga acara dan naib johan bagi dua acara lagi, prestasi tahun ini merupakan kejayaan yang paling manis buat PASTI Perak sepanjang tempoh penyertaan di dalam Ihtifal PASTI Malaysia.
Selepas pekena mi sup Kedah di Masjid Sultanah Bahiyah, kami pun balik ke Perak. Cadangannya akan singgah di Taiping untuk hadir ke program Liqa’ PAS Perak. Jam 11.30 meninggalkan mrkas di Air Kuning kerana terpaksa hantar Che’ Mat ke Air Tawar dahulu. Jam 3.00 pagi barulah teman tiba di rumah. Syukur kepada ALLah kerana telah menyelamatkan perjalanan kami semua.
Posted in PASTI
02 November - Selepas ziarah abah di SMTD Haji Hasan telefon minta datang ke rumah MB Perak malam ni kerana bersama di dalam majlis meraikan PASTI Sabah oleh MB Perak.
Teman ajak AD pegi sekali. Jamuan tu ringkas sahaja dan tamat sekitar jam 10.00 malam. Sebelum pulang ke rumah, teman singgah d ofis untuk buat sedikit kerja PASTI Perak. AD dah terlelap di kerusi ofis.
Posted in PASTI
04 November - Pagi ni janji dengan Adlin nak ambik kereta sebelum jam 5.00 petang.Telefon Ada mintak dia datang ke rumah jam 3.00 untuk tolong bawak balik kereta Mazda dari Ipoh nanti. Selepas mesyuarat di SKS, kami ke Ipoh. Solat Asar di Petonas Gunung Lang. Selesai urusan di UMW jam 6.30 petang.
Bawak Vios baru dan singgah solat di Petronas Seri Raia. Bawak Ja & Co. makan di Sahara. Lama jugak tak singgah di sini. Anak-anak memang suka makan nasi dan tekur dadar di sini. Waktu bersama DPP Kampar dulu, di sini le tempat kami bertanggak setelah menunaikan rutin hadir usrah bulanan DPP Perak di pejabat PAS, Ipoh. Dapat pengisian minda dan tazkirah jihad, balik tu isi perut buat caj tenaga untuk tarik selimut. Kedai ni macam dulu jugak selalu panuh dengan pelanggan, maklumlah tepi jalan. Kredit, servisnya cepat, mungkin itu sebab pelanggan macam teman suka singgah di sini.
Singgah di rumah sekejap, tukar kereta dan hantar Ada balik ke SMTD. Sembang dengan Abah sekejap dan balik semula ke rumah . Berehat . . . . . .
Posted in Rutin
Sabtu 15 Nov, Pagi ni ada mesyuarat PASTI Perak di Ipoh. Walaupun malam tadi mesyuarat PAS Perak abis jam 1230 malam dan masuk tidur jam 2 pagi tadi, terpaksa selesaikan tuntutan jemaah. Kalau nak kira rehat, memang dah lama ALLah bagi kita berehat tanpa buat sesuatu yang bermanfaat kepada jemaah Islam. Now is the time, don’t hesitate !
Sebelum pegi, singgah kat SKS ambik cartridge LBP untuk direfill kat Challenger, semalam memang dah abiskan dua jam di situ cari barang sokongan TMK tapi lupa pulak nak bawak cartridge. Turunkan Ja di GTM kerana dia nak cari barang-barang personalnya di situ. Ja bawak AD sebagai teman kerana jangkaan mereka akan habiskan masa selama empat jam di situ. Mesyuarat mula jam 1040 pagi walaupun tertulis pada surat panggilan 1000 pagi. Kira ok le, pengarah cuma lewat setengah jam saje.
Mesyuarat banyak bincang pasal perbekalan tahun depan dan program Disember ni. Kami break jam satu petang untuk solat zohor dan makan. Hari ni Cikgu Manap buat pesanan daripada katerer lain kerana KJ Catering full house. Ambik Ja & Ad jam 2.45 petang. Syukur dia berjaya beli baju dan tudung baru. Masa nak sambut raya dulu tak beli apapun. Ni le baru datang keinginan Ja. Dia belikan Ad majalah, mudah-mudahan cuti ni ada le program ilmiah yang AD buat kerana nak dihantar masuk kem tahfiz beria beno dia menolak.
Mesyuarat disambung hingga jam lima petang. ari ni teman banyak terima payment dan sumbangan. berbeza dengan mesyuarat sebelumnya. Pada penghujung mesyuarat, Pengarah sampaikan tahniah kepada SUK kerana dah jadi bapak. Ada sesi penyampaian saguhati di samping surat pengesahan jawatan. Tahniah kerana dah konfom ! Cuam ada angin kabo dia nak pindah ke atas, mungkin tawaran Hj Asmuni lebih lumayan. Teman no komen, this is non profit organization, we can’t afford to pay a higher salary than others for him. Somehow tahniah sekali lagi atas kelahiran puteri, mudah-mudahan menjadi mujahidah penyeri jalan perjuangan pada masa hadapan Amin !
Selepas mesyuarat balik ke Parit kerana memang lama dah balik, seingat teman dah lebih sebulan. Mak memang minta kami pulang, nak tengok kereta baru katanya . . . . . . .
Posted in PASTI
Khamis 20 Nov. 2008 – Manusia yang bijak itu adalah yang sering mengingati mati. Itu antara maksud hadis RasuluLlah SAW yang teman ingat kot tak silap le. Tajuk posting kali ni berkaitan dengan kematian. Ada sebuah cerpen yang pernah teman baca waktu Form Six dulu yang sungguh menyentuh perasaan. Ceritanya tentang surat daripada seorang abang kepada adiknya mengenai persiapan mengurus kematian bonda mereka. Semalam terima sms dari Kak Midah memberitahu berita sedih tentang pemergan Abang Dolah ( suami Kak Saadiah – Ketua MGP Pusat ) di dalam tragedi kemalangan dihanyutkan air sewaktu hujan lebat di Balik Pulau.
Oleh kerana zaujah teman bertugas hari ni, kami hanya dapat meninggalkan Kampar pada jam 9 pagi untuk meziarahi Puan Saadiah sekeluarga. Tercari-cari jugak jalan ke sana, dengan panduan Kak Midah kami selamat sampai di situ jam 12.30 tengahari, syukur AlhamduliLLah. Suasana di situ tenang sahaja kerana ALLahyarham telah selamat dikebumikan kira-kira jam 11.30 pagi tadi. Selepas menyampaikan salam takziah seluruh warga PASTI Pusat dan PASTI Perak kepada Kak Saadiah, teman bertanya khabar kepada anak-anak Kak Saadiah seramai tiga orang. Luqman, Lutpi dan Fadil tenang sahaja, di sinilah teman rasa kekuatan tarbiah jemaah kepada keluarga PASTI.
Mudah-mudahan keluarga teman pun begitu juga hendaknya andai pusingan roda sebegini berlaku kepada teman. Doa kami agar roh Allahyarham dimasukkan ke dalam golongan para syuhada’. Keluarga yang ditinggalkan diselamatkan ALLah dan anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh , Amin Ya Rabbal ‘Alamin . . . . .
Selepas menghantar Kak Midah ke rumahnya di Pondok Upeh, kami singgah di Masjid Daerah Balik Pulau untuk Solat Zohor. Anak-anak dah merengek nak makan kerana memang dah hampir jam dua petang ni. Sebelum solat kami makan bekalan yang Ja masak awal pagi tadi. Memang ada sebauah wakaf yang tersedia di hadapan masjid.
Habis solat perjalanan pulang diteruskan. Teman sengaja memilih untuk menaiki feri. Dapat jugak beri anak-anak peluang merasai pengalaman baru.
Tiba di rumah jam sembilan malam. Meskipun agak letih tetapi terpaksa bersiap segera untu ke pejabat kerana malam ni Usrah AJK Kawasan.
Posted in Rutin
Isnin 24 Nov hingga Sabtu 29 Nov. Lama di perbaringan kali ini akibat demam selesema. Badan dah meningkat usia ni bukan boleh dipaksa memandu seperti 10 tahun yang lalu. Minggu lepas teman ke Pulau Pinang dan Shah Alam dalam tempoh kurang daripada 28 jam. Sabtu bermesyuarat di dalam bilik air cond lebih daripada tujuh jam. Wal hasil jatuh le demam macam selalu. The first tree days memang tak boleh bangun totally tanpa makan kecuali ubat dan 100 plus. Terpaksa putuskan hubungan dengan dunia luar, awalnya memang cuba jawab beberapa call yang penting tapi banyak sangat yang masuk. At last teman terpaksa tutupkan kedua-dua telefon dan menyendiri melayan demam sambil tak putus memohon keampunan Ilahi agar sentiasa dikasihi dan diampuni dosa yang menggunung ni.
Anak-anak berklhitan. Perlu perhatian penuh, maklum le kecik beno lagi. Mujur AD mahu dipujuk supaya janngan keluar rumah untuk melayan adik-adiknya. AD dan Pehdin pun tiap hari datang membantu waktu Ja keluar rumah bertugas di sekolah.
Mesyuarat Harian PASTI dan Bengkel Strategik terpaksa le teman uzuri. Lain kali le yop.
Ja banyak uruskan hal di rumah termasuk bawak anak ke klinik. Terima kasih isteriku, memang kali ini teman kalah beno dengan demam ni. Rasa macam kain buruk je. Pagi Sabtu AD dan ibunya pergi menghadiri ujian pemilihan untuk masuk ke MTQ di Tualang Sekah. teman hantar mereka dengan doa moga-moga AD berjaya masuk ke Mahaad Tahfiz mulai Januari tahun depan. Dialah pertaruhan kami untuk memulakan langkah membina generasi hafiz di rumah ini, Amin. Teman jaga budak-budak kecik di rumah. Ada tak dapat datang lagi kerana dia sendiri dihinggapi demam selesema.
Sabtu petang mula beransur pulih. Hari ni dapat le ke surau agaknya untuk berjemaah setelah hampir seminggu solat di rumah . . . Kepada ALLah jua dipulangkan segala kesyukuran di atas segala nikmat yang telah dan akan dikurniakanNYA.
“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam
Posted in Rutin
Dijemput semua rakyat Malaysia hadir ke Dewan Bandaran Kampar, Jalan Iskandar, Kampar pada Sabtu ini mulai jam 10.00 pagi untuk bersama mendengar Ceramah Aidil Adha yang akan disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Datang jangan tak datang weh. . . . . . . . .

Poster Ceramah
Posted in MyPAS
Sabtu 13 Disember – Pagi tadi dengan izin ALLah SWT. telah berlangsung satu program ceramah anjuran PAS Kawasan Kampar di Dewan Bandaran Kampar di Jalan Iskandar, Kampar. Ceramah sempena Aidil Adha telah disampaikan oleh dua orang penceramah tersohor negara kita mutakhir ini iaitu, AF Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang dan YAB Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak.

Penuh Semangat Dato' berceramah
Dato’ Tuan Ibrahim memulakan ceramah pagi itu dengan tema pengorbanan Nabi ALLah Ibrahim dan anakandanya Nabi Ismail a.s. Seterusnya menganjurkan para hadirin berkorban mengikut kemampuan masing-masing untuk memenangkan agama ALLah di bumi Malaysia ini. Beliau juga menyelitkan cerita Pangerusi Kelab Penyokong PAS di Pahang ( Mr Bala ) yang telah menghadiahkan seekor kerbau bernilai RM3000/= untuk disembelih sempena sambutan Hari Raya Qurban Isnin lepas. Jika orang India bukan Islam pun mahu melakanakan ibadah korban, betapa pula halnya dengan kita pendokong perjangan Islam ini ?

YAB Dato' Seri & YB Kesh

Datin Seri & Saf Muslimat PAS Kampar

Tugas-tugas Khas

Selepas Ceramah
Posted in MyPAS
22 Dis – Minggu lepas, tinggalkan rumah selama empat hari kerana urusan Kursus PraPerguruan PASTI dan kerja PAS Kampar. Hari Ahad baru berpeluang rehat sedikit di rumah. Pagi itu ada gotong-royong kenduri di rumah Yunus. Teman pergi sekejap bantu meriahkan kerja tersebut sambil bersembang dengan rakan-rakan sekampung. Selesai jam 12 tengah hari dan ajak Ja & Co. memenuhi undangan Sdr Rosli di Bandar Baru. Selepas itu Ja ajak ke majlis kenduri adik Mak Ngah di Kunci Air 12. Tiba di sana kami disambut dengan hilaian dan nyanyian karaoke. Tak jadi kami nak singgah makan kerena tak larat nak mengharungi kemeriahan petugas-petugas kenduri itu ber’karaoke’ !
Pagi Isnin, rutin dwiminggu , jaga kampung diteruskan bersama Cikgu Hashim dan Haji Saleh. Malam tadi tak makan, jadi kami ke Kuala Dipang. Teman makan nasi goreng pagi ni.

Unta Kami
Selepas tidur sebentar selepas subuh, teman menyiapkan diri dan anak-anak untuk bersantai ke Sitiawan. Memang lama dah janji dengan anak-anak kerana cuti kali ini seperti tidak berpeluang bawa anak-anak bercuti. Ja as an usual cepat selesai berandamnya. Beg dan lain-lain keperluan dah tersedia di hadapan pintu rumah. Jam 9.30 pagi kami memulakanperjalanan dengan Vi.. yang dah rehat seminggu di rumah. Setelah selesaikan beberapa urusan kecil, kami tiba di Pundut jam 1145 pagi. Hajat hati nak jamu anak-anak makan ala kampung di gerai tepi jalan tu. Makanannya boleh tahan. Anak-anak tak mahu makan ikan bakar sebaliknya hanya ambil ayam goreng dan ikan masin. Baihaqi dan Adik masih tidak berselera selepas demam sejak Jumaat lepas. AD macam biasa sahaja suapannya. Ja memilih ikan terubuk bakar.

AD amik gambo ni
Selepas makan kami ke Tabung Haji, Sitiawan. Jam dah hampir jam dua, kami terus check in di hotel. Teman sambung tidur petang. Selepas Asar, mula godak komputer riba untuk siapkan analisis PASTI yang tertangguh sekian lama. Sambil perhatikan anak-anak mandi di kolam sempat juga siapkan separuh profail tokoh.

Ja & Co di bilik.
Selesai solat Maghrib, kami ziarah ke rumah Yong. Seperti biasa, Yong menjamu kami dengan menu yang ringkas tetapi amat menyelerakan. Kari ikan dan masak kicap ayamnya memang lazat seperti dulu. Hasilnya teman makan tiga pinggan walaupun cuba jarangkan makan malam. Balik ke tempat penginapan, mata dah berat, membuta le . . . . . .

Di Lobi
Posted in Rutin
23 Dis – Tiba di rumah jam 1315. Sebelum itu singgah hantar surat ke MDKS. Isnin depan YAB akan berceramah di Padang Bandaran Kampar. Selesai pindah peralatan 30 minit kemudian dan bersedia untuk pergi ke Ipoh. Pesan lebih kurang kepada AD dan Ja sebab nak tinggalkan rumah tiga hari.
Program bermula jam 1600 nanti. Oleh kerana dah terlewat, ambil jalan lebuh raya dari tol Gopeng. Syukur tiba di Hillcity jam 1615. Ramai yang masih belum tiba ( kebiasaan yang banyak merugikan jemaah ! ). Lobai dan rakan yang lain sedang minum petang di bilik Fraser, teman pun tumpang sekaki selepas mendaftar masuk.
Program tidak dapat djalankan petang ini kerana korum tak cukup. Kengkawan minta bawa dia orang ronda-ronda di Bandaraya Ipoh sambil cari kelengkapan harian. Kami ke Yik Fong, Cikgu Ya nak cari pendrive dan cd software.

Kat Kedai
Habis urusan di situ, bawa rakan-rakan melawat Pejabat PASTI Perak. Selepas berehat di sana sebentar, kami pulang ke Hillcity untuk solat Maghrib dan makan malam.

Pejabat PASTI Perak
Bengkel mula jam 2000. seperti biasa, Cikgu Azrin memulakannya dengan celoteh dan nasihat agar kerja kita tahun depan berjalan lancar dan lebih baik daripada tahun ini.

Bengkel

Cikgu Azrin

Foods
Bilik Fraser ni sejuk dan menyegarkan. Makin lama makin sejuk. Mata teman pun semakin kelat. Bersambung ………….
Posted in PASTI
25 Dis - Last day at Hillcity. Pagi-pagi dah turun ke Coffe House untuk minum pagi dengan Lobai. Syukur tadi dah jemaah Subuh di Surau tingkat 6. After us, sahabat dari Terengganu turut berjemaah di situ. Yang lain teman agak jemaah di bilik masing-masing or else ?

KP & Wak
Ambik roti dua keping dengan bubur nasi. Malam tadi dah makan banyak di ofis. Lobai seleranya macam biaso walau dah bertekad nak kurangkan makan. Yang dia boleh tolak air manis je, setiap kali kat meja makan, dia cuma ambil air masak kosong.

Maken Bai Maken

Dengo ke tido
Selesai minum ada sesi bergambar. Selepas itu khulasah daripada Cikgu Hasan dan Ustazah W. Bagus jugak saranan dan doa Ustazah W, mudah-mudahan kerja puan & co mencapai matlamat dan diredhai ALLah. Rehat sekejap untuk minum teh jam 1030. Akhirnya Cikgu Azrin buat ucapan penggulungan, masa untuk beliau ni sejam setengah . . . .

Gambar Kenangan 2008
Posted in PASTI
Abis mesyuarat PASTI sebelum Asar. Solat di ofis dulu sebelum ke Yik Fong. Cadang nak beli printer yang murah-murah. Selesai urusan balik ke Kampo dengan Lobai. Solat Maghrib di Petronas Raaia lepas tu makan di Sahara. Menu biasa macam dulu-dulu.

Sayang !
Selepas berpisah di Jeram, teman ke Surau Bt 20, nak cari Cikgu Itam. Isya’ di situ dan terus pecut ke Kampar sebab hampir jam 9 mesyuarat Ceramah YAB di ofis teman dah nak mula. Selepas ambik alat pembesar suara di rumah terus ke ofis. Tiba di terowong beliau call, katanya ramai dah tunggu di bawah. napa le dema tak bawak kunci ?
Mesyuarat gedebuk gedebak hingga jam 2300. YB Kesh pengerusikan mesyuarat. Kian ok dah presentationnya dalam PR Kampar ni. Habis tu Abuya ajak minum kat gerai Huda.

Jamah . . . .

Place ?
Sape-sape yang ade mase datang le Isnin ni 29 Disember mulai jam 8 malam di Padang Bandaran Kampar. YAB Menteri Besar Perak akan berceramah di situ sempena Ma’al Hijrah 1430. Ajak le sanak -saudara dan handai taulan . . . .
Posted in Rutin

Back Drop
01 Muharram 1430 / 29 Disember
- Syukur kepada ALLah, cuaca petang ni amat baik. Tidak ada petanda hujan akan turun malam nanti. Selepas Solat Asar di Masjid Jamek, teman ke padang dengan Hj Saleh. Abuya dan krewnya sedang sibuk memasang peralatan siar raya ( brand new beb ! ) di atas astaka Padang Bandaran.

Menunggu Tetamu


In Front Astaka
Sebelum itu, RJ dan petugas Pakatan Rakyat dan menghias astaka tu ( orang lelaki punya sentuhan ). Sebahagian sahabat sedang menyusun hampir seribu buah keruasi di hadapan astaka untuk rakyat jelata yang akan datang dua jam lagi.
Kami solat maghrib di pentas kecil betul-betul di hadapan astaka. Bagus jugak tempat ni. Boleh muat 30 orang berjemaah sekali gus. Tunaikan kewajipan di tempat terbuka ni boleh jadi demonstrasi solat kepada non muslim. Golongan ini semakin ramai membanjiri padang untuk mendengar ceramah daripada YAB dan barisan exco kerajaan Perak.

Sebahagian Penceramah
Ceramah bermula jam 8.30 malam. Abuya dan Wakil DAP daripada Sungai Durian bertindak sebagai duo pengerusi malam ni. YB Keshvinder memberikan ucapan aluan selaku pengerusi PR Kampar. Bagus jugak ucapannya, penuh pakatan temanya. Moga-moga kerja YB selepas ini seperti yang diungkapkannya ! Selepas itu YB Kesavan menyampaikan ucapan. Penuh semangat dan lantang isinya. Beliau turut memperli Samy Vellu atas isu Hudud. Beliau memetik kata-kata YB Presiden PAS yang menyatakan hudud untuk muslim sahaja. Fear for no reason le puak MIC tu ! YB Kesavan mengakhiri ceramahnya derngan pidato Makkal Sakthinya di dalam bahasa Tamil.

Astaka Waktu Malam
Penceramah seterusnya YB Chen. Isinya lebih kepada pengenalan selaku Exco dan wakil rakyat kawasan Kampar ini ( DUN Keranji ). Exco kanan Perak, Dato’ Ngeh Ko Ham menghangatkan lagi cermah pada malam ini. Bahasa Melayunya cukup fasih. Tak hairan le sebab dato’ ni merupakan peguam yang cukup terkenal di Ipoh dan dah jadi ADUN sekian lama mewakili kerusi tradisi DAP di Sitiawan. Beliau menyindir Najib kerana kenyataannya tentang isu tanah Perak di Putrajaya minggu lepas. Menurut Dato’ Ngeh, isu tersebut telah dibincangkan secara mendalam oleh pasukan guaman yang turut dianggotai oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia. Mudah-mudahan isu ini dapat diselesaikan secara harmoni untuk kepentingan rakyat Perak Darul Ridzuan.

Dua Dato'
Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. YAB Dato’ Seri pun memulakan ceramahnya dengan petikan maksud ayat Al-Quran. Beliau turut menghuraikan maksud hijrah dari perspektif perjuangan. Beliau mengajak seluruh rakyar Perak khasnya di Kampar ini mentukan hala tuju perjuangan. Bersama denga Pakatan Rakyat untuk menegakkan keadilan kepada semua tanpa mengira Melayu, Cina atau India.
Di penghujung ceramah, hujan renyai-renyai turun sedikit. Kami segera mengemaskan peralatan terutamanya kamera dan LCD. Ramai yang ambil kesempatan bergambar dengan YAB serta exco-exco lain. Letih memang letih. Mudah-mudahan usaha kecil kami diterima sebagai ibadah oleh ALLah swt. Pertahankan Pakatan Rakyat Negeri Perak !
Posted in MyPAS

Posted in Rutin

Pos Bukit Depu
12 Muharram 1430H - Solat Jumaat di Masjid Aulia, Tembok. Sebelum itu dah jalankan tugas pertama menjemput kengkawan yang akan menyertai misi ketiga petugas PAS Kampar ke Bukit Depu. Khutbahnya sungguh mantap menyentuh soal jihad dan kemanusiaan di bumi Gaza. Moga ALLah selamatkan saudara-saudara kita di sana !

Rehat Makan di Lata Kekabu
Tidak banyak yang menarik tentang perjalanan kali ini. Jauh jaraknya begitu terasa ! Apatah lagi dengan usia yang semakin meningkat nih. Tiba di KT sekitar jam 2230. Selepas melapor kami terus ke Bukit Depu. Yamani datang ziarah dan sempat layan dia hingga jam 0100.

Viem from Our Homestay
Selepas dua hari di KT, memang betul tak banyak kerja yang kami buat selain melihat suasana PRK dan menghabiskan makanan. Moga-moga perjalanan pergi dan balik kami itu ada manfaatnya bagi menyokong PAS di Kuala Terengganu.

Puncak Lebuh Timur Barat
ALLah menyelamatkan perjalanan kami dan bertemu semula dengan keluarga pada 18 Muharram 1430 H. Doa kami berpanjangan agar ALLah memberikan kemenangan kepada YB Haji Mohamamad Abdul Wahid Endut pada 20 Muharram nanti !
Posted in MyPAS
Ahad 21 Safar , 18012009

Takbir !
Pagi ni pemegang amanah PASTI Kawasan-kawasan seluruh Perak bertandang ke Markaz PAS Kampar, Kampung Jeram. Urusannya hanya satu iaitu, mengambil sebahagian peralatan PASTI tahun ini.
Semua datang dengan senyum sampai ke telinga. Bukan ape-ape, menifestasi gembira dan syukur kepada ALLah yang telah memberi kemenangan kepada YB Abdul Wahid Endut malam tadi !

Lobai menyediakan juadah yang enak hari ni. Kari udang, sambal telur, ikan masin belanak, sayur kacang dan ulam-ulaman menjadi kawan kepada nasi putih. Ada air sirap dan teh o panas. Bagi yang nak balik jauh, kopi radix self serve juga tersedia. Makanan boleh dinikmati mulai jam 8.00 pagi.

Makan, Makan, Makan !
Sarapan merangkap makan tengah hari. Sape-sape yang ada kelapangan perut boleh mengulang makan ikut masa sendiri ! Jazakallah kepada Lobai sekeluarga kerana membekalkan makanan yang sememangnya cukup untuk warga PASTI SePerak !

Lotieh Jugak !
Proses pengedaran berjalan lancar kerana kawasan-kawasan telah membuat pembayaran melalui BIMB atau Maybank terlebih dahulu sebelum datang ke sini. Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua ! Bantuan antum telah memudahkan kerja jemaah. Alangkah indahnya berkerja di dalam entiti kecil jemaah ini ! Jika semua individu memberikan kerjasama begini, Yahudi pun akan menggeruni kita !

Mr Khabib ... Big Help !
Gayanya tahun ni PASTI Perak boleh menang lagi anugerah kewangan terbaik, InsyaALLah ! Takbir !
Posted in PASTI
Khamis 25 Muharram, 22012009 –
Pagi ni Lobai dah aturkan temu janji dengan Syutina kat Pejabat PASTI Pusat.
Ada beberapa peralatan PASTI Perak yang belum diambil dan diedarkan ke kawasan-kawasan. Jam 1315 teman memulakan perjalanan setelah menjemput Jemi di Masjid AnNur. Dia letak kereta di situ bagi memudahkan perjalanan pulang malam nanti.
Teman ambil kesempatan tidur sekejap sewaktu Jemi bawak van. Malam tadi balik ke rumah dari pejabat jam 0130. Ngantuk le sikit. Kami tiba di pejabat jam 1630. Selepas minum dam makan sedikit di restoran Pakistan kat bawah, kami mula kerja loading.
Pulang ikut jalan Sungai Tua, sempat jugak isi air mineral sebotol kecil. Tiba di Slim River, kami guna lebuh raya kerana nak cepat sampai ke Ipoh. Sebelum tiba di pejabat Ipoh, sempat teman basuh van kat team Nepal di jalan Kuala Kangsar.
Sesudah solat jamak dan qasar kami pindahkan peralatan ke tangga ofis. Boleh tahan jugak letihnya memindahkan peralatan ni berdua.

Santai !
On the way home, kami singgah membasahkan tekak di Restoran Sahara. Teman makan telur dadar je. Cukup le untuk isi tenaga sebelum tidur malam ni.
Esok akan bermula musafir ke Pulau Banding selama tiga hari . . .

Banding Fantasy
Posted in PASTI

Island's Map
27 Muharram 1430H – 24012009
Check in semalam di Banding Rain Forest Resort 1850. Perjalanan tiga jam memenatkan sedikit kerana cuaca panas dan sedikit letih kerana malam dulu baru selesai journey ke Gombak 6 jam.
Maaf tidak ada penjelasan tentang butiran perbincangan program ini.
Tempatnya sangat ok. Foods is marvelous. See ya very soon !


Minum dengan Ustaz

After Breakfast


Windows View

Alas Tidur - coolllllllllll
Posted in MyPAS
28 Muharam 1430 – 25012009
Bengkel tamat pada am 1830. Ada waktu untuk melepaskan lelah dan meninjau alam sekeliling. Boan buka peluang untuk boat tour ke sekeliling Pulau Banding. Kosnya RM120/. Bole le kongsi-kongsi bayar. Luas pulau ni kira0kira 600 ekar dan lawatan boleh diselesaikan dalam tempoh 45 minit. Tasik Banding ni dalamnya lebih 600 kaki. Kalau bot terbalik memang nahas, pernah juga waktu dulu bot karam dan mengakibatkan kematian.


MB Group
Malamnya sesi bengkel diteruskan. Mudah-mudahan dapat kesimpulan yang akan memberi nafas baru kepada kerja jemaah !


Pak Ngah Gerik
Posted in MyPAS
Sabtu 04 Safar 1430H – 31012009
Jam tujuh pagi bertolak dari rumah. Pagi ini hujan turun begitu lebat. Cikgu Azmi bermurah hati belanja sarapan pagi di Ally’s Cafe, Gopeng. Kami tiba di perkarangan kediaman rasmi MB sekitar jam 8.15 pagi. Selepas daftarkan semua pesrta PAS Kampar, kami masuk ke dalam dewan. Program bermula am 905 pagi, lewat 5 minit daripada waktu yang terpapar pada tentatif. Kira oklah berbanding program-program sebelum ni.
Ada tiga kertas yang dibentangkan. Isinya cukup mantap dan bermakna. Semuanya menuntut pengorbanan yang jitu daripada para pendokong PAS untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di bumi bertuah ini.


Bersama SU Politik MB

Sebahagian Peserta Ijtima'
Posted in Rutin
Hard for PKR duo to contest resignations
It will be hard for the two former Parti Keadilan Rakyat (PKR) assemblypersons in Perak to challenge their own pre-signed, undated resignation letters, a constitutional lawyer said today.
Jamaluddin Mat Radzi, the assemblyperson for Behrang, and Mohd Osman Mohd Jailu, the assemblyperson for Changkat Jering, can deny having sent the letters all they want, but the law’s view is that they have given prior consent to the terms contained in the letter, senior lawyer Tommy Thomas told The Nut Graph.
“The law begins from the premise that as an adult, once you sign a document, even if it is undated, and you leave it in another person’s care, you have signified your consent. The law assumes you had the right to say no when asked to sign it,” Thomas said in a phone interview today.
“Pre-signed resignation letters are a common practice by political parties all over the world and have been used many times before. Even if the [assemblypersons] now deny quitting, the fact is they signed that letter.
Tommy Thomas”If they try to challenge it, the law will say, who asked you to sign it in the first place? It will also be difficult for politicians to prove that they signed it under duress,” Thomas said.
Thomas was asked to comment on the legality of the pre-signed resignation letters sent to the Perak state assembly speaker V Sivakumar yesterday.
Later the same day, Jamaluddin and Mohd Osman denied having sent the letters to Sivakumar, adding that they were not vacating their seats. Both are holding press conferences today to state their position.
Jamaluddin was the state executive councillor for the development, cooperatives, agriculture and trade committee. Mohd Osman was in charge of the tourism, human development and non-governmental organisations committee.
Both men were charged on 25 Aug 2008 for accepting bribes in relation to developing a piece of land in Seri Iskandar.
Their letters were faxed to Sivakumar after they were incommunicado for five days. PKR and state government officials said attempts to contact the duo were futile.
PKR “knew” of defection
PKR deputy president Dr Syed Husin Ali confirmed that all party representatives had signed such letters before the March 2008 general election.
“The letters state that they would resign and vacate their seat if they leave the party. But I don’t know who sent the letters to the Perak speaker. Jamaluddin’s and Mohd Osman’s letters are kept with the state party leadership,” Syed Husin said in a phone interview.
He said the PKR leadership “knew” that the two men had left the party because they did not respond to attempts to reach them, and based on statements by the Umno leadership that there were Pakatan Rakyat representatives ready to cross over.
“We did try to get their side of the story. I rang them up personally, so did (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, so did the Perak Menteri Besar and the state party chief, but they didn’t respond. Then, we knew things were going that way (that they were leaving) because of the things Umno was saying.
“If they want to fight it out in court, they can. We are ready to face a by-election,” Syed Husin said.
He also alleged that Umno had “coerced” Jamaluddin and Mohd Osman to leave PKR by promising that their corruption charges would be dropped.
Tidak perlu pilihan raya kecil, PAS cadang judicial review terhadap SPR
KUALA LUMPUR, 3 Feb: PAS akan mencadangkan kepada Pakatan Rakyat agar membuat penyemakan kuasa undang-undang (judicial review) terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran tindakannya menolak permohonan Speaker Dun Perak agar diadakan satu pilihan raya kecil di Behrang dan Changkat Jering.
Peguam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi berkata, pihaknya akan mencadangkan perkara itu kepada mesyuarat bersama yang akan diadakan segera ekoran keputusan SPR.
“Kita akan failkan segera permohonan itu di mahkamah jika Pakatan bersetuju dengan cadangan ini,” kata beliau kepada Siasah.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memutuskan wujud kekeliruan tentang surat perletakan jawatan dua Adun di Perak – Behrang dan Changkat Jering – oleh itu mereka memutuskan kedua-duanya sehingga kini kekal sebagai Adun dan pilihan raya tidak perlu diadakan.
Dalam mesyuarat khasnya pagi ini, SPR memutuskan demikian ekoran dari mereka menerima dua surat iaitu satu dari Speaker Dun Perak yang memaklumkan kedua-duanya meletakkan jawatan manakala dua surat lagi dari kedua-dua Adun berkenaan yang menafikan mereka meletakkan jawatan.
Jamaluddin Mat Radzi dan Mohd Osman Jailu, Adun Behrang dan Changkat Jering menghantar surat kepada SPR memaklumkan surat perletakan jawatan mereka yang diserahkan oleh Speaker tidak berkuatkuasa.
Pengerusi SPR Datuk Abdul Aziz Yusuf mengumumkan demikian susulan wujud kekeliruan selepas Speaker Dun Perak V Sivakumar menyerahkan surat-surat tersebut kepada SPR negeri semalam.

PAS Pusat sokong langkah Pakatan Perak
IPOH, 3 Feb: PAS Pusat menyokong penuh langkah Pakatan Rakyat Perak memulakan proses sehingga pilihan raya kecil diadakan untuk Dun Behrang dan Changkat Jering.
Keputusan sokongan penuh ini dicapai dalam mesyuarat Lajnah Politik PAS dengan anggota Dewan Harian PAS Perak malam tadi.
Mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.
Turut serta adalah Naib Presiden Mohamad Sabu, Ahmad Awang yang juga Pesuruhjaya PAS Perak, Setiausaha Agung Datuk Kamarudin Jaffar, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin dan lain-lain.
Dalam pada itu, PAS juga penuh keyakinan pilihan raya kecil perlu diadakan di Behrang dan Cangkat Jering kerana apa yang dibuat di Perak sekarang adalah berdasarkan undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak.
Peguam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Haji Asmuni Awi berkata, surat perletakan jawatan yang dihantar kepada Speaker Dun Perak adalah asal dan sah dari segi undang-undang dan tidak pernah ditarik balik oleh kedua-duanya sebelum ini.
Speaker Dun Perak, V Sivakumar memaklumkan kepada SPR pagi tadi tentang kekosongan dua kerusi Dun itu ekoran perletakan jawatan Adun Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.
Speaker memohon agar diadakan pilihan raya kecil di kedua-dua Dun berkenaan ekoran perletakan jawatan itu.
“Saya rasa inilah cara terbaik untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku di negeri ini iaitu melalui pilihan raya kecil,” kata Asmuni dalam sidang medianya bersama Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang.
Menurutnya, apa yang berlaku selaras dengan Perkara 35, mengenai perkara perletakan jawatan ahli Dun dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Perkara 35 menyebut, “Perletakan jawatan ini boleh berlaku apabila dia menulis surat secara sendiri dan dihantar kepada Speaker.”
Apa yang berlaku adalah, Speaker telahpun menerima kedua-dua surat perletakan jawatan itu melalui sesaorang yang tidak dikenali. Berdasarkan surat itu, Speaker telah menghantar surat kepada SPR.
Posted in MyPAS

Kat Tangga Damai Laut
Sabtu lalu secara tetiba dapat mesej daripada Fazari or Cik Mat. Dia kata dapat nombor teman daripada Mat Jeng yang sekarang cuti mengajar untuk abiskan PhDnya.
Cik Mat sekarang dah jadi rakyat Melaka. Bersembang dengan Cik Mat buatkan layar otak teman teringatkan hidup di Lok Heng 15 tahun yang silam. Ingatkan teman serumah Rafidi ( rat ) dan Ajis ( kuat umno lagi ke awe ni ? )
Semalam Rat telefon, tak dapat sembang lama sebab abis bateri. Maap le rat handphone aku ni murah punya. Walaupun sekejap tetapi dapat menyambung kembali ukhwah fiLLah kami . Teringat waktu mula-mula belajar qiamulail Ramadhan dengar Rat di Masjid Lok Heng dulu.
Kot ada masa datang le ke Kampor ni. Teman boleh jamu dengan sambal telur ( menu tetap waktu malam kita dulu ). Walau dah lama tinggalkan kerja memasak tapi demi sahabat, beres !

Tiga Putera - Sorang lagi kat asrama MTQ

Posted in Rutin
2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”
3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.
4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.
5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.
6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman.Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas.
“Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).
Wallahua’lam.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Difahamkan, Agen-agen BN telah memperdaya ADUN Bota yang membawanya keluar dari kediaman kononnya Raja Muda ingin bertemu. Sepatutnya malam itu, beliau bersama semua ADUN Pakatan Rakyat berada di rumah MB. Rupanya beliau dibawa ke Putrajaya dengan kawalan yang sangat ketat. Menurut isterinya yang menceritakan kepada pimpinan PKR Perak sambil menangis terisak-isak, suaminya dipaksa untuk menyertai semula BN. Beliau sempat menghantar mesej pada suaminya dengan mengingatkan supaya jangan menjadi pengkhianat, tetapi mesej tersebut tidak berjawab. Kediamannya di Ipoh dikawal dengan ketat oleh orang-orang yang tidak dikenali. Peringkat awal, rumah mereka dikawal oleh petugas-petugas PKR. Oleh kerana ramainya orang-orang yang tidak dikenali menceroboh masuk ke halamannya rumahnya, petugas-petugas PKR terpaksa mengundur diri kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini. Isteri ADUN Bota
Sementara itu, solat hajat dan munajat perdana yang sepatutnya diadakan di Kuala Kangsar berpindah ke kediaman MB. Difahamkan YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Pusat akan turut hadir.
Dalam keresahan menunggu perkenan Tuanku, YAB MB, Ahli EXCO dan ADUN-ADUN yang berkumpul di kediaman MB masih boleh tersenyum melayani orang ramai dan para wartawan. Dan mengajak semua yang ada di kediamannya menyerahkan urusan itu kepada Allah swt. Beliau sempat memberitahu, sewaktu melangkah keluar dari pintu Istana, Baginda Tuanku berpesan kepada MB dengan membaca petikan ayat Quran yang berbunyi “Innallaha ma’assobirin”, semoga ayat yang dibaca oleh Tuanku itu menjadi petunjuk ke arah kebenaran dan kemenangan.
Ipoh, 5 Feb- Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, YB Sivakumar menelefon saya sebentar tadi bahawa persiapan terakhir sedang dilakukan untuk menfailkan bahawa 3 DUN iaitu Changkat Jering, Behrang dan Jelapang adalah kosong dan BN tidak boleh menubuhkan kerajaan sebagaimana didakwa oleh Najib.Posted in MyPAS
10 Safar 1430H
Teman copy madah sahabat . .
… Malam semalam berlangsung rapat perdana rakyat negeri Perak. Program yang dirancang diadakan di Stadium Perak terpaksa diubah ke residensi MB berikutan campur tangan SUK negeri dan Ketua Polis Perak tidak meluluskan permit termasuk mengarahkan pihak MBI tidak meluluskan permohonan mengadakannya disana. Begitu busuk perut perangai seorang staf yang begitu biadap terhadap ketuanya. Sebelum itu juga barua UMNO ini juga telah dengan kurang ajarnya mengarahkan MB dan para EXCO mengeluarkan barang milik peribadi yang berada dalam bilik pejabat masing-masing sebelum pukul 5 petang sedangkan ketika itu kerajaan Perak masih diperintah oleh MB dan para EXCOnya. Memang kurang ajar. Perangai yang dididik dari Kemas kepada puak-puak UMNO ini. Sekarang terbukti kenapa Kemas ini perlu ditututp buat selama-lamanya bagi mengelakkan lebih banyak lagi lahirnya binatang-binatang kurang ajar ini.
AlhamduliLLah kehadiran malam td amat ramai. Ianya mengingatkan kembali kepada kita sejarah reformasi yang dicetuskan daripada pemecatan TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim. Plotnya sama, cuma tarikh dan tempat kejadian yang berubah. Dalam ucapan bersemangat setiap pimpinan yang diberikan ucapan memberikan kata-kata yang penuh semangatdan menjanjikan sokongan padu terhadap MB Perak dan para Exconya. Ternyata rakyat begitu bersimpati dengan kejadian yang menimpa MB Perak ini.
Tragedi rampasan kuasa yang diketuai oleh NAJIS Razak dan dibantu secara tidak langsung oleh pembesar sultan di Perak ini, yang dikatakan bijak dan tidak berparti itu nampak gayanya tidak menunjukkan tanda-tanda kesudahan. Walaupun berbagai pendapat dan pandangan telah diberikan kepada tuanku sultan, namun seolah-olah ianya tidak memberikan sebarang kesan terhadap keputusan baginda. Kemungkinan baginda sultan juga telah diberikan gula-gula oleh NAJIS Razak, sepertimana siposmen, kapitan pencen dan si tempang cina itu. Menurut sumber yang aku dapat, berlakunya sokongan dari baginda sultan akibat termakan pujukan dari NAJIS Razak untuk menghadiahkan komisen peruntukan projek kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Perak yang selama Pakatan Rakyat memerintah telah disekat masuk. WALlahua’lam
Melihatkan situasi semalam, jelas simpati rakyat tetap tinggi kepada Pakatan Rakyat. Mood inilah yang menakutkan Be End untuk mengadakan pilihanraya semula peringkat negeri kerana sudah tentunya mereka akan kalah lebih teruk lagi. InsyaALlah sekiranya kita meneruskan penjelajahan menerangkan isu ini kepada rakyat, barangkali tiada kerusi langsung yang akan dimenangi oleh AMENO Be End pada pilihanraya umum akan datang. Aku tertarik melihat kaitan sirah RasuluLLah saw ketika dirampas haknya untuk melaksanakan ibadah haji diawal hijrah dahulu, namun kemudiannya berjaya menakluk terus kota Makkah selepas itu. Begitulah harapan kita kepada ALlah swt agar memakbulkan doa-doa hambaNya yang dizalimi ini.
Buat MB Haji NIzar, aku respect dengan tindakan beliau dalam berhadapan dengan poembesar istana semalam sehingga berani mempersembahkan sembah derhaka semata-mata mempertahankan prinsip kerajaan yang dipimpinnya. Antara kata-katanya yang aku dapat dengar,
“sekiranya tuanku ingin melihat rakyat memuji dan mengenang tuanku dari sambutan jubli perak ini sehingga akhir hayat tuanku, tuanku hendaklah memperkenankan pembubaran DUN Perak ini seterusnya mengembalikan hak memilih kerajaan yang baru kepada rakyat”.
Apalagi yang perlu aku gambarkan terhadap pemimpin kerajaan negeri aku ini melainkan respect yang teramat tinggi. Inilah pemimpin sebenar rakyat. Bukannya hanya menikus didepan pembesar dan berlagak hebat didepan rakyat.
Posted in MyPAS
Isnin,13 Safar 1430H – 09022009
Firman Allah :”Daripada tanah kamu dijadikan, kepada tanah kami dikembalikan kamu dan daripada tanah kami keluarkan kamu.” (Surah Thaha : Ayat 55)
Jam 1900, jenazah Allahyarham YB Haji Roslan Shahrom selamat disemadikan di tanah perkuburan Kg Changkat Larang, Ipoh. Talkin disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, tahlil dipimpin oleh Dato Sheikh Haji Mohammad Nor Mansur Al-Hafiz dan doa dibacakan oleh AF Ustaz Zulkarnain Ibrahim.

Cahaya Keimanan

Terakhir

Solat Jenazah

Sekadar mengingati, 24 Januari kira-kira dua minggu yang lalu, saya berkesempatan bersantai dengan ALLahyarham dan 4 sahabat lain mengelilingi Pulau Banding. Perjalanan lebih kurang 45 minit itu kami manfaatkan untuk mengeratkan ukhwah. Kami bergurau-senda dan terasa begitu mesra hubungan tanpa mengira kedudukan masing-masing di dalam jemaah. Sewaktu menongkah jalan berbukit untuk pulang ke resort, saya berjalan bersama ALLahyarham kerana yang lain dan lepas jauh ke hadapan. Haji Rahim nampak tangkas mendaki jalan berbukit itu. Boan memang terkenal sebagai ‘ mountain man ‘. Saya memang ko naik bukit ni walaupun cerunnya tak seberapa dan bertar pulak tu. Mungkin faktor usia dan dah terlalu lama tak buat latihan.
Jelas kelihatan ALLahyarham lemah untuk meneruskan perjalanan. Saya yang tidak mengetahui keadaan kesihatan beliau hanya mampu menunggu setiap kali beliau berhenti berjalan. Kepenatan dan mengambil nafas panjang-panjang. Ada kalanya beliau mendepakan tangannya membuat ‘ exercise’ sebelum kembali mangatur langkah. Apabila tiba di kawasan rata berhampiran surau, saya bertanyakan keadaan ALLahyarham. Beliau menjawab tak berapa sihat dan memberitahu pernah ‘pengsan’ di Taiwan sebelum ini.
Apabila punca kematian disebarkan melalui media massa, barulah saya tahu bahawa ALLahyarham mempunyai masalah jantung. Keramahan dan budi Allahyarham tetap akan saya kenang hngga akhir hayat. Semoga ALlah merahmati roh Allahyarham serta menempatkannya ke dalam golongan para syuhada’ dan solihin. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Posted in Rutin
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bertindak di dalam lingkungan kuasa yang ada padanya apabila beliau menghalang Menteri Besar Datuk Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco dari menghadiri sidang dewan undangan negeri akan datang, demikian kata seorang pakar undang-undang hari ini berhubung dengan langkah terbaru ekoran krisis perlembagaan di Perak.
Abdul Aziz Bari, seorang professor undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa berkata kuasa Speaker adalah luas di dalam hal-hal yang melibatkan peraturan dewan.
“Ia termasuklah memuktamadkan pentafsiran sebarang peruntukan di dalam Perintah Tetap -peraturan yang digunakan untuk mengawal perjalanan dewan,” tambahnya.
Peguam veteran, Karpal Singh, menyetujuinya.
Karpal, yang juga Pengerusi DAP, menyatakan meskipun V Sivakumar adalah seorang Speaker yang baru, beliau mempunyai kuasa untuk betindak sepertimana yang telah dilakukan hari ini.
Sivakumar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.
Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.
Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).
Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.
Prof Abdul Aziz menyatakan di peringkat persekutuan juga, Speaker Dewan Rakyat telah banyak melakukan beberapa “keputusan yang tidak logik dan kabur — contohnya di dalam menolak usul dan menggantung ahli parlimen”.
“Sekerang masanya BN merasai hal yang sama,” tegasnya.
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyatakan bahawa beliau masih seorang menteri besar Perak yang sah kerana beliau belum meletakkan jawatannya atau diberikan undi tidak percaya oleh majoriti ahli dewan undangan negeri.
Mahkamah Tinggi telah menetapkan Isnin ini bagi sebutan untuk mempertimbangkan tiga isu yang dibangkitkan pada hari pertama prosiding undang-undang yang difailkan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mencabar pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.
Abdul Aziz menyatakan Nizar mempunyai hak untuk melakukan tuntutan di mahkamah erdasarkan “kesahihan kerajaan BN yang dipimpin dubious position of Zambry”.
Beliau menambah kerajaan negeri “bergantung kedudukannya” kepada sokongan majoriti di dalam dewan undangan negeri.
“Ini masalahnya kerana kita tak pasti samada Zambry faham ataupun tidak,” kata Prof Abd Aziz lagi.
Hal yang sama juga telah disuarakan oleh seorang peguam, Asmuni Awi.
Zambry seperti yang dipetik dari Berita Harian bagaimanapun menegaskan jawatankuasa dipengerusikan Speaker DUN dari Pakatan Rakyat, V Sivakumar, membuat keputusan itu tanpa mengendahkan kuasa Sultan Perak yang memperkenankan pelantikannya sebagai Menteri Besar dan barisan Exco berkenaan.
Beliau berkata, tindakan jawatankuasa itu juga subjudis kerana isu pelantikannya sebagai Menteri Besar sudah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh bekas Menteri Besar dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Ramai pengamal undang-undang menolak kenyataan Zambry itu kerana tindakan Sultan Perak yang memperkenankan perlantikannya sebagai Menteri Besar adalah stau hal yang berbeza. Keseluruhan cara bagaimana BN mendapat kuasa dan perlantikan Menteri Besar dan barisan exco oleh Sultan Perak adalah jelas tidak mengikuti Perlembagaan, justeru itu ia tidak mempunyai sebarang penguatkuasaan undang-undang.
“Peruntukan undang-undang ialah Sultan hanya boleh memanggil parti yang difikirkan telah memperolehi suara majoriti rakyat untuk membentuk sebuah kerajaan. Apa yang berlaku di Perak ternyata konspirasi pihak tertentu terutama Najib selaku Timbalan Perdana Menteri yang mengatur strategi untuk merampas kuasa dan Sultan memperkenannya disamping menolak permohonan Menteri Besar yang sah untuk membubarkan dewan undangan negeri supaya memboleh satu pilihanraya diadakan semula,” tegas pengamal undang-undang tersebut.
“Soal subjudis terhadap pelantikannya sebagai Menteri Besar sudah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh bekas Menteri Besar dari Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin juga adalah hal yang berbeza. Itu adalah tindakan Nizar untuk mendapatkan haknya yang tidak ada kena-mengena dengan tindakan Speaker berkenaan,” tambahnya.
Posted in MyPAS
Tiba LCCT 0430. Makan pagi di Food Garden. Petang Semalam hanya makan mi sup yang Ja buat. Sepanjang jalan minum air masak je. Sesuai le dengan keadaan gigi teman mutakhir ini.

Flight ikut jadual Ujan sikit kat cini. Moga selamat.



Our Bus
Landed at 1000 di LT Sandakan. Sambutan cukup hebat dan penuh ukhwah. Mudah-mudahan PASTI di tempat kita pun akan dapat petugas seperti yang ada di Sandakan at least !

Posing at LTS

Delegasi


Kami dibawa ke tempat berlangsung program ( Masjid Daerah Sandakan ). Fasilitinya sempurna, jarang juga kita peroleh di tempat kita dengan kadar bayaran yang seminima itu. Selepas ta’ruf dengan penganjur dan petugas tuan rumah, kami ke tempat penginapan di Bandar Maju, Batu 2.

Bed

Me & Boss in Our Room
Explore Tanjung Aru. Lepas subuh, Cikgu Roseman bagi berita gembira. Kami tidak terlibat dengan pembentangan hari ini. Boleh le manfaatkan masa senggang untuk menziarahi beberapa lokasi sekitar Sandakan. Cikgu Kamaruzaman Kedah dah sediakan slot melawat Tanjung Aru. maklumle bekas Dato’ Bandar Sandakan, memang takde masalah bagi beliau berbuat begitu kerana ramai lagi contact personnya di sini.

Before Journey


Naik Bot

Tanjung Aru


Me, Amid & Bas Mini

Kengkawan

Me & Kedahan

View From Top of Sandakan Central
Letih jugak nak update blog nih, esok le teman sambung lagi ye. Permisiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ……………………………………..
Posted in PASTI
Petang karang nak balik. Gigi or gusi makin sakit. Malam tadi jenuh berjalan dengan Amin. Thanks for your hospitality. Rasanya macam semalam kita form six. Rupanya dah 25 tahun kita bersahabat. Moga ALlah teguhkan ukhwah kita dan menetap kita di atas jalan perjuangan ini !

Ukhwah FiLLah
Slot teman di MDS jam 9.30 pagi. Amin tak dapat datang kerana terpaksa uruskan anaknya yang sakit mata. Pagi ni sempat surfing di Spoon Cafe dengan bayaran caj elektrik RM 1.50. Wifinya kuat le sikit dari Hotel Kensington. Dapat jugak tolong bookingkan tiket orang Pasir Gudang yang nak balik ke KL petang ni. Ada jugak manfaat bawak nbook ke Sandakan kali ni. Jam 9.00, Haris datang menyelamatkan keadaan.
Masa diberi satu jam. Terpaksa compress semua topik pengujian untuk dihadam oleh peserta. Sambutan dan respon nampak ok. Mudah-mudahan semua pesrta faham akan perkara yang teman sampaikan atau teman sorang je yang syok sendiri !

Mujahidah PASTI

Hebat pendokong kita di sini bah !

Cenderamata from PASTI Sabah
Amin menepati janji datang solat Zohor di MDS. Dia bawa teman ke hotel untuk kemas barang. Selepas solat kami berlegar-kegar di sekitar Sim-Sim untuk ambil gambar.

Sekolah atas Air
Selesai keliling bandar Sandakan untuk kali yang ketiga bersama beliau, kami ke Habeeb untuk membasahkan tekak. Niat nak makan ikan bakar terpaksa ditunda ke tahun 2015 kot kerana teman sakit gigi. Makan ape pun tak sedap la ni.

Sebelum ke LT Sandakan, kami disantuni oleh Haris & Co ke luar Sandakan. Cikgu Roseman mahu ke Sepilok.
Tiba di sana teman, Din dan Haris tunggu di luar sahaja. Nengok gambo orang utan dah le.
Kami ke Kg Gum Gum selepas itu.
Mana-mana yang belum solat Asar, mereka solat di situ. Sempat jugak teman melihat kampung mentua sahabat teman, Amin. Di sini le tempat beliau bertemu jodohnya.
Mungkin Amin akan kekal di Sandakan. Mudah-mudahan dapat jadi pimpinan gerakan Islam di Bumi Bawah Bayu nih.

Masjid Kg Gum Gum
Teman sentiasa doakan.

Typicall Bugisan Mosque Care Taker
Daftar masuk jam 6.00 petang dan …………………………

Panjang Beratur Petang Nih !

Teh & Sate di Gerai Fajar
Selamat Tinggal Sandakan. Kalau ada izin ALLah, kami akan sampai ke situ lagi,
Posted in PASTI
Buat makluman semua.
Siapa yang berminat sila salin logo terbaru PASTI berikut dan kemaskinikan blog atau laman web masing-masing.
Kerjasama semua diucapkan jazakallah khairan kathira.


Tribute to Mr Webmaster
Posted in PASTI
Semalam, sahabat ana Ustaz Sobri telah diundang untuk menyampaikan pengisian kursus Jawi terkini sempena Kursus HSP PASTI 5 Tahun peringkat negeri Sabah 2009. Kursus tersebut telah berlangsung di MDS 7 hingga 9 Mac.

Beliau & Cikgu Man
Ustaz Sobri ditemani oleh rakan karibnya Cikgu Kamaruzzaman. Cikgu Man rupa-rupanya bekas tenaga pengajar di SMK Sandakan, lima belas tahun yang lampau. Kunjungan beliau kali ini selain menemankan Ustaz Sobri mungkin untuk mengembalikan nostalgia 1990 – 1995 dulu. Di samping menziarahi sahabat-sahabat seperjuangan di Sandakan, barangkali …ooops jumpa marka lama kot cikguK ! Penulis sempat bertaaruf dan beramah-mesra dengan Cikguk Man nih! sempoy person dan ciri utama orang Kedah . .. . kuat melawak bah ! Pecah perut kitak !

Me & Man

Alfadhil Utaz Sobritelah diperuntukkan masa selama sehari suntuk untuk mendedahkan segala ilmu berkaitan penulisan Jawi kepada guru-guru PASTI seluruh Sabah. Menurut Ustaz Sobri, kursus kali ini memberikan ruang waktu yang panjang kepada beliau untuk memindahkan ilmu dan pengalamannya.

Kulit Buku Praktis Jawi Terkini

Tekunnya Guru Kita Bah !
Beliau yang juga penulis buku Jawi Terkini berharap para peserta dapat mempraktikkan segala ilmu yang diperoleh di Sandakan untuk dicurahkan kepada semua murid PASTI sejak awal usia 4 tahun. Inilah usaha kita untuk memastikan generasi akan datang celik Jawi, menyayangi dan mencintai Jawi, warisan leluhur kita.
Tahniah Beliau ! Teruskanlah usaha murni itu. Mudah-mudahan ALLah selamatkan seluruh masyarakat dan negara kita. Tulisan Jawi adalah rantaian kepada memahami dan mengasihi bahasa Al-Quran.

Pakar Jawi

After Course
Note to Mr Shukri.
Amid pesan kat nta, semakin lama kita di dalam perjuangan ini seharusnya semakin besar tanggungjawab yang wajib kita penuhi. Ustaz Fadhil sebelum meninggalkan kita, lihatlah betapa besar komitmennya. Rehat bagi kita adalah selepas menutup mata meninggalkan dunia yang fana ini …………………..
Posted in PASTI
Bengkel bermula Sabtu lepas. Selepas beri taklimat pemergian ke Tawau kepada wakil MGP Perak terus ke Taman Samudera.

Abbasiah
Ada peserta yang dah tiba sejak jam 6 pagi tadi.Teman dan Jamil sampai ke tingkat atas tepat jam 4 petang.
Thanks to Sue kerana dah take care that matter.
Syukur tak banyak hal kali ini kerana kekurangan petugas. Halim dan Jamil setia membantu.

Urus Setia

Para Penggubal

Makan Time

Doa Fajr
Posted in PASTI
Tiba petang semalam di sini. Selesai urusan Ja dan anak2 di Taman Teratai jam 9.30 malam. Terus ke Padang Gajah kerana ada ceramah MB di situ. Pertama kali dengar ceramah YB Mumtaz Nawi. Bagus bah ahli Dewan Negara kita ni !

Dato’ Seri as an usual buahnya. Selesai jam 1220. Balik ke tempat penginapan. Tuan rumah pulak dah tido. Terpaksa hubungi Imam Din di Ayer Terjun ni. At last dapat masuk ke rumah. Walaupun rumah ni tidak didiami tetapi kondisinya ok. Fasiliti semua lengkap. Dapat tidur yang nyaman mulai 0101.
Pagi jemaah subuh dengan Haji Hamid. Makcik Bibah dah sediakan sarapan nasi goreng. Depan markaz ada gerai roti canai. lain kali le kot. Makcik Bibah serahkan senarai barang-barang yang nak dibeli. Pergi ke Temelok dengan Haji Hamid. Sambil tunjukkan tempat bertugas kepadanya dapat juga ronda-ronda kawasan sekitar pagi ni.

Scene 1

Rehat di Rumah Kami

Tribute to Our Beloved MB
Cari barang keperluan harian selesai jam 1000 di Pekan Trong. Sebelum balik sempat tengok karnival rakyat di situ. Meriah jugak acaranya. Ke markaz Ayer Terjun untuk tinjau kerja. Jaudin ada kat situ. Selepas perbincangan, Jaudin setuju dengan cadangan kami nak mengecat ruang depan markaz. Teman dan Lobai ke Pekan Trong sekali lagi. Sebelum tu singgah di Pekan Temelok untuk berjumpa dengan ketua UPU Temelok. Kami dah ada dua assingment untuk dibuat hari ni.

Scene ?????????????

Posted in MyPAS
Ke Ayer Terjun selepas bereskan urusan di Perodua Ipoh. Bawa anak-anak untuk rasai pengalaman baru. Sempat jugak singgah ke Bukit Berapit melayan kehendak anak-anak. Sesekali bersantai dengan bebudak nih dapat jugak bertenang dan berehat.

Macam Kembar

Damai . . .
Kerja memang banyak menunggu. Petugas yang datang boleh tahan. Syukur kepada ALLah kerana memberikan kesempatan dan keselamatan kepada konvoi bermotor dan berkereta dari Kampar datang ke sini. Mudah-mudahan kedatangan kami ini dapat memberikan semangat serta dorongan kepada yang lain di Kampar untuk sama-sama berjihad !

Breakfast

Sukaneka PASTI Batu 8

Indoor Job

Fieldworks

Petugas Semakan Berdedikasi

Menu Ringkas tetapi Menyelerakan

Tribute to Medic Team

Amir Courier 2

Anak2 di Sg Petai

Muslimat Berziarah

Dedicated to Pian & Asrani
Posted in MyPAS
Check in semalam di Grand Kampar. Sebilik dengan Jamil. Makan ok, kandungan kursus pun ok.

Solat Anakku

Room

Pandangan dari Atas

Me & Jamil

Micro Teaching
Posted in Rutin

YB Dato Seri Hj Mohammad Nizar diumumkan sebagai Calon PRK Bukit Gantang sebentar tadi.Pengumuman baru sahaja dibuat oleh Presiden PAS Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang semasa majlis ceramah diadakan di Padang Taman Kota Jaya Simpang ,Taiping malam ini.
Dianggarkan 5 ribu Orang telah bersorak gembira apabila pengumuman yang agak mengejutkan itu diumumkan; termasuk juga pegawai-pegawai FRU yang bertugas pada malam ini.Laungan takbir memenuhi suasana yang menunjukkan kegembiraan.
Mesyuarat AJK PAS Pusat yang dipengerusikan oleh YB. Dato’ Presiden PAS yang dihadiri oleh Timbalan Presiden dan AJK Pusat yang lain telah bermesyuarat mula jam 3.00 petang tadi di Markas Tarbiyah PAS Ayer Kuning bagi menentukan siapakah calon bagi PRK Bukit Gantang.

Posted in MyPAS
Khamis, 6 Rabiulakhir 1430H – 02 April 2009.
Masuk hari ketiga berulang-alik ke Water Fall. Mudah-mudahan keringat kami di sini ada nilainya di sisi ALLah swt. Saban waktu doa dipanjatkan semoga lembut hati semua pengundi tempatan memberikan sokongan kepada YB Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
YDP kami dan juga pemimpin Pakatan Rakyat Perak.
Haji Saleh menjadi teman yang setia sepanjang musafir kami. Semoga ALLah berikan kesihatan yang baik dan ditetapkan hati di atas jalan jihad ini kepada beliau.

Mantap !
Selasa dulu, Lobai ringan tangan memudahkan perjalanan pergi dan balik ke medan ini.

Ala Kadar !
Sesungguhnya kerja serta tugasan di sini lebih banyak daripada tenaga yang ada pada kami ! 
Kot ada yang bersimpati, datang sahajalah ! Walaupun tidak ada karpet merah atau hijau, Water Fall pasti akan menenangkan tuan !

Jangan biarkan Umno terus menjahanamkan orang Melayu dan menggadaikan tanah air kita.Ini fakta menunjukkan Umno adalah penjahanam tanah orang Melayu.
• 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.
• 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
• 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!
• Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
• 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.
• Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.
• Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.
• 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.
• 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.
• Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.
• 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.
• Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.
Kampung Chu Badak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.
• Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.
• Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)
• Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.
Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.
Anda bijak kalau tidak mengundi Umno/BN.Undilah calon Pakatan Rakyat : Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar bin Jamaluddin.
Posted in MyPAS
Jumaat, 7 Rabiulakhir 1430 – 03 April 2009
Hari ini keluar awal. Haji Saleh dah menanti di pintu depan tepat jam 12.28. Awal dua minit daripada perancangan malam tadi. Kami solat Jumaat di Masjid Hadhari, Padang Rengas. Mujur sempat tiba sebelum berakhir khutbah pertama.
Selesai makan di gerai sebelah masjid, kami teruskan perjalanan ke Ayer Terjun. Petang ini ada program Jamuan Petang bersama penduduk sekitar kampung itu. Oleh kerana awal lagi, kami meneruskan kerja-kerja pemasangan poster YB Ir.
Tepat jam 5, kami ke padang. Kak Noriah dan mula gusar kerana sate yang ditempah belum tiba lagi. Selepas perbincangan dengan Penyelaras PAS Puchong, kami bersetuju mulakan program jam 5.30 petang. YB Haji Anuar mula berucap. Selepas itu YB Jannice Lee. Mujur penduduk Cina di sini bertutur menggunakan dialek Kungfu. Serasilah dengan YB Jannice tu. Ucapan lebih kurang 50 minit itu disampaikan di dalam berselang-seli Bahasa Melayu dan Bahasa Cina ( dialek kungfu ).
Sambutan masyarakat di sini cukup baik. Tidak kira Melayu, Cina atau India. Mudah-mudahan kekallah undi mereka seperti 2008 dulu. Jika dapat, tingkatkanlah lagi majoriti kemenangan calon PAS di sini hari Selasa depan. itulah pesanan dan pinta kami kepada semua pengundi di Ayer Terjun ini.
Semua makanan yang dihidangkan habis dimakan. seronok betul tengok tetamu berselera dengan menu ringkas yang kami sediakan petang ni. Kot ada rezeki esok-esok kita kenduri lagi !
Ucapan dua YB

YB Haji Anuar

Sambutan hangat walaupun hujan renyai-renyai.



Posted in MyPAS
Ahad, 9 Rabiulakhir 1430 – 5 April 2009
Pagi ini berlangsung Pesta Bola murid-murid PASTI Bukit Gantang di Taman Mewah, Kamunting.
Kami terlibat sebagai pengelola.

Antara yang Hadir

Teraju Utama

Ucapan Perasmian

Dato' Seri Fans

Minum dengan Cikgu Azrin

Pemeriksaan Kesihatan Percuma pun ada . . .


Aksi Sang Juara
Meskipun YB Dato’ Seri berkeuzuran untuk menghadirkan diri, sambutan yang diberikan oleh penduduk dan pengundi di sini begitu menggalakkan. Tahniah kepada pemenang ! Terima kasih yang tidak terhingga kepada Abang Man suami-isteri dan seluruh warga PASTI Taman Mewah. Kepada Nizam & Co. dari Lumut. Thanks and Keep on good works !
UPU Ayer Terjun 2045.
PAS 212
BN 128
Bebas 01
Rosak 03
Majoriti 84 – 2008 ( 61 ) meningkat 23 undi atau 37 %
UPU Temelok BN menang majoriti 126 - 2008 ( 196 ) jatuh 70 undi @ 35 %

Hujan PAS !!!!!!!!!!!!!!!!




Syukur, ALLah Kabulkan Doa Kami !
From Ustaz Misbah
Tidak keterlaluan kalau dikatakan secara analisis mudah bahawa kemenangan calon PAS di Bukit Gantang merupakan mesej jelas dari rakyat Perak bahawa kuasa rakyat hendaklah dikembalikan kepada rakyat. Pengundi Bk. Gantang telah menjadi hakim yang bijaksana. Memenangkan yang benar, dan menjatuhkan yang salah. Nizar mewakili perjuangan rakyat yang benar, 11 bulan Hj Nizar menjadi MB yang sah, tiba-tiba dijatuhkan dengan cara yang tidak bermoral.
Kejatuhan kerajaan PR dan Hj Nizar dimanipulasi sebegitu rupa, sehingga Hj Nizar diperhina begitu sekali oleh UMNO BN melalui media arus perdana. Pengalaman singkat bersama calon dalam kempen pilihanraya dapat dirasai betapa sebahagian kecil pengundi terpengaruh dengan isu ini. Reaksi spontan pengundi di sebelah Trong terhadap Hj Nizar apabila diberi salam begitu menguris hati siapa yang mendengarnya, apa reaksi pengund ini “ saya UMNO, kita taat pada sultan, kami tak mahu derhaka, saya tak boleh sokong calon derhaka” . Mulutnya terus menggomel yang cukup menyakitkan hati.
Isu Hj Nizar derhaka, pengkhianat Melayu, kuda tunggangan DAP, boneka, ikut telunjuk Cina, gadai tanah Melayu dan sebagainya dimainakan oleh mereka. Sepanduk, billboard, risalah, VCD, kain rentang dan sebagainya dalam beraneka bentuk slogan, tulisan dan kartun dipamer dan disebar secara luas. Hj Nizar pada kacamata mereka dipandang hina sehina-hinanya, dan rakyat Bk. Gantang diajak turut serta menghina Hj Nizar, seolah-olah Hj Nizar tidak ada harga diri dan tidak ada maruah. Tidak cukup dengan isu tersebut, direka-reka pula isu lain dalam laman blog dan pendedahan menggemparkan kononnya oleh Setpol MB Haram (Hamdan Taha), Osman Jailu dan Jamaluddin (bekas EXCO yang tak reti jadi EXCO). Saya yang dilantik sebagai Penyelaras Pasukan Kempen Calon yang sepatutnya mengatur urus program kempen calon terpaksa turun ke padang juga untuk turut membantu berkempen bagi menjelaskan dan menjawab pembohongan-pembohongan mereka.
Ternyata perkiraan mereka silap dan salah. Rakyat Bk. Gantang tidak semudah boleh diperbodohkan oleh mereka yang benar-benar bodoh. Cukuplah kamu bodoh seorang, jangan ajak orang lain jadi bodoh.
Kemenangah Hj Nizar menunjukkan rakyat tolak amalan politik murahan UMNO BN. Mesejnya cukup jelas, rakyat mahu Hj Nizar dikembalikan di tempatnya yang asal, UMNO BN duduklah baik-baik ditempat yang asal, belajarlah jadi pembangkang yang baik, kursuslah dengan counsultant bagaimana mahu menjadi pembangkang yang efektif di Perak. Jangan tumpang kuasa kerajaan Pusat untuk menjatuhkan kerajaan PR.
Penolakan rakyat terhadap BN juga mesej bahawa rakyat tolak kepimpinan baru UMNO dan tolak Najib sebagai PM baru Malaysia. Pengumumannya membebaskan mangsa ISA, mengkaji ISA dan menarik balek pengharaman Harakah dan Suara Keadilan tidak menjadi umpan yang baik kepada pengundi. Publisiti terhadap Najib sebagai PM yang baru juga tidak meninggalkan kesan kepada pengundi, kedatangan Mahathir pada hari terakhir kempen juga gagal meraih undi rakyat. Pendekkata semua strategi UMNO BN serba tak jadi dan semua salah. Betul seloka tok guru, “ Bagi Salah, Tak Bagi Kalah, Jadi UMNO Serba Salah”.
Sebenarnya rakyat mahu perubahan pembawaan politik baru yang berimej rakyat, kebajikan, kebersamaan, perpaduan, keadilan sejagat, amanah, kesederhanaan, keterbukaan dan toleran. PAS yang digambarkan selama ini dengan imej ekstrim oleh UMNO BN, DAP pula digambarkan anti Islam, begitu juga PKR, akhirnya diterima oleh rakyat Bk. Gantang. Fahaman politik lama BN terkubur, politik perkauman sempit UMNO ditolak oleh rakyat, politik kebendaan dan rasuah juga ditolak oleh rakyat, politik fitnah, perebutan kuasa, salah guna kuasa dan ugutan juga ditolak mentah-mentah oleh rakyat Bk. Gantang.
Kini Rakyat boleh jadi Hakim yang lebih arif lagi bijaksana dari hakim-hakim yang sedia ada bagi menghukum salah laku politik UMNO BN. Rakyat Bk. Gantang, Bk. Selambau, Kuala Terengganu dan Permatang Pauh telapun menjadi hakim yang telahpun memutuskan bahawa rakyat dan PR adalah dipihak yang benar dan UMNO BN dipihak yang salah dan mesti ditolak dalam PRU akan datang.
Kemenangan Hj Nizar adalah kemenangan untuk rakyat. PR wajib menghargai kemenangan ini, jangan hampakan harapan rakyat, rakyat menaruh harapan yang tinggi untuk melihat lebih jauh ke hadapan. Jadikan kemenagan ini sebagai asas bagi mengukuhkan hubungan PR dan mendekatkan dengan rakyat.





Posted in MyPAS
Lama jugak tinggalkan laman ini. Letih kerana kerja bertimbun yang tidak menunjukkan petanda akan surut. Selagi nadi berdenyut, selagi itu le kerja ni takkan selesai kot.
Ahad lepas ada slot perasmian sukan PASTI kawasan Tanjung Malim. Hebat betul persediaan mereka kali ini. Tempatnya …… Padang MDTM depan Fresh Mart Slim. Tahniah kepada Azahari, Gani dan ajk PASTI & DPP Tanjung Malim !

Sekalung penghargaan kepada Tuan Haji Aminuddin ( Ketua Pemuda PAS Tanjung Malim ) dan Imam Khalili. Berbaloi rasanya perjalanan sejauh ini dengan sambutan dan penerimaan sahabat-sahabat di benteng selatan bumi berdaulat ini. Mudah-mudahan ukhwah kita akan berkekalan dalam musafir perjuangan.

Selesai acara perasmian, kami sekeluarga memecut laju ke Bukit Gantang. jam 12 nanti bermula majlis jamuan meraikan kemenangan Parlimen Bukit Gantang di UPU Ayer Terjun. Syukur kami tiba betul-betul di kemuncak majlis. Kak Yah tersenyum lebar apabila melihat kami. Mengenangkan budi baik Kak Yah sekeluarga ketika hampir sebulan kami bertugas di sini dulu, tak tergamak rasanya nak menguzurkan diri daripada menghadiri majlis ini.


Anak-anak di Ayer Terjun
Posted in PASTI
04 Jumadilawal 1430 – 30042009
Tajuknya macam nak cuti raya je. Semalam berlangsung tiga program khusus untuk rakyat di Kampar oleh YAB Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak yang sah dan wakil-wakil rakyat PR. Tambah sibuk dengan tugas baru sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang, inilah ceramah sulung Dato’ Seri di tempat sendiri !
Sambutan … meriah, mewakili tiga komposisi utama penduduk Malaysia. Oleh kerana kami memang memilih tempat dominan kaum Cina di Daerah Kampar ini, tidak hairanlah sambutan yang diberikan oleh masyarakat Cina cukup meriah.
Jam 5.30 petang, hadirin telah memenuhi tempat duduk di dalam dewan orang ramai, Kampung Baru Chenderong sejak jam 4,30 lagi. Pengerusi ceramah petang ni Mr Baldip Singh, peguam di Kampar yang merupakan ajk PKR Kampar. Ada empat orang penceramah sebelum DS Nizar. Petang ni pereh tengkuk DS Nizar menerima kalungan bunga malai dari geng Makkal Salthi.


Selepas minum petang, DS Nizar terus ke Kampung Tualang Sekah, dulu rumah itu merupakan kediaman rasmni YDP PAS Kampar. Kini kami gunakan sebagai Pusat Kegiatan Masyarakat PAS Kawasan Kampar. Meskipun tidak layak menerima geran sebagai Pusat Khidmat Kerajaan Negeri Perak dulu, syukur kegiatan pusat ini boleh le kalu nak compare dengan DUN yang kalah PAS bertanding PRU 12 dulu. DS Nizar makan petang di sini. Sambal udang, masak tempoyak patin dan ulam-ulam kampung begitu menyelerakan. Teman sempat cium bau saja, banyak tugas menanti. . .
Solat Maghrib di Surau PPRT. Lama dah surau ni tak melimpah dengan pendengar! DS Nizar bertazkirah selepas itu. Kami pasangkan layar di luar surau kerana memang dah jangkakan ramai yang dah rindu dengan madah YDP kami ini.
Pada masa yang sama ceramah di Dewan Kuan Yin, Mambang Diawan telah bermula. Buya dah uruskan ceramah tersebut bersama para petugas setia yang lain. Selesai setting kamera dan lcd teman pun tinggalkan surau. Telefon banyak kali berbunyi. Kuntek bermurah hati bawa teman ke MDA.
Hebat betul sambutan ceramah di sana. Real Malaysian !
Terima kasih kepada semua khususnya Unit Amal Kampar dan Tapah. Tidak lupa juga kepada Mr Au & Co.
Hidup PR ! Takbir !


hhhh
Posted in MyPAS
Syukur Alhamdulilah kepada semua warga dan rayat Perak khususnya dan Malaysia amnya yang telah sabar dan mendoakan untuk kemenangan dan keselamatan seluruh Rakyat Perak. Selama 3 bulan kita dalam suasana krisis perlembagaan oleh kerana perbuatan rakus merampas hak rakyat negeri Perak pada 5 Feb. 2009 lalu.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah berkerjasama dan mendoakan kejayaan ini. Marilah kita bertenang, terus memuji kebesaran Allah SWT serta memohon kempunan dari Allah SWT.
Semua rakyat harus bertenang dan Pakatan Rakyat akan meneruskan khidmat kami membantu rakyat serta membela rakyat yang memerlukan banyak perhatian dan pertolongan dari kerajaan. Sesungguhnya kami akan meneruskan dasar serta janji demi kebaikan rakyat dan melaksanakan diatas prinsip keadilan dan kesaksamaan.
Semua rakyat Perak beragama Islam mesti menunaikan solat sebagai tiang agama dan kembali kepada ajaran nabi Mohammad SAW. InsyaAllah kita akan banyakan lagi program kebaikan dan membenteras kemungkaran demi berhasrat menyelamatkan bangsa , negara dan agama oleh kerana gejala sosial seperti dadah, rokok, ragut, rempit, zinah , mabuk , tak sembahyang, jahil dan lain-lain.
Maka marilah semua kaum dan rakyat Perak kita ikut dan patuh kepada perlembagaan dan undang-undang tubuh serta mengikut Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara supaya dapat kita bangunkan balik tamaddun Islam yang telah lama tidak di beri perhatian wajar.
Sebagai Ahli Parlimen P059 Bukit Gantang pula saya ajak seluruh warga parlimen tersebut mengemukakan segala masaalah mereka melalui pusat khidmat masyarakat yang telah saya dirikan di DUN Cgkt Jering, Kuala Sepetang dan dua pejabat di Trong.
Kapada semua kakitangan Kerajaan disemua peringkat, marilah kita laksanakan khidmat kepada rakyat dengan menganggap semua titik peluh kita sebagai amalan membantu rakyat agar mereka tidak menuntut hak mereka di hadapan Allah SWT diakhirat kelak. Marilah kita ambil kesempatan memberi sumbangan kepada rakyat yang cukup terhimpit akibat krisi ekonomi global kini.
Kepada semua media ,marilah kita bebaskan diri kita dari belenggu fitnah dan sindrom enggan melapurkan yang benar. Kepada semua bloggers dan media kerajaan, saya pohon keampunan atas kesilapan dan ketelanjuran saya. Saya turut memaafkan serta mengampunkan kesilapan kalian.
Kepada semua pegawai dan penjawat awam , jangan lagi menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya buat kerja dengan penuh tanggungjawab dan amanah. Kepada RTM FM Perak, berlaku adilah kepada saya dan Pakatan Rakyat untuk suara saya didengari oleh rakyat Perak kerana saya cuma mahu mengajak kaum saya bersolat dan berilmu. Saya bertemu dengan Menteri Penerangan ketika itu, Dato’ Shabery Chik dan merayu berilah saya setengah jam seminggu untuk mengajak orang Melayu supaya patuh pada Allah dan jangan lalai. Hendaklah serious beragama. Maka berilah ini kepada saya. Namun tiada layanan darinya dan warga Perak FM di Ipoh. Tolonglah kami kerana kami difitnah dan danayai. Belalah Islam!.
Kepada semua warga tani, peladang, penternak dan nelayan, saya sayang kepada kalian semua dan akan membantu melegakan kehidupan yang terik sekarang.
Kepada semua ketua JKKK yang telah diberi surat watikah oleh saya sebagai MB tempoh hari, teruskan usaha baik tuan tuan kerana saudara dipilih oleh rakyat. Ini telah diperkenan oleh kebawah duli yang teramat mulia Raja Muda semasa saya mengesyurkan usaha memilih ketua JKKK. RM cukup gemar dan berkenan dengan tindakan ini.
Saya kembali dengan hasrat memberikan hak kepada rakyat Perak pilih kerajaan yang kuat dan wibawa. Saya akan cuba sedaya upaya memohon perkenan Kebawah DYMM untuk bubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya seluruh negeri kita.
HIDUP RAKYAT.
ALLAHU AKBAR.-MB Perak
Pagi ini lebih kurang 7.45 pagi YAB Dato’ Seri Hj Nizar kembali bertugas di Pejabat Menteri Besar. Beliau diiringi oleh EXCO-EXCO Pakatan Rakyat, Setiausaha Politik dan pegawai-pegawai khasnya. Kedatangan Dato’ Seri disambut oleh En. Asri, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Sumber Manusia di pintu pagar Bangunan Perak Darul Ridzuan. Pintu pagar masih dikawal dengan ketat oleh pihak polis dan FRU.
Sesampainya Dato’ Seri di pejabatnya, beliau disambut oleh En. Shamsuzaman, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan juga beberapa pegawai yang lain. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri tidak ada di pejabatnya ketika Hj Nizar memasuki pejabat MB.
Kembalinya semula YAB Dato’ Seri dan seluruh exco dialu-alukan oleh sebahagian besar pegawai dan kakitangan kerajaan negeri. Mereka turut melambai-lambai tangan dari koridor pejabat menyambut ketibaan kami.
Antara tugas pertama YAB Dato’ Seri Hj Nizar sebaik masuk pejabat ialah menyampaikan surat pengantungan kerja Dato’ Abdul Rahman Hashim sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dan Dato’ Ahmad Kamal bin Md Shahid sebagai Penasihat Undang-undang. Penggantungan ini berkuatkuasa serta merta sehingga diberitahu kelak. Beliau turut melantik Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Jamaluddin Al Amini untuk menjalankan kerja Setiausaha Kerajaan Negeri.
Beliau yang tiba bersama isteri, Datin Seri Fatimah Taat pukul 9.10 pagi tadi kemudian dipersilakan duduk di tempat yang dikhaskan untuk Menteri Besar dan pembesar-pembesar kanan negeri.
Ketibaan beliau sebagai MB mungkin tidak dijangka oleh tetamu kerana menjangkakan yang dijemput ialah Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Turut hadir pada majlis itu barisan Exco daripada PR termasuk Exco Kanan, Datuk Ngeh Koo Ham. Walau bagaimanpun Datuk Seri Dr Zambry dan enam Exco BN yang baru mengosongkan jawatan mereka semalam dan bilik masing2 di Bangunan Perak Darul Ridzuan tidak kelihatan.
Suasana di Balai Rong Seri yang sama itu mengimbau kembali majlis angkat sumpah Datuk Seri Dr Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor sebagai jawatan MB 6 Februari dihadapan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.
Perlantikan beliau menandakan bermulanya krisis politik yang amat getir bagi negeri Perak yang berterusan sehingga keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mengesahkan keabsahan Datuk Seri Nizar sebagai MB yang sah sejak beliau dilantik ke jawatan tersebut pada 13 Mach 2008. Lebih 286 penerima darjah kebesaran dan pingat hadir pada majlis tersebut hari ini.
Posted in MyPAS
Selasa 19 Mei 2009

PUTRAJAYA, 18 Mei: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel terkenal hari ini.
Apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.
Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.
Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.
Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya.
Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.
“Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini,” kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.
Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Posted in MyPAS

AB 320 - bawa kami pergi dan balik
Jumaat hingga Ahad lepas kami ke Tawau. Check in jam 1630. Sebelum tu berhenti makan di R&R Dengkil. Lobai siapkan bekal yang enak untuk kami.
Kali ni guna fast check in ( mesin ). Ingatkan nak cepat tetapi hampir-hampir terlepas flight kerana masalah bagasi.
Penerbangan selama dua jam setengah agak membosankan. Tidur pun dah tak dapat di dalam pesawat ni. Kat luar pun gelap semacam aje. Melayan karenah anak-anak terutama ke tandas.

Anak dan Cik lobai
Tiba di LT Tawau hampir jam 2100. Kami disambut oleh sekumpulan petugas PASTI Sabah. Syukur kami sekeluarga dihantar ke tempat penginapan di Hotel Emas.

Me & Family di LT Tawau
Penginapan sangat selesa. Thanks kepada Ckgu Ya atas layanan mesra. Panjang umur kita akan balas budi tuan. Malam tu makan nasi ayam bungkus dengan anak-anak d bilik sahaja. Tak sama nasinya dengan tempat kita.
Pagi-pagi sarapan dengan krew di restoran sebelah hotel. Tak sanggup nak beratur di hotel walaupun memang tersedia sarapan di situ. Hasilnya terkena bayaran yang tak padan dengan menu yang kami pesan. Tak cekap bah servis kedai makan di sini !

Sebelum bersarapan
Kembali ke hotel, Ja tersenyum kerana kekenyangan makan di hotel. Rupa-rupanya dia menjamu selera dengan Kak Rodiah di situ. Lobai dan Pendi terus jamu selera lagi. Anak-anak pun ikut serta. Lobai cakap makan sekali untuk tengah hari. Memang hebat kautnya!

Lobai, Pendi & Foods
Program berlangsung ikut jadual. Dewannya pahit di luar, manis di dalam. Tengok dari atas hotel macam stor baja. Kat dalam selesa jugak. Sayang tempat duduk tak ikut protokol. Situasi ini selalu berlaku di dalam majlis PASTI. Kami mengalah dan cari tempat sayup kat belakang dewan. Biasalah kita bukannya pmpinan profal tinggi or YB. Hanya melukut di tepi ……

Negaraku

Delegasi PASTI Perak
Habis program hampir jam satu petang. Syukur kepada ALLah, Puan Faridah Dawan daripada PASTI Negeri Perak terpilih sebagai Tokoh Guru PASTI Malaysia 2009. Tahniah bah !

Pasar Gantung Tawau
Petangnya kami ke Pasar Gantung Tawau. Ja dan Lobai sibuk cari mutiara dan lain-lain cenderamata.

Ja, AD & Kak Fadilah
Teman bawa anak-anak minum di gerai berdekatan. Pendi ikut sekali. Mula demam dia nih. Mungkin pembawak budak ! Di situ jumpa Ustaz Hamid duduk di kerusi sambil tersengih. Sempat sembang sikit dan terkenangkan Syukri or Raja Sedaka. Thanks to him, belanja kami minum. Pendi tentu ingat abc Tawau punya penangan. Teman terliur jugak, apakan daya tekak ni kalah dengan ais. telan ayor liyo aje.

Bersama YDP Kawasan Putatan
Malam hanya berehat di hotel sambil menonton dengan Lobai. Selesaikan beberapa urusan PASTI Perak sebelum tidur.

Kak Leha & Gang
Paginya, kami sarapan secara besar-besaran kerana banyak peserta dah tinggalkan hotel kerana ada acara menarik di Semporna dan Pulau Sipadan. Selepas urusan delegasi pertama ke LT Tawau, kami bergegas ke Semporna dengan santunan Ustaz Rosli, bekas penuntut APID.

Ja di pintu masuk.
Pusat Pelancongan Lautan Semporna.

Pondok atas Laut
Udang dan Ikan.


Beli Amlang dll
Pasar Besar Tawau, tempat jual amplang, ikan masin dan lain-lain hasil laut.
Pekan Semporna.

Posted in PASTI

Puak di belakang Chalet

Kolam di Pangkor Holiday Resort

Cantik .............

Me & Salam
Posted in Rutin
Bangun awal pagi ni. Sebenarnya macam tak tidur dek penangan kopi Radix yang dijamu oleh Encik Khalil ( care taker taska tempat kami menginap sepajang musafir ini ) Jutaan terima kasih kepada beliau dan isteri. Juga buat Kak Aziah dan Kak Mun. Jasa kalian terpahat di hati kami.

Fajr Prayer at Our Home

Di depan PASTI Kak Aziah
Pagi ini muktamar dimulakan dengan ucapan dasar Presiden PAS. Malam tadi urusan pendaftaran dah kami selesaikan sebelum pargi ke tempat penginapan di Padang Jawa tu. Suasana di muktamar ini sungguh ceria. Hebat Selangor ni weh ! Memang berbeza daripada muktamar tahun lepas di Ipoh. Stadium Malawati ni pun hampir dua setengah kali ganda lebih besar daripada Indera Mulia. Tahniah Dr Hassan dan semua krewnya !

Kenhkawan & YB Dr Hatta
Waktu rehat kami tercari-cari masjid yang berhampiran untuk solat Jumaat. Mujur juga ramai Bangla yang berjalan ke arah yang sama. Dapat juga tumpang dema solat di Masjid PSA. Kesian jugak tengok Ustaz Shuib tercungap-cungap, mengah kerana terpaksa berjalan jauh dari pintu pagar menuju ke masjid. Tadi kami tak jumpa pintu utama. Van parking di tepi jalan dan masuk ikut pintu kecil berhampiran bengkel. Khutbah boleh tahan, pasal selesema babi. Malamnya semua tidur awal kerana keletihan. Teman tak sedar sejak jam 2030 hingga ke 0500.
Muktamar seperi biasa, ada kala panas dan adakalanya sejuk.. Hari kedua kami makan di gerai berhampiran UITM. Selepas itu bawa kengkawan solat di Masjid Negeri. Pagi tadi jumpe Jemi dan Manap. Jemi le yang bawak ke tempat ni. Kami ikut saja.
Malam yang akhir, teman , Ustaz Ibrahim dan Haji Azmi naik komuter ke KL Sentral. Ini pengalaman baru bagi mereka. Hampir satu jam jugak perjalanan daripada Padang Jawa ke KL Sentral nih.
Jam 1620 hari ketiga muktamar pun berakhir. Sebelum pulang sempat beli jubah bubar DUN Perak ! Kami gunakan lebuh raya Guthrie. Di hentian rehatnya terjumpa Dato’ Seri dan Meran. Makan percumalah kami. Ustaz Berahim kata dah kebulur kerana sejak pagi tadi belum makan nasi. Tadi hanya sarapan mihun sup Jawa di gerai Wak Amid berhampiran taska Padang Jawa.

Dato' Seri & Co
Syukur ALLah selamatkan perjalanan pulang kami. Teman tiba di rumah tepat jam 2030. Tunggu AD kemaskan barangnya dan hantar dia ke MTQ.
Posted in MyPAS
Pagi ini berlangsung program tahunan PASTI Perak. Biarpun MPM bertindak tanpa adab menolak sewaan premis Stadium Mini Manjung sebagai tempat program, namun ALlah gantikan tempat yang lebih baik bagi kami.

Dalam Sangkar

Noit Bad !

Finalis Bola Jaring
Penganjuran kali ini lebih teratur. Tahniah kepada Nizam dan krew ! Teruskan kerja antum yang baik itu.

Aku, Nizam dan Perasmi
Perlawanan akhir dijalankan setengah jam lebih awal. Keputusan ? PASTI Kawasan Lumut sekali lagi mengulang sejarah tahun lepas. Johan berganda. Bola Sepak menewaskan Taiping dengan empat jaringan tanpa balas manakala bola jaring mengecewakan Parit Buntar tiga berbalas satu.

Tahniah Lumut !
Habis sahaja pesta, teman selesaikan semua pembayaran. At last bayo duit Jakpo dan Nizam di Uncle Zam. Singgah kejap rumahYong ambik Ja dan anak-anak. Sebelum pulang jumpa Faridah HPA. Ja nak beli sikt barang di situ. Solat Maghrib di Masjid Lekir. Tiba rumah jam 2150. Letih ……….. rehat seketika untuk mulakan hari esok di sekolah . . . . .
Posted in PASTI
Setelah selesai mengangkat sumpah dan menandatangani surat acara jawatan lalu DS.Nizar melaungkan ‘Hidup Rakyat’ dan ‘Bubar Dun’ sehingga Dewan kecoh selama hampir setengah jam.
Selepas itu DS.Nizar memakai lilitan kepala di songkoknya bertulis Bubar Dun diikuti oleh kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat yang lain.
Ekoran dari tindakan DS.Nizar melaungkan kalimat ‘Hidup Rakyat’ dan ‘Bubar Dun’ serta memakai lilitan BubarDun membawa kepada tindakan Speaker menghalau keluar dari dewan hampir 10 orang Ahli Parlimen.
Antaranya YB.Nga Kor Ming, Dato’Ngeh Kor Ham, YB.Gobalakrishnen, Dr.Hatta Ramli, Dr.Zulkifli, YB.Nurul Izzah dan beberapa orang lain.

Bravo !
Posted in MyPAS
Bagi saya, masalah muzakarah-muqabalah tidak perlu ditimbulkan secara agenda. Benda ini, Islam telah lama membuka peluang untuk berbincang. Kita hendak sebutkan sebagai agenda adalah satu yang tidak betul, seakan-akan Islam tiada agenda untuk bertemu dengan orang. Sedangkan Islam terbuka selama-lamanya. Tidak perlu diagendakan dalam ucapan kita kerana barang sudah sedia ada.
Dalam istilah Arab dipanggil tahsilul hasil yakni mengadakan benda yang sudah sedia ada.Jadi, Islam sejak daripada awal lagi membuka peluang kepada manusia yang menentangnya untuk berbincang. Itu sejak awal lagi, tidak perlu diagendakan. Bila kita mengagendakan apa yang sudah sedia ada bererti kita mengadakan barang yang sudah sedia. Hubungan dan masalah berbincang ini memang Islam pun benarkan, dan Kerajaan Persekutuan pun dibenarkan.
Tetapi buat hubungan dengan Umno, saya tidak boleh terima kerana buat hubungan dengan Umno lain, bekerjsama dengan kerajaan federal lain. ekarang, dalam keadaan Presiden Umno sebut One Malaysia, masih lagi Kelantan diarahkan oleh Kerajaan Pusat supaya pegawai pertanian pusat jangan kerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan. Hal ini memang ada, dan direkod dalam minit mesyuarat kami. Pihak kementerian mengarahkan pegawainya di Kelantan di bawah JPP supaya jangan bekerjasama dengan Kerajaan Kelantan dalam bahagian pertanian.
Posted in MyPAS
3. Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang berucap ringkas. Sebab beliau tahu, ramai yang datang bawa dengan soalan. Bukan datang dengan telinga atau kaki yang tak bermata. Pertama, sebagai pemimpin sebuah parti politik Islam, mesej beliau tidak boleh lari daripada Islam itu sendiri. Itulah juga yang dinyatakan oleh beliau sewaktu bertemu dengan Lee Kuan Yew sebelum berangkat ke London. Walaupun yang datang dalam majlis itu pelbagai kaum dan agama, Presiden PAS itu terus menyampaikan butir-butir al Quran sebagai asas ucapannya. Itulah yang dicakap samada dalam Pakatan Rakyat, Barisan Nasional ataupun yang tak tahu apa-apa tentang politik.
4. Kedua, Islam mengutamakan pembangunan insan tanpa menafikan keperluan ekonomi sebagai keperluan kesejahteraan hidup. Ilmu pengetahuan, tamadun dan keperibadian tinggi itulah yang mewujudkan kebijaksanaan manusia untuk hidup dengan saling bantu membantu, berhubungan antara satu sama lain. Manusia tidak boleh hidup sendiri untuk memenuhi keperluan mereka. Oleh itu Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud,
‘kebijaksanaan adalah barang tercicir milik orang beriman’.
5. Kebijaksanaan itulah yang menjadikan kita berkongsi tamadun dengan tamadun bangsa dan agama lain. Tamadun China yang menemukan teknologi alat letupan dan kertas telah digunakan oleh dunia untuk membangunkan ketenteraan dan meningkatkan keselamatan mereka. Tamadun Yunani purba tentang pentadbiran seperti demokrasi digunakan oleh dunia untuk mengurus masyarakat dan negara. Manakala tamadun dan perkembangan sains dan ilmu pengetahuan di Baghdad dan Andalusia juga dimanfaatkan oleh dunia.
6. Kerajaan Islam memanfaatkan semua tamadun dunia untuk membangunkan masyarakat sehinggalah terdiri sebuah kerajaan yang kuat dan maju. Akhirnya, kerajaan Islam yang kuat dan maju itu sedikit demi sedikit meninggalkan Islam sebagai sumber kekuatan mereka. Kerajaan Islam menjadi zalim, menindas rakyat dan menyebabkan pemberontakan berlaku. Dari bangsa Quraish yang dianggap bangsa terkuat, telah berpindah kepada bangsa Kurdis, kemudian kepada bangsa Mogul. Inilah yang pernah disebut oleh Imam Mawardi tentang ciri kepimpinan yang ketujuh;berbangsa Arab Quraish. Bukanlah Imam Mawardi menyatakan hanya Arab Quraish mempunyai darah kepimpinan tetapi sebenarnya ia merujuk kepada kualiti kepimpinan semasa yang memiliki pengaruh luas.
7. Tuan Guru Presiden ada sebut istilah 16 Sep sepintas lalu. Terus kepala aku menangkap ada benda di sebalik itu yang beliau tak mahu ulas lanjut.Tetapi bagi aku penting. Namun barangkali, ada yang lebih penting mengapa beliau tak ulas.
8. Masyarakat mula naik angin bila perut mereka diganggu. Otak sudah letak bawah kaki. Masalah riba, rasuah, untung atas angin, monopoli, manipulasi dan sebagainya. Semua itu ditentang oleh Islam. Dalam menentang amalan riba, al Quran mengisytiharkan perang kepada yang mengamalkannya. Tapi riba adalah amalan lumrah dalam ekonomi. Mengapa manusia tidak menentangnya, sebab perut mereka masih terisi. Mereka tidak kisah kalau timbul masalah sosial sebab kerangka otaknya adalah perutisme. Ini istilah aku pinjam dari Dr. Siddiq Fadhil.
9. PAS mempunyai pengalaman yang luas dalam kerjasama dengan parti-parti politik pembangkang dan kerajaan. Kemuncak kerjasama PAS dengan bukan Islam adalah dengan mewujudkan Kelab Penyokong PAS. Kemuncak kerjasama PAS dengan Umno ialah mewujudkan kerajaan campuran (1971) dan Barisan Nasional (1973). Tiada parti lain seluas pengalaman PAS di Malaysia dalam soal ini. Ini aku cakap.
10. Kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat adalah atas prinsip yang sama. PAS terus dengan dasarnya dan menghormati dasar parti rakannya yang lain. DAP keluar daripada Barisan Alternatif pada 2001, kerana tidak bersetuju dengan konsep negara Islam PAS. PAS tidak pernah berhenti dalam perjuangan yang melibatkan dasar parti . DAP dan PAS sekali lagi bertemu dalam Pakatan Rakyat yang diwujudkan selepas PRU12 .
11. Akhirnya, Tuan Guru bercakap tentang `Unity Government’ . Menurutnya, konsep tersebut timbul sewaktu zaman Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM. Dasar terbuka Abdullah terhadap institusi kehakiman, langkah pencegahan rasuah, keterbukaan kepimpinannya membuka ruang idea itu dikemukakan. Abdullah Badawi memang awalnya berminat tentang idea tersebut tetapi tekanan dalaman Umno akhirnya menyebabkan beliau terpaksa berundur dari jawatan PM.
12. Apakah itu `Unity Government’? Senang untuk difaham tetapi mengapa payah nak reti? Sebenarnya, inilah yang disebut sebagai `negara tanpa pembangkang’ yang pernah diamalkan di UK selepas Perang Dunia, diperkenalkan oleh Nelson Mandela selepas menamatkan dasar apartied di Afrika Selatan dan sekarang diamalkan di Indonesia. Konsep ini berusaha untuk menamatkan perbalahan politik yang merugikan negara. Tiada kaitan langsung PAS masuk Umno seperti yang dihebohkan oleh media dan ramai ahli dan sesetengah pimpinan PAS. Media memang akan memanfaatkan setiap ayat yang boleh dimanipulasikan untuk kepentingan mereka.
13. Habis tu mengapa ramai ahli dan sesetengah pemimpin PAS menentang? Sebabnya mereka memahami konsep itu dalam zaman pemerintahan Najib Tun Razak. Tuan Guru Presiden jelaskan bahawa konsep itu tidak relevan di zaman Najib. Namun, Tuan Guru tidak menolak untuk berbincang dengan sesiapa termasuk Umno. Seperti juga PAS tidak pernah menolak untuk berbincang dengan DAP, PKR dan pihak lain. Memang ada perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat. Sama juga dalam PAS. Perbezaan pendapat bukan pergaduhan. Itu lebihnya dalam PAS. Mereka ada kebebasan suara.
14. Sambil menuding jari kepada Tuan Guru Presiden, mamat itu bertanya macam-macam. Kurang ajar betul (semangat sebenarnya) mamat ni. Lepas tamat majlis, mereka yang awal tadi tak puas hati dengan Tuan Guru nampaknya semakin jelas. Tiada jawapan yang skema dari Tuan Guru , tiada retorik atau janji politik kosong. Dia jawab dengan lurusnya sebagaimana ketika beliau menjawab soalan wartawan selepas muktamar. Bak kata Tuan Guru sebelum sesi soaljawab tu, yang boleh dijawab, dia jawab. Yang tak boleh, jangan temberang. Oleh kerana kami datang ingin mengetahui, kami faham. Kami dengar sendiri dari mulutnya. Sebaliknya
jika yang datang nak mencari kesilapan, mereka akan buat berita yang mengelirukan orang.

Supporters
Sehari dua ini media Barat memberikan gambaran yang pilihanraya Presiden Republik Islam Iran penuh dengan penipuan dan penyelewengan. Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden (yang pernah menyatakan kerisauannya ekoran seorang politikus tempatan dituduh meliwat oleh mangsanya) kali ini dengan penuh yakin menyatakan ada yang tidak kena pada pilihanraya Presiden di Republik Islam Iran. Gambar-gambar rusuhan oleh pengikut pencabar terdekat Presiden Mahmoud Ahmadinejad iaitu Mir Houssein Mousavi muncul merata-rata (lihat di blog http://pedulipalestina.blogspot.com). CNN, BBC malah al-Jazeera dan al-Arabiya membayangkan keadaan di Tehran adalah di luar kawalan dengan pihak berkuasa mengganas di mana-mana. Semalam petang di Damansara, di hadapan Wisma UN rakyat Iran di Malaysia turut melakukan protes (lihat foto di atas). Terdapat banyak faksi (fakta-fiksi) dan khabar angin tersebar sehingga mengelirukan pemerhati politik antarabangsa.

Benarkah Mahmoud Ahmadinejad seorang hardliner yang langsung tidak mendapat dokongan rakyat kelas pertengahan dan terpelajar? Benarkah pula wanita Iran yang ‘moderat’ (berskarf dan bukannya bercadur sebagai mana wanita ‘konservatif’) menolak Ahmadinejad misalnya? Benarkah agaknya golongan muda menolak Mahmoud Ahmadinejad? Benarkah Mahmoud Ahmadinejad tiada pengikut? Benarkah Ayatullah Ali Khamenei pundak ’sistem teokrasi’ di Iran telah ditolak rakyat Iran?
Inilah helah media antarabangsa yang pintar memanipulasi berita !
Posted in MyPAS

Sayang Buah Kepayang !
Petikan daripada seorang Mamat – Blognya tak boleh terima semua sebab terlebih adab ! somehow thanks . . .
RENUNGAN DAN MUHASABAH BUAT SEMUA TIDAK KIRA PIMPINAN ATAU AHLI BAWAHAN
PERTAMA :-
Umum mengetahui bahawa wirid Nasaruddin tentang Kerajaan Perpaduan ini ditentang oleh ahli dengan diketuai oleh Mursyid al-’Am sendiri. Secara tidak langsung, kelihatan seperti Mursyid al-’Am mempunyai masalah dengan Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong yang baru.
KEDUA :-
Presiden atau Timbalan Presiden atau Setiausaha Agong yang baru itu sewajibnya menemui Mursyid al-’Am dengan kadar yang segera supaya salah faham atau salah tafsir itu dapat diperbetulkan sebelum munculnya bibit bibit perpecahan.
Sedih. Ini tidak berlaku.
KETIGA :-
Apabila Mursyid al-’Am telah bersuara, sepatutnya pimpinan yang muda umurnya memohon mengadakan perjumpaan bagi menjernihkan suasana. Bukan soal siapa salah siapa betul. Soalnya yang muda lebih manis jika mengalah.
Sedih. Ini tidak berlaku.
KEEMPAT :-
Dewan Ulama PAS Pusat sepatutnya awal awal lagi menjadi pendamai dalam hal ini. Malangnya, sunyi sepi tidak berbunyi. Walaupun ahli bawahan sudah kelihatan seperti dilanggar garuda sifatnya akibat daripada penangan wirid Nasaruddin ini, namun Dewan Ulama PAS Pusat tetap nyenyak tidur.
Sedih. Ini yang berlaku.
KELIMA :-
Pandangan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi. Mungkin tergerak hatinya untuk menjadi pendamai apabila keadaan semakin panas. Kita hargai keprihatinan ulama muda ini dam sepatutnya ulama tua malu dengan beliau.
Mungkin kerana berada di dalan keadaan dilemma, diluah mati Nasaruddin, ditelan mati Mustapha, maka Ust Nasaruddin Hassan Tantawi pun meminta kita semua menghormati pandangan Presiden.
Ini yang agak kurang tepat. Sepatutnya, Ust Nasaruddin Hassan Tantawi menganjurkan muzakarah tidak kira secara terbuka ataupun tertutup di antara individu individu yang terbabit dengan Mursyid al-’Am.
Sedih. Ini tidak berlaku.
KEENAM :-
Ke mana hilangnya Naib Naib Presiden PAS? Yang bersuara hanya Ust Tuan Ibrahim Tuan Man sahaja. Ke mana Hj Mahfuz Omar? Ke mana Hj Salahuddin Ayub? Tidak terfikirkah anda untuk menjadi pendamai? Atau anda lebih selesa mengambil pendekatan tunggu dan lihat?
Jemaah dan porak peranda dah nie. Apa lagi yang hangpa tunggu? Apa lagi yang hangpa nak lihat? Janganlah tidur !! Tugasan pertama pun dah gagal.
Sedih. Ini yang berlaku.
KETUJUH :-
Tahniah kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustzh Nuridah Salleh. Hanya beliau yang mencadangkan supaya semua yang terlibat bertemu dengan Mursyid al-’Am dengan segera supaya kekeruhan yang semakin menghitam ini dapat dijernihkan.
Namun, siapakah Ustzh Nuridah Salleh untuk menjadi pendamai kerana beliau seorang muslimat dan muslimat ada batasannya. Apa apa pun, tahniah dan tabik hormat layak diberikan kepada Ustzh Nuridah Salleh kerana beliau faham erti berjemaah.
KELAPAN :-
Kecenderungan pimpinan PAS meluahkan perasaan dan ketidakpuasan hati kepada mana mana media sahaja haruslah dijauhi. Kita amat memahami kekangan yang dihadapi oleh wartawan Harakah untuk menyiarkan artikel atau rencana berkaitan bantahan kepada wirid Nasaruddin ini. Namun, ini tidaklah bererti pimpinan PAS boleh beralih kepada media musuh yang sememangnya menunggu untuk menyanyikan lagu yang rata ratanya bersifat haramjadah itu.
Sedih. Ini berlaku.
KESEMBILAN :-
Yakinilah bahawa ahli ahli bawahan akan berhenti bercakaran jika pimpinan yang dilantik dan dipilih menerusi muktamar lalu bangun dari tidur.
Sedih. Jika pimpinan terus tidur dan berdengkur.
Fasa II:
Kerana saya bukan Subky Latif, saya tak mampu ingat tarikhnya. Tapi saya masih ingat peristiwa. Satu hari saya membawa Almarhum Tn.Hj Yusuf Rasa, Presiden Pas ketika itu hendak solat Jumaat di Masjid USM. Saya tak buka pintu kereta ketika beliau hendak turun. Dengan berseloroh beliau buat-buat marah kepada saya:
‘Bukalah pintu . Perdana Menteri ni nak turun!’ katanya dengan ketawa.
Saya berkata; ‘ Maaf ustaz, saya tak suka Pas menang. Biar macam ini pun cukup.’
Hj.Yusuf Rawa marah. Katanya: ‘Awat, hang pikiak Islam ni hak Pas sajakah?’ (Ketika itu pun ada ura-ura tentang perpaduan macam inilah).
Saya jelaskan, saya mahu jihad orang Pas berterusan dan berkobar-kobar. Kalau menang, kita tak mahu berjihad lagi, asyik rebut kuasa nak jadi pemimpin.
Fasa III:
Memang media menjadi kesangsian kita hendak percaya jika ada laporan dari Pas. Tapi jika di antara kita yang meneliti laporan media, seperti kata pengulas salah seorang bloger kepada saya, Malaysiakini agak boleh diterima.
Soalnya seperti yang saya pernah tulis dulu. Pemimpin Pas, lambat sua mikrofon, ada-ada saja nak buat kenyataan. Adakah kenyataan Mustafa Ali tentang Kerajaan Perpaduan ini dikilas atau tak betul. Kalau tak betul bacam mana berita ini boleh keluar dan dari kenyataannya juga?
Mustafa Ali pernah beri amaran, soal Kerajaan Perpaduan jangan ditimbul lagi sebelum Manik Urai selesai. Tiba-tiba beliau yang gatal mulut.
Kita bukan menentang perpaduan. Tidak. Tapi sejarah dan pengalaman sudah mengajar kita. Apapun buatlah keputusan secara berjemaah, bukan seorang, bukan dua orang. Tuan Guru Haji Hadi dilihat sekarang sebagai Presiden yang tidak mempunyai kekuatan politik tetapi hanya berilmu tinggi dalam hal agama.
Maka kerana itu beliau sudah diperalat dengan golongan cerdik pandai, yang kononnya dihebuh sekarang sebagai profesional, cerdik pandai.
Dengar khabar, kerana angkara ini Pas mungkin mengadakan Muktamar Khas. Bayangkan kerana karenah seorang dua ini seluruh jemaah jadi bercelaru.
Perpaduan memang bagus tetapi apa yang digila-gilakan oleh kumpulan ‘G7′ ini tidak mengikuti dasar. Lakukanlah kalau dasar begitu dan lakukanlah jika keputusan berdasarkan dasar Pas.
Memang tidak ada apa-apa kenyataan akhbar itu. Tapi bacaan politik lain. Disebalik itu ada sesuatu dan yang jelas Mustafa telah termakan puji bajak wangkang Perdana Menteri yang mengatakan niat Pas ikhlas.
Kita sebenarnya masih bangang dalam helah politik. Kononnya kerana Islam itu baik, telus, tidak dendam, baik sangka, pemaaf, berpadu, maka kita boleh buat apa saja kerana kita ini Islam.
Betulkah? Yang betul ialah bagi mereka yang tidak mahu Islam, melakukan sesuatu yang tidak Islamik dan yang tak betul ialah kita yang mahukan Islam, tetapi tidak Islamik.
Kita selalu membuat ukuran dalam politik mestilah ulama maka atas nama ini ditekanlah pula mesti kena walak. Walhal berapa ramai pemimpin yang tidak ulama, tidak Islam yang melakukan kerja politiknya lebih dari ulama.
Yang penting dalam politik ialah cerdik, bervisi, berwawasan manakala agamanya yang penting ialah mengawal visi, wawasan dan cerdiknya, diperkuat dengan kealimannya dan kewarakannya. Bukan kealiman dan keulamakan tetapi tidak punya wawasan, cerdik dan pintar.
Sekarang berlaku satu fenomena tradisi, iaitu apabila soal-soal kepincangan dalam Pas selalunya pemimpin menyalahkan media. Di pujuk ahli-ahli bawahan, jangan percaya media. Media musuh kita. Tetapi dalam masa yang sama beberapa hal yang berlaku, yang boleh melemahkan perjuangan dan semangat ahli dilakukan oleh mereka yang berpesan kena berhati-hati dengan media jugalah..
Jangan percaya kepada mediakah, kalau pihak atasan panggil media buat kenyataan. Jangan percaya kepada mediakah, kalau ada pemimpin yang sengaja tarik tangan repoter, minta siarkan kenyataan mereka? Tak percaya kepada media lagikah, kalau ada pemimpin yang syok nak jengol muka dalam TV walaupun ruangan itu perangkap atau menjeratkan mereka?
Kita kesal kerana soal yang diucapkan oleh Mustafa Ali soal dasar, soal yang bukan boleh diucap di depan dua pemberita tetapi ia mesti melibatkan kepusan jemaah atau jawatan kuasa pusat.
Jangan salahkan ahli-ahli jika ada tuduhan kegilaan ini adalah kegilaan mahu jadi menteri tidak penuh atau menteri penuh. Apakah Pas beranggapan atau penuh yakin ( bagi yang mahukan Kerajaan Perpaduan) jika berlaku Kerajaan Perpaduan Tuan Guru Hj Hadi akan jadi Timbalan Perdana? Mustafa Ali mungkin jadi Menteri Dalam Negeri atau lain-lain jadi menteri sepenuh masa?
Ditakdirkan jika diseret sama PKR dan DAP, redakah Pas dengan hati telus mulus, mardhotillah melihat Dato’ Sri Anuar Ibrahim jadi TPM, Karpal Sing jadi Ketua Hakim Negara, Lim Kit Siang jadi Menteri Undang-undang. Ketika itu Pas akan berontak lagi. Ketika itu tentu ayat Qur`an tentang amanah, zalim dan munafik terus di baca.
Mahukah dan relakah pula dengan hati yang bersih, atas nama berjuang kerana Allah, Setiausaha Agung Pas akan jadi Setiausaha Agung Kerajaan Perpaduan manakala yang lain menjadi timbalan menteri? Atau bermimpikah Presiden Pas akan menjadi Perdana Menteri?
Hua…hua…hua….demikian ketawa Etong dalam Wayang Kulit Asun.
Sangat malu dan memalukan jika Pas yang didakwa parti yang mendukung Islam, yang kepala masamnya terdiri dari ‘ulama’ tiba-tiba antara Mursyid dengan Presiden tak sekata, Setiausaha dengan AJK tak sebulu. Nak melawan dikatakan tidak walak. Berdosa dijadikan alasan ‘tidak boleh melawan’.
Perkembangan terakhir yang kita dapat tahu, alangkah kecewannya sebanyak 8 cawangan di Perak yang hendak menyerah borang keahlian Pas, ditangguh kerana ‘Chaos’ kerana pengamal ‘Chaosophy’ kerana ‘Criminalis Perfectus’ yang membawa kepada ‘Ekstasi’ dan akhirnya menuju kepada konsep ‘Libodo politik’.
Tuhanku, maafkan hambaMu jika pemikiran ini salah.

Kami pasti merindui tuan, kabo le sape orangnyer . . . .


Walau tak ngundi tapi tribute to Pendi !
Posted in MyPAS
KUALA LUMPUR: Semua ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan Pas. Semua ini hendak menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.
InsyaAllah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi ke semuanya ini. Kalau Umno/BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada qarun-qarun yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi. Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini InsyaAllah dapat diatasi dengan baik dan elok.
Saya yakin bahawa ahli pas yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya. Kerana Pas adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. Pas ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.
Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno/BN dalam apa suasana sekalipun.
Media cuba memainkan isu bahawa Pas hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa Pas hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Setiausaha Agung pada 17 Jun 2009 telah menjelaskan kekeliruan ini.
Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat dalam parti ia akan dibincang terlebih dahulu dalam parti. InsyaAllah segala keputusan yang diputuskan, akan kita sampai kepada semua pihak di peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas. Yakinlah firman Allah SWT ”Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu”. Dan Sabda Rasulullah SAW “Berjamaah itu rahmat”
Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih maka boleh kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.
Segala keputusan politik yang Pas buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara’ dan fiqh siasi. Kita bertahlalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.
Semua ahli Pas perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini, kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.
Dapatkan maklumat rasmi daripada akbar rasmi Harakah, Harakahdaily dan Siasah. Supaya tidak menimbulkan kekeliruan. Tunggu dan sabar penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.
USTAZ IDRIS AHMAD
Ketua Penerangan PAS Pusat
Posted in MyPAS
Semalam kami tiba di sini jam 3.30 petang. Penginapan ok cuma panas sikit. Sebuah apartmen kami kongsi 20 orang. At least ada tempat tidur walaupun berbayar RM 120/

Padang

Krew PASTI Perak
Prestasi Pasukan Bubar DUN kali boleh dibanggakan. Walaupun bola jaring tewas semua perlawanan tetapi pasukan bola sepak dapat meraih tempat ketiga. Pencapaian terbaik PASTI Perak setakat ini. Tahniah kepada semua krew PASTI Lumut yang telah bertungkus-lumus mengangkat martabat PASTI Perak !

Pasukan PASTI Perak

Panjaring Terbanyak - Adik Iskandar dari PASTI Perak

Cikgu Man & Ishar
Kami pulang dengan senyum melebar hingga ke telinga ! Moga ALLah selamatkan perjalanan kami semua.
Rabu 01 Rejab 1430h, 24 Jun 2009.Petikan daripada alqayyim.netAmalan-amalan Yang Diangggap Sunnah Dalam Bulan Rejab |
Rejab secara bahasa bermaksud mengagungkan atau memuliakan. Bulan Rejab merupakan bulan yang ke tujuh dalam kalendar hijrah. Ia dinamakan Rejab kerana orang-orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa jua bentuk peperangan pada bulan ini. Di antara kabilah Arab yang ekstrem dalam mengagungkan bulan Rejab ini adalah bani Mudhar. Di dalam kalendar umat Islam terdapat dua belas bulan yang mana Allah S.W.T. telah memuliakan empat bulan darinya. Firman-Nya: Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. – al-Tawbah (9) : 36 Imam al-Qurthubi berpendapat tafsiran “maka janganlah kamu menganiaya diri kamu” di dalam ayat di atas bermaksud jangan seseorang itu menjadikan apa yang diharamkan pada bulan ini halal dan janganlah mengharamkan apa yang halal. Jika firman-Nya di atas hanya menunjukkan terdapat empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi s.a.w. ini memperincikan lagi tentang nama bulan-bulan tersebut: Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan-bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu bulan-bulan Dzulqaedah, Dzulhijjah dan Muharram. Bulan Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Sya’ban. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 4662 Ternyata bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan yang telah dimuliakan oleh Allah S.W.T.. Justeru itu telah tersebar dalam masyarkat kita behawa terdapat amalan-amalan yang dikhaskan sempena bulan Rejab ini dan ianya memiliki fadilat-fadilat yang besar. Namun begitu pada hakikatnya tidak wujud satu dalil yang sah menunjukkan terdapat amal-amal ibadah yang tertentu bersempena dengan bulan Rejab. Hal ini telah diperakui oleh tokoh ulamakk hadis bermazhab Syafie iaitu al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani r.h dalam kitabnya Tabyin al-Ajib Bimaa Warada Fi Fadli Rajab yang mana menurut beliau tidak ada hadis yang sahih tentang keutamaan bulan Rejab (melainkan ia termasuk bulan-bulan haram), puasa Rejab dan solat malam pada bulan Rejab yang dapat dijadikan pegangan. – Rujuk Muhammad ‘Abdussalam al-Syaqiry, As-Sunan wa al-Mubtada’aat al-Muta’alliqah bi al-Adzkaar wa ash-Shalawaat, (edisi terjemahan dengan tajuk Bidaah Bidaah Yang Dianggap Sunnah, Qisthi Press, Jakarta, 2004) ms. 152.
PUASA REJAB Adalah masyhur di sisi masyarkat kita bahawa disunatkan untuk berpuasa pada 1hb Rejab, hari Khamis minggu pertama bulan Rejab, Nisfu Rejab dan 27hb Rejab sempena Israk Mikraj. Untuk menguatkan hujah puasa-puasa sunat ini maka diketengahkan beberapa riwayat-riwayat palsu serta lemah bersertakan ganjaran pahala yang besar. Menurut Syaikh al-Islam Ibnu Taymiyyah r.h di dalam Majmu’ Fatawa: Adapun puasa bulan Rejab secara khusus disandarkan kepada hadis-hadis yang kesemuanya dha’if (lemah) bahkan maudhu’ (palsu) yang tidak dijadikan sebagai hujah oleh ahli ilmu dan bukan pula termasuk hadis dha’if yang dikategorikan dalam amalan-amalan mulia tetapi hadis-hadis dha’if yang masuk dalam kategori hadis dusta. – Dinukil dari kitab al-Bida’ al-Hauliyyah karya ‘Abdullah bin Abdul Aziz al-Tuwaijiry (edisi terjemahan dengan tajuk Ritual Bidaah Dalam Setahun, Darul Falah, Jakarta 2003), ms. 243-244. Ibnu Rajab di dalam al-Mughni pula berkata: Mengenai keutamaan puasa khusus pada bulan Rejab, tidak ada satupun hadis sahih yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. mahupun para sahabat. – Dinukil dari kitab al-Bida’ al-Hauliyyah, ms. 245. Syaikh Sayyid Sabiq r.h pula berkata: Mengenai puasa pada bulan Rejab, tiada kelebihan yang menonjol baginya berbanding bulan-bulan lain melainkan ia termasuk bulan-bulan suci. Dan tidak diterima dari sunnah keterangan yang sah bahawa berpuasa pada bulan itu mempunyai keistimewaan khusus. Ada juga diterima riwayat (tentang keutamaan berpuasa pada bulan Rejab), tetapi tidak dipertanggung-jawabkan sebagai hujah – Sayyid Sabiq, Fiqhu as-Sunnah (edisi terjemahan dengan tajuk Fikih Sunnah, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1990), jilid 3, ms. 205. Sungguhpun begitu apa yang ditemui adalah riwayat daripada para sahabat Nabi yang melarang puasa pada bulan Rejab. Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan daripada Kharsyah bin Hurr yang berkata: Saya melihat ‘Umar r.a membuat makanan untuk manusia pada bulan Rejab hingga mereka meletakkanya di dalam mangkuk besar. ‘Umar berkata: Makanlah, kerana ini adalah bulan yang diagungkan oleh orang-orang jahiliyah. – Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannif, jilid 3, ms. 102 Malah Saidina ‘Umar juga dikatakan telah memukul tangan mereka yang berpuasa pada bulan Rejab Daripada Atha’, dia berkata: “Ibnu ‘Abbas melarang puasa pada bulan Rejab seluruhnya, agar tidak dijadikannya sebagai hari besar (hari raya). – Hadis riwayat Abdurrazaq dalam Mushannif, no: 7854. Selain dari itu terdapat juga di kalangan masrakat kita yang mengamalkan berpuasa berterusan selama tiga bulan iaitu pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan. Amalan ini juga sebenarnya tidak memiliki sebarang dalil yang sah. Imam Ibnul Qayyim r.h berkata: Rasulullah tidak berpuasa pada tiga bulan tersebut secara terus menerus seperti yang dilakukan sebahagian orang dan baginda sama sekali tidak berpuasa pada bulan Rejab dan baginda pun tidak menggalakkan berpuasa pada bulan Rejab. Bahkan diriwayatkan daripada baginda bahawa baginda melarang berpuasa pada bulan Rejab seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah. – Rujuk Muhammad ‘Abdussalam al-Syaqiry, As-Sunan wa al-Mubtada’aat al-Muta’alliqah bi al-Adzkaar wa ash-Shalawaat, ms. 152. Meskipun begitu sekiranya seseorang itu berpuasa pada bulan Rejab tanpa niat mengagungkan bulan tersebut sebagaimana golongan jahiliah dan tidak menyakini fadilat-fadilat palsu yang dikaitkan dengan puasa pada bulan Rejab tersebut atau dia hanya berpuasa bertepatan dengan hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti puasa hari Isnin dan Khamis, puasa Ayyam al-Bidh (puasa pada tarikh 13,14 dan 15 setiap bulan) atau Puasa Nabi Daud (puasa selang sehari) dalam bulan Rejab, maka puasa sebegini dibenarkan oleh syarak. Wallahu a’lam. SOLAT BULAN REJAB Terdapat beberapa solat yang dikhususkan sempena bulan Rejab seperti solat pada malam pertama bulan Rejab, solat Nisfu Rejab, solat pada malam 27hb Rejab dan yang paling diketahui ramai yakni solat yang dikerjakan pada malam Jumaat minggu pertama bulan Rejab yang dikenali sebagai solat Raghaib. Kesemua dalil tentang solat-solat khusus sempena bulan Rejab ini adalah sama ada dha’if atau mawdhu’ sebagaimana yang telah diperkatakan oleh al-Hafidz Ibnu Hajar r.h dalam Tabyin al-Ajib Bimaa Warada Fi Fadli Rajab. Tentang solat Raghaib ini Imam al-Nawawi yang juga merupakan seorang tokoh dalam mazhab Syafie telah berkata di dalam Fatawa an-Nawawi (ms. 40): Solat Raghaib adalah bidaah yang tercela, mungkar dan sangat diingkari, yang mencakup kemungkaran-kemungkaran sehingga harus ditinggalkan, ditentang dan diingkari pelakunya. Kepada para penguasa harus melarang manusia dari melaksanakan solat ini kerana mereka adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas rakyatnya UMRAH PADA BULAN REJAB Terdapat juga pandangan bahawa pada bulan Rejab disunatkan untuk mengerjakan ibadah umrah. Namun begitu menurut ‘Aisyah r.a Rasulullah s.a.w tidak pernah mengerjakan atau menganjurkan umrah untuk dikerjakan pada bulan Rejab. Daripada Mujahid dia berkata: Aku masuk bersama Urwah bin az-Zubair ke masjid, ternyata ‘Abdullah bin ‘Umar r.a sedang duduk di samping bilik Saidatina ‘Aisyah r.a … Kemudian dia berkata kepadanya: Berapa kali Rasulullah s.a.w. melakukan umrah? Dia (Ibnu ‘Umar) menjawab: Empat kali Rasulullah s.a.w. melakukan umrah. Dia (Ibnu ‘Umar) menjawab: Empat kali, salah satunya pada bulan Rejab. Lalu kami pun enggan untuk membenarkan perkataannya. Ternyata Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengerjakan umrah pada bulan Rejab dan tidak ada juga riwayat yang sabit daripada baginda yang menganjurkan umrah dikerjakan pada bulan Rejab. Oleh itu pendapat yang lebih tepat adalah bahawa ibadah umrah tidak memiliki keutamaan tertentu sekiranya dikerjakan pada bulan Rejab malah tidak ada dalil yang kuat menunjukkan ianya disunnahkan untuk dikerjakan pada bulan tersebut. Riwayat-riwayat yang menunjukkan terdapat dikalangan generasi salaf yang mengerjakan umrah pada bulan Rejab bukan menunjukkan mereka telah berniat untuk mengkhususkan bulan itu untuk berumrah. Namun tujuan mereka adalah untuk melaksanakan haji dan umrah dalam dua waktu atau perjalanan yang berbeza. ‘ATIRAH BULAN REJAB ‘Atirah adalah haiwan yang disembelih pada bulan Rejab yang digunakan oleh orang-orang Arab jahiliyah untuk mendekatkan diri kepada tuhan-tuhan mereka. Ianya dilaksanakan pada sepuluh hari pertama bulan Rejab dan haiwan yang biasanya dipergunakan untuk ritual ini adalah kambing. Terdapat sesetengah umat Islam yang masih melaksanakan ‘Atirah ini berpandukan beberapa hadis seperti dibawah. Al-Harith bin Amru pernah bertanya Rasulullah s.a.w. tentang ‘Atirah maka jawab baginda: Sesiapa yang mahu menyembelih ‘Atirah silakan menyembelih dan siapa yang tidak mahu jangan menyembelih. – Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab al-Fara’ wa al-‘Atirah, no: 4154 Sabda Rasulullah s.a.w.: Wahai manusia, kepada setiap ahlul bait diwajibkan untuk berkurban dan menyembelih ‘Atirah setiap tahun. Tahukah kalian apa itu ‘Atirah? Iaitu apa yang kalian namakan Rajaban. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Adhahi, no: 1438. Namun hadis-hadis tersebut hanya menunjukkan ‘Atirah telah dibenarkan perlaksanaanya pada zaman awal kedatangan Islam sedangkan ia telah dimansuhkan hukumnya setelah itu sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. seperti diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a: Tidak ada lagi Fara’ dan juga ‘Atirah. Fara’ ialah anak unta pertama yang disembelih dan dipersembahkan kepada berhala dengan harapan induknya (ibu unta tersebut) akan lebih banyak melahirkan anak. Sedangkan ‘Atirah adalah kambing yang disembelih pada sepuluh hari pertama bulan Rejab. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Aqeeqah, no: 5473. Imam Ibnul Qayyim r.h di dalam Tahdzib Sunan Abi Dawud berkata: Orang-orang Arab mengerjakan tradisi (al-‘Atirah) itu pada masa jahiliah, lalu dikerjakan sebahagian orang Islam sehingga Rasulullah s.a.w. memerintahkannya, tetapi setelah itu baginda melarangnya seraya bersabda “Tidak ada lagi Fara’ dan juga ‘Atirah” sehingga umat Islam setelah itu dilarang mengerjakan ‘Atirah. – Dinukil dari kitab al-Bida’ al-Hauliyyah karya ‘Abdullah bin Abdul Aziz al-Tuwaijiry, ms. 241. Namun ini bukan bermakna dilarang sama sekali untuk menyembelih haiwan pada bulan Rejab. Yang dilarang adalah menghidupkan semula al-‘Atirah atau menyembelih haiwan dengan niat untuk mengagungkan bulan Rejab sebagaimana golongan Arab jahiliah. Wallahu a’lam. SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ Setiap kali apabila munculnya tarikh 27 Rejab maka umat Islam seluruh dunia akan rancak membincangkan tentang peristiwa Israk dan Mikraj. Pelbagai program keagamaan diatur demi memuliakan peristiwa bersejarah tersebut. Hal ini merupakan satu usaha murni untuk mengingatkan kembali umat Islam kepada peristiwa-peristiwa bersejarah yang mana di dalamnya terdapat pelbagai pengajaran bermanfaat. Rata-rata umat Islam di Malaysia yakin bahawa peristiwa Israk dan Mikraj memang benar-benar berlaku pada 27 Rejab. Seolah-olah ia telah disepakati di kalangan para ulamak ahli sunnah wal jamaah. Hakikat yang sebenar adalah wujudnya perbezaan pendapat di kalangan para ulamak tentang tarikh terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj tersebut. Hal ini telah diperjelaskan oleh al-Hafidz Ibu Hajar al-’Asqalani r.h: Para ulamak berselisih pendapat mengenai waktu berlakunya al-Mikraj. Ada yang mengatakan sebelum baginda dilantik menjadi Nabi. Pendapat ini ganjil (syaz) kecuali dianggap terjadi dalam mimpi. Kebanyakan ulamak berpendapat setelah baginda menjadi Nabi. Mereka juga berselisih tentang tarikh sebenar peristiwa ini. Seterusnya al-Hafiz Ibn Hajar menyebutkan pendapat para ulama tersebut satu pesatu. Antara ringkasannya ialah: 1. Berlaku setahun sebelum hijrah, iaitu pada bulan Rabiul Awal. Ini adalah pendapat Ibn Sa’d dan selainnya. Pendapat ini dibenarkan oleh Imam al-Nawawi. 2. Tarikh peristiwa ini berlaku ialah lapan bulan sebelum hijrah, iaitu pada bulan Rejab. Ini menurut pendapat Ibn Hazam. Katanya: Ia berlaku pada bulan Rejab tahun ke 12 kenabian. 3. Ia berlaku enam bulan sebelum hijrah, iaitu pada bulan Ramadan. Pendapat ini disampaikan oleh Abu al-Rabie’ bin Saalim. 4. Ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah, iaitu pada bulan Rabiul Akhir. Ini pendapat Ibrahim bin Ishaq al-Harbiy. Katanya: Ia berlaku pada bulan Rabiul Akhir, setahun sebelum hijrah. Pendapat ini dibenarkan Ibn al-Munayyir di dalam Syarh al-Sirah karya Ibn Abdul Bar. 5. Setahun dua bulan sebelum hijrah. Pendapat ini disampaikan oleh Ibn Abdul Bar. 6. Setahun tiga bulan sebelum hijrah. Pendapat ini disampaikan oleh Ibn Faaris. 7. Setahun lima bulan sebelum hijrah. Ini adalah pendapat al-Suddiy. 8. Lapan belas bulan sebelum hijrah dan jatuh pada bulan Ramadan. Pendapat ini disampaikan Ibn Saad, Ibn Abi Subrah dan Ibn Abdul Bar. 9. Berlaku pada bulan Rejab tiga tahun sebelum hijrah. Pendapat ini di sampaikan Ibn al-Atsir. 10. Lima tahun sebelum hijrah. Ini menurut pendapat Imam al-Zuhriy dan dibenarkan oleh al-Qadhi ‘Iyaadh’. Dari sini, benarlah dakwaan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah r.h bahawa tidak ada dalil yang tegas menunjukkan bila tarikh sebenar terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj ini. Bahkan, Imam Abu Syamah al-Syafie r.h menegaskan: Sebahagian ahli cerita menyebut bahawa Israk dan Mikraj terjadi pada bulan Rejab. Dalam hal ini, menurut ahli al-Jarh wa al-Ta’dil (ulamak hadis) hal itu merupakan pembohongan. – Rujuk Kitab al-Ba’its karya Abu Syamah Abdul Rahman bin Ismail, ms. 171. Ibn Rajab al-Hanbali r.h pula berkata: Telah diriwayatkan bahawa pada bulan Rejab terjadi banyak peristiwa yang istimewa. Tetapi, tidak ada satu pun dalil yang sahih dalam hal ini. Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w lahir pada awal malam bulan Rejab, diangkat menjadi Nabi pada tarikh 27 Rejab, ada yang menyatakan tarikh 25 Rejab dan sebagainya. Semua riwayat itu tidak sahih. – Rujuk Kitab Latoif al-Ma’aa-rif karangan Ibn Rajab Abdul Rahman bin Ahmad, ms. 168. PENGAJARAN DARI PERSELISIHAN INI Apa kepentingannya untuk membawa perbezaan pendapat tentang tarikh peristiwa Israk dan Mikraj ini? Tidakkah ia hanya akan menimbulkan kekeliruan? Bagi penulis, apabila kita ingin menyampaikan ilmu berkaitan agama kita hendaklah berlaku adil dan memastikan kesahihan fakta. Walaupun sesuatu perkara yang ingin kita sampaikan itu bertentangan dengan pandangan majoriti masyarakat setempat. Namun, kita tetap mesti bersifat amanah demi menjaga ketulenan agama. Pengajaran yang dapat kita ambil dari pendedahan ini adalah: 1. Kita perlu mempertingkatkan kefahaman kita terhadap agama ALLAH. Jangan kita menelan bulat-bulat apa yang disuapkan oleh pihak lain terhadap kita. Kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami ajaran sebenar Rasulullah s.a.w agar dapat membezakan antara perkara hak dan batil. Hal ini hanya dapat direalisasikan melalui kesungguhan kita dalam mempelajari ilmu-ilmu agama. Ketahuilah bahawa menuntut ilmu itu diwajibkan ke atas setiap Muslim. Sabda Nabi s.a.w: “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim.” – Hadis riwayat Imam Ibn Majah di dalam Sunan Ibn Majah, Kitab al-Muqaddimah, hadis no: 220. ALLAH juga meninggikan darjat mereka yang memiliki ilmu melalui firman-NYA: “ALLAH akan meninggikan kedudukan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.” – Surah al-Mujadilah: 11. Ini merupakan ganjaran paling besar bagi mereka yang berusaha bersungguh-sungguh mempelajari apa jua bidang ilmu terutamanya ilmu-ilmu berkaitan agama. Sekiranya kita hanya berpuas hati dengan ilmu agama yang telah dipelajari ataupun yang telah kita warisi secara turun-temurun tanpa mempunyai niat untuk mempertingkatkannya, natijahnya kita hanya berpegang kepada pendapat bahawa tarikh peristiwa Israk dan Mikraj tersebut berlaku pada malam 27 Rejab kononnya menurut ijmak para ulama. Oleh itu, dalami ilmu agama dari sumber sahih bersumberkan al-Quran dan sunnah menurut fahaman generasi salafussoleh. Siapakah generasi salafussoleh? Mereka adalah generasi terbaik bagi umat Islam sebagaimana sabda Nabi s.a.w: “Sebaik-baik generasi ialah generasiku (sahabat), kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’in) dan kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabi’ al-Tabi’in).” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Manaqib, hadis no: 3650. Inilah manhaj sebenar ahli sunnah wal jamaah, iaitu mereka yang berpegang teguh dengan al-Quran dan sunnah dan mengikuti semua ajaran yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w sama ada berupa iktikad, ibadah, muamalah atau akhlak sebagaimana yang difahami dan dilaksanakan oleh generasi salafussoleh dan para pengikut mereka hingga ke hari ini. 2. Apabila tarikh sebenar terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj tidak diketahui secara jelas oleh generasi salafussoleh, ini menunjukkan bahawa mereka tidak mengkhususkan apa-apa upacara sambutan atau amal ibadah tertentu seperti puasa, solat, bacaan wirid mahupun doa yang khusus sempena tarikh tersebut. Ada golongan yang lebih ekstrem beranggapan bahawa beribadah pada malam 27 Rejab ini adalah lebih utama berbanding ibadah pada malam lailatulqadar. Sekiranya terdapat amalan khusus sempena peristiwa Israk dan Mikraj tentu generasi salafussoleh mengetahui dengan pasti tentang bila sebenarnya ia berlaku sebagaimana amalan sunnah lain yang ditentukan waktu amalannya seperti puasa ‘Asyura pada tarikh 9 dan 10 Muharram, puasa pada hari-hari ‘putih’, iaitu pada tarikh 14, 15 dan 16 setiap bulan, beribadah pada malam lailatulqadar yang boleh berlaku pada mana-mana malam ganjil pada 10 malam terakhir bulan Ramadan dan lain-lain lagi. Ini semua hanya memperlihatkan bahawa tidak terdapat amalan khusus sempena peristiwa Israk dan Mikraj. Sekiranya memperingati malam Israk dan Mikraj dengan ibadah tertentu itu disyariatkan serta membawa kebaikan di dunia mahupun akhirat, tentu sekali orang pertama yang akan melaksanakannya adalah Rasulullah s.a.w, para sahabat serta generasi salafussoleh yang lain. Namun, tidak ada satu riwayat yang sahih daripada baginda, para sahabat serta generasi salafussoleh termasuk imam-imam mazhab seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad tentang wujudnya amal-amal ibadah tertentu sempena malam Israk dan Mikraj. Menurut Syeikh Muhammad Abdul Salam Khadr al-Syaqiry r.h: “Pembacaan kisah al-Mikraj dan berkumpul untuk merayakannya pada malam 27 Rejab adalah bidaah. Sementara oang yang mengistimewakan malam tersebut dengan zikir dan ibadah adalah bidaah. Doa-doa yang khusus dibaca pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan hanyalah ciptaan manusia dan bidaah. Sekiranya amalan-amalan tersebut baik, sudah pasti para sahabat telah melakukannya terlebih dahulu. Juga tidak ada dalil pasti yang menetapkan bilanya terjadi peristiwa Israk dan juga bulannya.” – Rujuk Kitab al-Sunan wa al-Mubtada’at karya Syeikh Muhammad Abdul Salam Khadr al-Syaqiry (edisi terjemahan bertajuk Bidaah -Bidaah yang Dianggap Sunnah), ms. 153-154. Ibn al-Haj al-Maliki r.h berkata: “Antara bidaah yang diciptakan pada malam 27 Rejab adalah sambutan malam Israk dan Mikraj.” – Rujuk Kitab al-Madhkal karangan Ibn al-Haj, jil. 1, ms. 294. 3. Ulama ahli sunnah wal jamaah melihat pentingnya sentiasa berpegang teguh dengan sunnah Nabi s.a.w dalam melakukan amal ibadah. Setiap amalan yang tidak ada contohnya daripada Nabi s.a.w, ia tertolak walaupun dianggap baik. Para ulama ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak oleh ALLAH. Amat penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia dan tidak diterima oleh ALLAH. Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana ALLAH dan mengikuti (ittiba’) sunnah Nabi s.a.w. yang tsabit. Sekiranya kedua syarat yang telah digariskan di atas atau salah satu darinya tidak dipenuhi, amal ibadah tersebut dianggap terbatal dan tidak diterima. Firman ALLAH S.W.T: “DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat).” – Surah al-Mulk: 2. Maksudَ ‘yang lebih baik amalannya’ adalah sebagaimana tafsiran Fudhail bin ‘Iyaadh r.h, iaitu: “Yang paling ikhlas dan yang paling benar. Mereka bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin ‘Iyaadh), apakah yang dimaksudkan dengan yang paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail bin ‘Iyaadh: Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas akan tetapi tidak benar nescaya tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas nescaya tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar. Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu kerana ALLAH dan yang dimaksudkan dengan benar ialah amal itu di atas dasar sunnah.” – Dinukil daripada Kitab al-Masaa-il (Masalah-Masalah Agama), karya Abdul Hakim bin Amir Abdat, jil. 2, ms. 258. Berlandaskan pada kaedah ini maka para ulama ahli sunnah wal jamaah menolak untuk mengkhususkan amalan tertentu pada malam 27 Rejab sempena peristiwa Israk dan Mikraj kerana Nabi s.a.w tidak pernah memerintahkan umatnya untuk melakukannya. Imam Ibn Nuhas al-Syafie r.h berkata: “Sesungguhnya peringatan malam Israk dan Mikraj adalah bidaah yang besar dalam agama yang dibuat oleh Ikhwan al-Syayatin (sahabat-sahabat syaitan).” – Rujuk Tanbih al-Ghafilin karya Ibn Nuhas, ms. 379-380. Sewajarnya umat Islam memastikan bahawa amal ibadah mereka benar-benar bebas dari syirik ataupun riak dan ia ikhlas hanya ditujukan untuk mendapat keredhaan ALLAH. Di samping itu, kita juga wajib mengamalkan ibadah yang benar-benar berasaskan sunnah Nabi s.a.w dan bebas dari amalan-amalan bidaah kerana semua bidaah menyesatkan walaupun nampak seperti amalan yang boleh membawa kepada kebaikan. Kita hendaklah benar-benar faham bahawa mencontohi Rasulullah s.a.w adalah bukti jelas menunjukkan kecintaan kita kepada ALLAH sebagaimana firman-NYA: “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi ALLAH maka ikutlah aku, pasti ALLAH Mengasihi kamu serta Mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” – Surah Ali Imran: 31. 4. Ahli sunnah wal jamaah berkeyakinan bahawa syariat Islam telah sempurna sebelum Rasulullah s.a.w wafat dan tidak memerlukan ciptaan amalan-amalan baru yang tidak pernah dianjurkan mahupun diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Apa yang ada pada zaman Rasulullah s.a.w tidak termasuk sebahagian syariat agama maka ia juga tidak akan menjadi sebahagian agama pada hari ini dan buat selama-lamanya. Oleh itu, segala amal ibadah para ahli sunnah wal jamaah sentiasa berdalil kepada sunnah Nabi s.a.w yang tsabit dan meninggalkan amal ibadah yang hanya berdasarkan rekaan manusia serta hadis-hadis lemah atau palsu. Mereka menggabungkan antara ilmu dan ibadah. Ini berbeza dengan golongan selain mereka yang melakukan amal ibadah tanpa ilmu sehingga amalan-amalan bidaah mudah meresap dan kemudiannya dianggap sunnah. Sekiranya pada zaman Rasulullah s.a.w masih hidup, baginda langsung tidak pernah menyuruh para sahabat menghidupkan malam 27 Rejab dengan amalan-amalan khusus sempena memperingati malam Israk dan Mikraj, maka dapat kita fahami bahawa hal tersebut bukan sebahagian dari agama pada hari ini dan selama-lamanya. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa peristiwa Israk dan Mikraj merupakan tanda kebesaran ALLAH dan ia membuktikan betapa tingginya darjat sayyidul mursalin (penghulu segala rasul), iaitu Muhammad bin Abdullah s.a.w. Firman ALLAH S.W.T: “Maha Suci ALLAH yang telah menjalankan hamba-NYA (Muhammad) pada malam hari dari masjidilharam (di Makkah) ke masjidilaqsa (di Palestin, yang KAMI berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) KAMI. Sesungguhnya ALLAH jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” – Surah al-Israa’: 1. Melalui peristiwa tersebut terdapat begitu banyak pelajaran yang begitu bermanfaat yang tidak selayaknya sekiranya ia hanya ingin diketengahkan pada tarikh 27 Rejab. Mari kita perhatikan beberapa pegajaran penting dari peristiwa tersebut secara ringkas: a. Ia membatalkan fahaman bahawa ALLAH berada di mana-mana sebagaimana iktikad kelompok menyeleweng seperti Muktazilah dan Jahmiyah. Melalui peristiwa ini Nabi Muhammad s.a.w telah di angkat ke atas langit untuk bertemu dengan ALLAH. Ini membenarkan iktikad bahawa ALLAH bersemayam di atas ‘Arasy yang terletak di atas langit. Firman ALLAH S.W.T: “ALLAH yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian DIA bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain daripada ALLAH. Oleh itu, tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredhaan-NYA)?.” – Surah al-Sajadah (32) : 4. Iktikad ini juga telah disepakati oleh imam-imam mazhab yang empat termasuk Imam Syafie r.h. Imam al-Zahabi r.h telah menyebutkan di dalam kitabnya al-‘Uluw li al-‘Aliy al-Ghaffar bahawa Imam Syafie r.h pernah berkata: “Pendapatku tentang sunnah, di mana aku berpegang kepadanya dan juga sebagaimana ia menjadi pegangan orang-orang yang aku lihat seperti Sufyan, Malik dan lain-lain, iaitu pengakuan terhadap persaksian bahawa tiada TUHAN selain ALLAH dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasulullah serta beriktikad bahawa ALLAH itu berada di atas Arasy-NYA yang terletak di atas langit-NYA.” – Rujuk kitab Manhaj Akidah Imam al–Syafie karya Dr. Muhammad A.W. al-‘Aqil, ms. 282. b. Melalui peristiwa inilah ALLAH telah memfardukan ibadah solat sebanyak lima waktu sehari. Ini membuktikan keagungan serta keistimewaan ibadah solat ini berbanding dengan ibadah-ibadah lain. Tidak seperti ibadah lain, kewajipan ibadah solat diwahyukan terus kepada Nabi Muhammad s.a.w pada malam berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj tanpa melalui perantaraan malaikat Jibril. c. Peristiwa ini juga membuktikan bahwa Rasulullah s.a.w memilki status yang lebih tinggi berbanding rasul-rasul yang lain. Ketika Israk baginda telah menjadi imam kepada semua para Nabi dan Rasul, iaitu mengerjakan solat dua rakaat di dalam masjidilaqsa. Oleh itu, sewajarnya kita taat kepada ajarannya serta menghindari segala larangannya. d. Rasulullah s.a.w juga telah diperlihatkan balasan ngeri yang dikenakan kepada penghuni neraka yang melakukan dosa-dosa besar seperti mengumpat dan manusia yang menyeru ke arah kebaikan namun dia sendiri tidak mengamalkannya. e. Rasulullah s.a.w juga telah diperlihatkan keindahan syurga melalui peristiwa ini dan ia boleh dijadikan sumber motivasi untuk kita melakukan perkara-perkara yang makruf. f. Melalui peristiwa ini juga kita dapat mempelajari nilai-nilai murni yang terdapat dalam diri para sahabat. Ketaatan serta keyakinan tanpa berbelah-bahagi kepada Rasulullah s.a.w jelas kelihatan di dalam jiwa mereka apabila menerima berita yang dianggap tidak munasabah oleh golongan musyrik Makkah. Ketika dikhabarkan berita ini walaupun dianggap tidak logik oleh golongan musyrikin, namun Abu Bakar r.a hanya menjawab: “Sesungguhnya aku telah membenarkan baginda terhadap apa yang lebih jauh dari ini. Aku membenarkan baginda terhadap berita dari langit yang baginda bawa.” – Hadis riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak. Jawapan daripada Abu Bakar al-Shiddiq tentang peristiwa ini menunjukkan keyakinan serta ketaatan tanpa berbelah-bahagi kepada baginda. Walaupun baginda telah lama wafat, namun umat Islam pada zaman ini masih boleh menunjukkan ketaatan yang sama sebagaimana amalan generasi para sahabat dengan mematuhi segala perintah Rasulullah s.a.w dan menghindari segala larangan. Selain itu, dia perlu mengamalkan segala sunnahnya dan menjauhkan segala bentuk amalan bidaah, syirik, khurafat dan perkara lain yang membawa kepada kekufuran. Perkara-perkara yang telah penulis gariskan di atas merangkumi hal-hal berkaitan akidah, ibadah, muamalah serta akhlak yang amat penting dan ia memerlukan penjelasan yang berterusan terhadap umat Islam keseluruhannya dan bukan sekadar menanti setahun sekali, iaitu pada tarikh 27 Rejab. Demikianlah beberapa perbahasan tentang amalan-amalan yang dianggap sunnah pada bulan Rejab. Kesimpulannya tidak ada dalil yang sah menunjukkan adanya amalan-amalan khusus seperti solat, puasa, umrah, zikir-zikir, bacaan istighfar tertentu, doa-doa sempena bulan Rejab. Hendaklah seluruh umat Islam menghindari amalan-amalan yang tidak pernah diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Sewajarnya kita tetap taat dalam mengikuti hanya amalan-amalan yang sabit daripada baginda s.a.w.. Ini adalah kerana setiap amalan yang tidak ada contohnya daripada baginda ianya tidak diterima sebagai ibadah. Sabdanya: Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama) apa-apa yang tidak ada padanya, maka tertolaklah ia. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Sulh, no: 2697. Barangsiapa yang melakukan satu amal yang bukan dari suruhan kami (iaitu di dalam perkara berkaitan agama), maka tertolaklah ia. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Aqdhiyah, no: 1718. |
Posted in 1


KHUTBAH TERAKHIR (KHUTBAH WIDA’)
JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.
Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW – disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.
“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida’

Mudah-mudahan ALLah golongkan aku sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW
(Among the contents extracted from the last Sermon delivered by Rasulullah SAW on the Ninth Day of Zulhijjah 10 AH at the Uranah Valley of Mount Arafah)
In the Name of Allah Most Beneficient and Most Merciful
O People, lend me an attentive ear, for I don’t know whether, after this year, I shall ever be amongst you again. Therefore listen to what I am saying to you carefully and take this words to those who could not be present here today.
O People, just as you regard this month, this day, this city as Sacred, so regard the life and property of every Muslim as a sacred trust. Return the goods entrusted to you to their rightful owners. Hurt no one so that no one may hurt you. Remember that you will indeed meet your Lord, and that He will indeed reckon your deeds. ALLAH has forbidden you to take usury (Interest), therefore all interest obligation shall henceforth be repealed.
Beware of Satan, for your safety of your religion. He has lost all hope that he will ever be able to lead you astray in big things, so beware of following him in small things.
O People, as much as you have your rights over your women, they too have their rights over you. If they have fulfilled your rights then they too deserve the rights to be fed and clothed in kindness. Treat your women well and be kind to them for they are your partners and comitted helpers. And your rights over them are to disallow anyone you dislike into your houses and you are forbidden to commit adultery.
O People, listen to me in earnest, worship Allah, perform the five daily prayers (Solah), fast during the month of Ramadhan, perform Zakat from your wealth, perform Hajj if you can afford to. Know that every Muslim is the brother of another Muslim. (All mankind is from Adam and Eve, an Arab has no superiority over a non-Arab nor a non-Arab has any superiority over an Arab; also a white has no superiority over black nor a black has any superiority over white) You are all equal. Nobody is more superior than the other except in piety and good action.
Remember, that one day you will appear before Allah and be accountable for every deed you have committed. So beware, do not ever be lead astrayed from the path of righteousness after I am gone.
O People, No Prophet or Apostle will come after me and no new faith will be born. Therefore, O People, reason well, understand my words which I have conveyed to you. I leave behind two things; which if you hold to both strongly, forever, you will never be lead astrayed. That is – the QUR’AN and my SUNNAH (examples)
All those who listen to me shall pass on my words to others and those to others again; and may the last ones understand my words better than those who listen to me direcly. I bear witness O Allah that I have conveyed Your Message to Your people.
Khutbah Wada’ di sebut dalam hampir semua kitab Hadis. Antara lain – Sahih al-Bukhari:Hadith no. 1623, 1626, 6361 & 98. Imam al-Tirmidhi juga menyebut dalam Hadith-Hadith no. 1628, 2046, 2085. Imam Ahmad bin Hanbal telah menerangkan versi yang paling panjang dan paling lengkap dalam Musnad, Hadith no. 19774.

Kami Cinta RasuluLLah - Kaki Gua Hira'
AMONG THE IMPORTANT CONTENTS FROM – THE PROPHET MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W.’s LAST SERMON

Ja Sayang & Haram Al-Shariff - Mecca Mac 2000
Pian datang seperti yang dijanjikan. Jam 0550, teman baru selesai berpakaian. Minta dia dan anaknya ke surau dulu kerana kami akan bersolat subuh di sana. Selesai tunaikan kewajipan, kami bertiga memecut ke Malim Nawar. Lobai dah bersedia dengan peralatannya. Sebelum mendaki jalan Cameron Highlands, kami bersarapan di gerai baru tepi jalan Kampung Tanjung. Boleh tahan jugak persembahan gerai ini !

Ketika makan, teman dah dapatkan maklumat awal program pagi ni daripada Ketua Pengarah PASTI. Jam 1000 pagi akan bermula. Doa kami sepanjang perjalanan semoga ALLah selamatkan kami dan tiba tidak terlalu lewat. Memang tempoh tiga jam kalau boleh tiba ke Manek Urai dari Simpang Pulai ni, sangat hebat le pemamndu dan kenderaannya!

Pagi Bening
0945 tiba di Gua Musang. Pedal minyak memang teman tekan habis pagi ni. Setakat itulah sahaja kemampuan Rusa teman ni. Lebih kurang 20 kilometer nak sampai ke Manek Urai Baru, laluan trafik amat perlahan. Hasilnya kami tiba di situ hampir jam 1100.

Guru PASTI & Pimpinan

Taujihat Cikgu Azri
Slot pemuda dan pimpinan PASTI dah berakhir. Sahabat-sahabat dah bergerak ke gerai di depan pos Polis ? ( Apa le guna tenaga Polis yang begitu ramai berkawal di kampung nih ? Memang ngabiskan duit rakyat betul ! )

Motivasi MP Rantau Panjang
YB Zailah sedang menyampaikan ceramah motivasi kepada guru-guru PASTI Kelantan. Ucapannya bersemangat dan mudah-mudahan guru-guru dapat melakukan sesuatu bagi membantu kemenangan Abe Uji nanti.

Mesra 1

Mesra 2

Mesra 3
Selepas membasahkan tekak, kami ikut serta di dalam program ziarah pengundi-pengundi di Kampung Manek Urai Baru. Program ini memberikan kami pengalaman yang amat berharga. Banyak manfaat yang ditimba daripada masyarakat Kelantan sepanjang ziarah ini – guru politik Islam di tanah air kita ini.

Mesra 4
At least kenyang betul kami dengan jamuan buah-buahan yang disajikan oleh penduduk yang kami ziarahi.

Durian Kunyit
Petik sendiri pun boleh. Orang Kelantan ni memang pemurah. Apa tidaknya, tiga kerusi Parlimen diberikan kepada pimpinan luar Kelantan untuk bertanding dan mewakilinya sekarang. Berkesan sungguh tarbiyah TGNA.

Abe Taa 1

Abe Taa 2

Abe Taa 3
Kot ada lebih rezeki lebih boleh le sumbangkan kepada beliau. Atau kita kenang kembali soal ikhlas di dalam perjuangan. Kalau ada hadiah or sumbangan biarlah jamaah yang berharta, bukannya kita !
Malamnya kami penuhi dengan mendenngar majlis ilmu di masjid. Ceramah Ustaz Mansur, Mudir MTQ Pulai Chondong tentang Isra’ Mikraj walaupun ringkas tetapi padat dengan pengajaran. Makan malam sekali lagi kami disajikan dengan harga yang tidak munasabah, sama seperti makan tengah hari tadi. Buat duit betul peniaga di sini dengan mengetuk pelanggan !
Kembali semula ke Manek Urai Baru kerana ada ceramah umum. Pengerusinya bekas ahli Parlimen Jeli. Penceramah pertama AF Ustaz Idris Ahmad diikuti oleh YB Ust Nasuruddin Daud, Walaupun hujan renyai-renyai, para pendengar tidak berganjak kerana isi dan penyampaian Speaker DUN Kelantan nih betul-betul power !

Presiden PAS
Kemuncak majlis malam ini ialah ceramah oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Ustaz Hadi begitu bersemangat malam ini memberikan penerangan dan motivasi kepada seluruh pengundi N.41 untuk menolak BN serta menguburkan umno Selasa nanti !
Habis ceramah kami berehat seketika. Masjid Manek Urai Baru begitu selesa kepada kami.Senang nak membersih diri dan persekitarannya dingin. Tidur pun lena hingga ke dinihari.

SK Manek Urai - Tempat berlangsungnya sambutan mi segera Hari Guru Negeri Kelantan ntah kali keberapa taun ni !
Jam 0900 ada mesyuarat JK harian di Sg Perial. Sebelum mesyuarat Ustaz Idris sempat menyampaikan peringatan dan nasihat kepada kami. Pasca Bandung 2005, ni le baru ada peluang bersantai dengan mantan timbalan KP Pemuda PAS. Laa ni dah jadi Ketua Penerangan PAS Pusat.

Bersama Pengarah JPN Perak
Jam 1130 selesailah misi kami di Manek Urai. bagi melengkapkan 25 jam tour ini, kami singgah sebentar di Pos Besar N.41. Selesa jugak layanan di sini. Takle macam Bukit Gantang dulu, too much security prochedur ! Macam nak masuk Kamunting pulak. Tak nampak pun kelibat Unit Amalnya sama ada yang elit ataupun tidak elit !

Hj Saleh & Pian setia berposing
Tepat 1230 kami meninggalkan N.41. 25 jam penuh bermakna. Mudah-mudahan ALLah berikan kemenangan kepada Islam di bumi bertuah hari Selasa depan. Teruskan jihad dan doa tuan-tuan. Keikhlasan kerja buat kita akan memberikan hasil yang baik, sekurang-kurangnya kepada diri kita sendiri. Takbir !
Pics On The Way Home




Kelah Gua Musang

Pinggir Pos

Beliau & Us
Posted in MyPAS
Syukur kepada Ilahi kerana telah mengizinkan putera kami telah menghabiskan hafazan juzuk keduanya Jumaat lepas.
Awal pagi ni, Lobai setuju bawa AD ke Masjid Jeram.
Sesekali putera kami ini perlu didedahkan dengan field work jemaah. Mudah-mudahan akan berterusan menjadi ansoruLlah, aamiiiin !

Cenonet !

Squad
Kunjungan hormat Jawatankuasa Harian Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia ke pejabat Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Kenangan di pejabat MB Kelantan

Bersama SU Sulit MB Kelate

Sebelumasuk ke pejabat MB

Cikgu Hasan & Kadir menjamu selera.

Tempat Solat Dhuha TGNA
Posted in PASTI

Posted in MyPAS



Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:
Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.
Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.
Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:
(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum.
Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.
Cara berpuasa yang tidak berkesan:
(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan
Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia:
(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
(v) Merokok
Fasa-fasa puasa yang berjaya:
Fasa pertama (2-3hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah
Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.
Fasa ketiga(14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.
Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:
(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan
Manfaat puasa yang berkekalan:
(i) Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:”Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari
puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).”
Ramadan adalah bulan impian bagi semua insan Muslim. Di bulan mulia ini terdapat pelbagai keistimewaan luar biasa yang tidak pernah kita temui di bulan-bulan lainnya. Sepuluh hari pertama bulan ini dipenuhi dengan `rahmat’ (keberkatan), sepuluh hari pertengahan dihiasi dengan `maghfirah’ (keampunan) dan di sepuluh hari terakhir diberkati dengan `itqun min an-nar’ (kebebasan dari api neraka).
Bulan ini pula telah dimuliakan Allah s.w.t. dengan menurunkan al-Quran sebagai panduan hidup bagi manusia (Surah al-Baqarah, ayat 185), iaitu pada malam Nuzul al-Quran, 17 Ramadan pada tahun Kenabian Muhammad s.a.w. atau bertepatan dengan 6 Ogos 610 Masihi. Tatkala bulan ini menjelma, semua pintu syurga dibukakan, semua pintu neraka dikuncikan, dan diikatkan semua syaitan, (Hadis riwayat Muttafaqun `Alaih).
Bulan ini pula dikenal dengan `bulan bonus’ bagi umat Islam di mana dalam bulan inilah Allah s.w.t. melimpahkan pahala berlipat ganda dan menghapuskan dosa-dosa masa silam bagi sesiapa sahaja yang melaksanakan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan.
Puncak keistimewaan luar biasa bulan ini adalah apabila diturunkan satu malam, Lailatul Qadar (malam kemuliaan) sebagai Malam kemuliaan yang lebih baik daripada seribu bulan (Surah al-Qadr, ayat 3). Sesiapa sahaja yang berpuasa pasti amat berhasrat untuk menjumpainya. Bila Lailatulqadar itu muncul?
Lailatulqadar ini diyakini akan muncul pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, terutamanya di malam-malam yang ganjil. Perkara ini dapat kita semak dari sebuah kisah Siti Aisyah r.a: Bila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w. mengikat kuat kainnya (menambah kesungguhan ibadatnya), menghidupkan malam (dengan banyak berzikir dan bermunajat), membangunkan keluarganya (untuk ikut bertaqarrub kepada Allah) (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Kesungguhan Rasulullah melakukan ibadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan dapat kita semak dari hadis berikut, seperti diceritakan Siti Aisyah r.a.: Beliau (Rasulullah s.a.w.) beribadat hingga menjelang subuh (Hadis riwayat Muslim).
Apa sebenarnya terdapat pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan itu sehingga Rasulullah begitu tekun meningkatkan kuantiti (bilangan rakaat) dan kualiti (kekhusyukan dan tawaduk) ibadatnya di malam-malam tersebut?
Tekun dan khusyuknya Rasulullah beribadat pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadan tidak terlepas daripada keinginan baginda untuk menemui malam Lailatulqadar, iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Perkara ini amat jelas terakam dalam ayat berikut: Sesungguhnya Kami turunkan ia (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatulqadar). Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Ketahuilah bahawa malam kemuliaan itu adalah lebih baik dari seribu bulan (83 tahun 4 bulan). (Surah al-Qadr, ayat 1-3).
Lailatulqadar adalah malam kemuliaan yang memiliki nilai lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa sahaja yang beribadat di malam itu adalah lebih baik nilainya dengan beribadat selama 83 tahun empat bulan. Usia purata manusia yang hidup di akhir zaman ini sangat jarang yang mencecah angka 70 tahun, apatah lagi 80 tahun dan seterusnya. Bahkan usia Nabi Muhammad adalah 63 tahun sahaja. Berapa lamakah usia kita?
Pernahkah kita terfikir untuk mampu beribadat kepada Allah selama 83 tahun? Mungkinkah ia berjaya dicapai? Rasanya sangat sukar untuk melakukan perkara itu, mengingat keadaan dalaman kita (iman yang turun naik) dan pengaruh luaran (kecenderungan berbuat maksiat dari pelbagai aspek kehidupan yang kita hadapi setiap masa). Pendek kata, Lailatulqadar adalah malam yang bernilai lebih baik daripada 1,000 bulan. Ia sentiasa datang di setiap sepuluh terakhir dari bulan Ramadan. Kesempatan emas ini janganlah kita biarkan berlalu begitu sahaja.
Waktu engkau masih kanak-kanak………….
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu’, Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa…………..
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku…
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji…….
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu…pagi-pagi…surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau…..
Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan…
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku………
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu………
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu…
Setiap saat berlalu…
Dan akhirnya…..
kubur yang setia menunggu mu………..
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati…
Di kuburmu nanti….
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah “Al-Qur’an”,kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu…….
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali…
Baca dan pelajari lagi Aku….
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu…. Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri….
Dalam bisu dan sepi….

Al-Haram

Baitil 'Atiq
Posted in 1

An-Nahdhoh
Ahad 2 Ramadhan, 23 Ogos 2009
Selesai subuh di Masjid Jamek, kami bergegas ke van. Cadang nak tinggalkan wirid tadi tetapi tidak berjaya kerana imam bertugas tak dapat hadir pagi ini.
Cik Salleh menjalankan tugas dengan jayanya. Jam 9.00 pagi kami dah memasuki An-Nahdhoh. Cubaan menggunakan laluan lain dimudahkan ALLah kali ini.


Program mula jam9.35 pagi. Secara beransur kita mesti cuba disiplinkan diri sewaktu menjalankan program jamaah. Lambat-laun pasti akan berjaya ‘ on-time’.
Asri berucap mewakili tuan rumah. Peserta ijtimak guru PASTI ada sekitar 150 orang. Cukup le untuk menggempur Permatang Pasir pagi ni.
Seterusnya Cikgu Azrin memberikan tazkiyah dan motivasinya. Teori hujah yang diutarakan beliau bermanfaat buat guru PASTI nanti. Pengarah Jentera Pilihanraya PAS N 011, Dato’ Haji Mahfuz Omar membuat penggulungan motivasi. Meskipun ringkas tetapi guru-guru PASTI cukup berpuashati dengan penerangan dan saranan beliau.

Naib Presiden PAS
Sebelum majlis berakhir, Ustaz Mutalib Haji Maarof, pemilik An-Nahdhoh memberikan tazkirah dan doa penutup. terima kasih daun keladi, jangan serik terima kami lagi . . .


Selepas taklimat ringkas, kami turun menziarahi pengundi di DUN ini. Teman lead kumpulan ketiga. Syukur, dalam hujan urusan tersebut berjaya kami selesaikan sebelum waktu zohor.

Ziarah

Setia sahabat
Jam 3.00 petang berlangsung Majls Sumbangan Adil Fitri 1430H kepada orang-orang miskin di dalam Parlimen Kampar. Majlis ini dianjurkan oleh Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kampar dengan kerjasama Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kampar.

Hadir- Lelaki

Hadir - Wanita
Program berlangsung di Pusat Kegiatan Masyarakat, Kampung Tualang Sekah. Majlis dihadiri oleh pimpinan PAS Kawasan Kampar, wakil Datin Seri Hajah Fatimah Taat dan wakil rakyat DUN Malim Nawar dan DUN Simpang Pulai bagi pihak Pakatan Rakyat Negeri Perak.
Pengerusi Lajnah memulakan ucapan aluan diikuti oleh Tuan Timbalan Yang Dipertua PAS Kampar. Selepas itu hadirin dihidangkan dengan santapan rohani oleg AF Ustaz Anuar Morat, Setiausaha Urusan Ulamak PAS Kampar.
Meskipun ringkas tetapi tazkirah itu padat dengan nasihat buat bekalan mengharungi akhir Ramadhan ini. Mudah-mudahan semua mendapat pengampunan ALLah serta pembebasan daripada siksaan api neraka, amiiiiiiin
Selepas itu kami bergegas ke Kampung Madrasah untuk tujuan yang sama. Bob dan Faizal telah tiba lebih awal di surau itu.

Pentazkirah

Penerima Sumbangan

Pembantu Setia

Nahnu AnsoruLLah

Moga diberkati . . .
Selepas berjemaah solat Asar, AF Ustaz Uthman menyampaikan tazkirah. Isinya banyak menyentuh tentang amalan penting pada akhir Ramadhan. moga semua dapat memanfaatkan peluang yang diberikan ALLah kali ini. Tahun hadapan belum tentu kita dapat bertemu dengan Ramadhan Al-Mubarak.
“Sesungguhnya Allah Ta’ala itu Maha Memberi, Ia mencintai kedermawanan serta akhlak yang mulia, Ia membenci akhlak yang buruk.” (HR. Al Baihaqi, di shahihkan Al Albani dalam Shahihul Jami’, 1744)
Dari hadits ini demikian dapat diambil kesimpulan bahwa pelit dan bakhil adalah akhlak yang buruk dan bukanlah akhlak seorang mukmin sejati. Begitu juga, sifat suka meminta-minta, bukanlah ciri seorang mukmin. Bahkan sebaliknya seorang mukmin itu banyak memberi. Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.” (HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)
Selain itu, sifat dermawan jika di dukung dengan tafaqquh fiddin, mengilmui agama dengan baik, sehingga terkumpul dua sifat yaitu alim dan juud (dermawan), akan dicapai kedudukan hamba Allah yang paling tinggi. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rizqi oleh Allah serta kepahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyadari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (HR. Tirmidzi, no.2325, ia berkata: “Hasan shahih”)
Allah Subhanahu Wa Ta’ala benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Ia menjanjikan banyak keutamaan dan balasan yang menakjubkan bagi orang-orang yang gemar bersedekah. Terdapat ratusan dalil yang menceritakan keberuntungan, keutamaan, kemuliaan orang-orang yang bersedekah.
Usai tazkirah, majlis penyampaian dijalankan. Ketua Cawangan bersama Ust Uthman menyantuni penduduk di sini menerima sumbangan. Mudah-mudahan usaha kecil ini bermakna di sisi ALLah SWT dan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita …………..
Dari hadits ini demikian dapat diambil kesimpulan bahwa pelit dan bakhil adalah akhlak yang buruk dan bukanlah akhlak seorang mukmin sejati. Begitu juga, sifat suka meminta-minta, bukanlah ciri seorang mukmin. Bahkan sebaliknya seorang mukmin itu banyak memberi. Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
???? ?????? ??? ?? ???? ?????? ????? ?????? ?? ??????? ????? ?????? ?? ???????
“Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Tangan di atas adalah orang yang memberi dan tangan yang dibawah adalah orang yang meminta.” (HR. Bukhari no.1429, Muslim no.1033)
Selain itu, sifat dermawan jika di dukung dengan tafaqquh fiddin, mengilmui agama dengan baik, sehingga terkumpul dua sifat yaitu alim dan juud (dermawan), akan dicapai kedudukan hamba Allah yang paling tinggi. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
?????? ?????? ?????? ???: ??? ???? ???? ????? ?????? ??? ???? ??? ??? ???? ??? ????? ????? ??? ??? ???? ???? ????? ???????
“Dunia itu untuk 4 jenis hamba: Yang pertama, hamba yang diberikan rizqi oleh Allah serta kepahaman terhadap ilmu agama. Ia bertaqwa kepada Allah dalam menggunakan hartanya dan ia gunakan untuk menyambung silaturahim. Dan ia menyadari terdapat hak Allah pada hartanya. Maka inilah kedudukan hamba yang paling baik.” (HR. Tirmidzi, no.2325, ia berkata: “Hasan shahih”)
Keutamaan Bersedekah
Allah Subhanahu Wa Ta’ala benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Ia menjanjikan banyak keutamaan dan balasan yang menakjubkan bagi orang-orang yang gemar bersedekah. Terdapat ratusan dalil yang menceritakan keberuntungan, keutamaan, kemuliaan orang-orang yang bersedekah. Ibnu Hajar Al Haitami mengumpulkan ratusan hadits mengenai keutamaan sedekah dalam sebuah kitab yang berjudul Al Inaafah Fimaa Ja’a Fis Shadaqah Wad Dhiyaafah, meskipun hampir sebagiannya perlu dicek keshahihannya. Banyak keutamaan ini seakan-akan seluruh kebaikan terkumpul dalam satu amalan ini, yaitu sedekah. Maka, sungguh mengherankan bagi orang-orang yang mengetahui dalil-dalil tersebut dan ia tidak terpanggil hatinya serta tidak tergerak tangannya untuk banyak bersedekah.
Diantara keutamaan bersedekah antara lain:
1. Sedekah dapat menghapus dosa.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
??????? ????? ??????? ??? ????? ????? ?????
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi, di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)
Diampuninya dosa dengan sebab sedekah di sini tentu saja harus disertai taubat atas dosa yang dilakukan. Tidak sebagaimana yang dilakukan sebagian orang yang sengaja bermaksiat, seperti korupsi, memakan riba, mencuri, berbuat curang, mengambil harta anak yatim, dan sebelum melakukan hal-hal ini ia sudah merencanakan untuk bersedekah setelahnya agar ‘impas’ tidak ada dosa. Yang demikian ini tidak dibenarkan karena termasuk dalam merasa aman dari makar Allah, yang merupakan dosa besar. Allah Ta’ala berfirman:
???????????? ?????? ??????? ????? ???????? ?????? ??????? ?????? ????????? ?????????????
“Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah? Tiada yang merasa aman dan azab Allah kecuali orang-orang yang merugi.” (QS. Al A’raf: 99)
2. Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhir.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan tentang 7 jenis manusia yang mendapat naungan di suatu, hari yang ketika itu tidak ada naungan lain selain dari Allah, yaitu hari akhir. Salah satu jenis manusia yang mendapatkannya adalah:
??? ???? ????? ???????? ??? ?? ???? ????? ?? ???? ?????
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” (HR. Bukhari no. 1421)
3. Sedekah memberi keberkahan pada harta.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
?? ???? ???? ?? ??? ??? ??? ???? ???? ???? ??? ???
“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.” (HR. Muslim, no. 2588)
Apa yang dimaksud hartanya tidak akan berkurang? Dalam Syarh Shahih Muslim, An Nawawi menjelaskan: “Para ulama menyebutkan bahwa yang dimaksud disini mencakup 2 hal: Pertama, yaitu hartanya diberkahi dan dihindarkan dari bahaya. Maka pengurangan harta menjadi ‘impas’ tertutupi oleh berkah yang abstrak. Ini bisa dirasakan oleh indera dan kebiasaan. Kedua, jika secara dzatnya harta tersebut berkurang, maka pengurangan tersebut ‘impas’ tertutupi pahala yang didapat, dan pahala ini dilipatgandakan sampai berlipat-lipat banyaknya.”
Posted in MyPAS
Awal pagi dah keluar jemput AD di MTQ Selepas hantar dia ke rumah dan pesan lebih kurang, terus ke SKS. Di tapak perhimpunan sedang berlangsung acara penutup sambutan kemerdekaan. Jam 10.00 nanti akan berlangsung majlis khatam Al-Quran dan sumbangan ‘Idil Fitri. Teman terlibat menjalankan acara kuiz di ambang ‘Idil Fitri. 10 soalan kuiz terbuka kepada semua murid.
Jam 1100 pagi minta izin keluar.
Haji Saleh dah sedia menunggu. Kami terus ke TMJ untuk bertemu dengan Ustaz Shuib dan Ramadhan. 10 minit kemudian kami meninggalkan TMJ menuju ke Port Dckson. Masa yang ada agak selesa kerana mesyuarat akan bermula jam 3.00 petang nanti. Teman ambil peluang tidur-tidur ayam di belakang.

Ramadhan & Viva
Ustaz Shuib terus melayan Ramadhan bersembang hinggalah tiba di tol Port Dickson. Terimbau kenangan sewaktu praktikum di SK Rasah Jaya dulu. Jalan ini sering teman lalui.
Kami tiba d Batu 8, Teluk Kemang tepat jam 2.00 petang. Kami diarahkan ke Desa SiRusa. Rupanya petugas di situ tersilap maklumat. Di situ tempat mesyuarat ajk PAS Pusat. Selepas solat jamak di situ kami terus ke PASTI At-Taqwa.

Di depan Markaz Batu 8

Bersama Bakal Calon
Teman dan Haji Saleh ambil kesempatan tinjau jajahan Teluk Kemang. Banyak yang kami lihat sebagai bekal dua minggu lagi.

PASTI At-Taqwa
Hampir jan 6.00 petang kami jemput Ustaz Shuib. Kami ke Taman Springhill untuk melninjau rumah sewa. Jarak ke medan tempur cuma 4 km. Selepas memastikan segala kemudahan asas untuk para petugas tersedia dan boleh dipeeroleh nanti kami meninggalkan pekan Siliau.

Mahligai Kami
Kami terus ke Masjid Negeri di Seremban. Syukur, walaupun jalan jammed kami sempat duduk di meja hidangan 3 minit sebelum azan Maghrib. Juadah bebuka simple je, kuih-muih dan bubur lambuk.Selepas solat, Haji Saleh mencadangkan kami ke Kajang. Malang hari ini, jalan jammed dan kedai banyak tutup. Teman bawa kengkawan keluar ke pekan Batu 9, Cheras. Syukur ada sebuah kedai makan yang beroperasi. Kami betul-betul lapar, makan selagi terdaya mulai jam 1030. Kami meninggalkan pekan Batu 9 tepat jam 11.15 malam.

Lapor ..............

Ramadhan & Hj Saleh di Masjid Negeri 9

Memory of 1994 - Mat Jeng
Perjalanan pulang tersekat-sekat sedikit kerana banyak kenderaan di lebuh raya. Kami keluar di Tol Tapah. Membasahkan tekak di Gerai Anwar Maju, Batu 3. Selepas itu teman dan Haji Saleh terus ke MJK kerana ada urusan qiamun Ramadhan yang belum diselesaikan ari ni . . . . . .
Posted in MyPAS
Selepas solat Subuh, kami ke Ipoh menghantar Imam Masjd Jamek ( pelajar MTQ ) pulang sesudah menyelesaikan tugas mengimamkan solat Tarawih di sini selama 28 malam.
OTW home, kami singgah ke pasar awam Kampar membel sedikit barang. Ja telefon bagitau Adik muntah cirit dan sekarang dan lembik macam kain kat rumah. Teman bertenang kerana semuanya perencanaan ALLah. Sambil berdoa, teman membersihkan adik untuk di bawa ke hospital.
Di bilik kecemasan, segalanya diuruskan segera oleh doktor dan jururawat di situ. Adik dimasukkan ke wad 4 dan di tangan kirinya dimasukkan air satu botol. Alamatnya, kami akan beraya di hospital le tahun ini. Teman pasrah asalkan ada kebaikan untuk semua.

Anak Bongsu Ambe
Nurse benarkan teman cuti sekejap untuk tunaikan solat Jumaat d Masjid AnNur. Selepas ambil semua peralatan teman berehat di wad 4 sambil jaga adik yang kelihatan amat lemah akibat kehilangan banyak air dalam badan pagi tadi.
Teman berbuka dan solat Maghrib di Masjid Jamek sekejap. Ramai yang bertanya khabar adik. Malam ni solat Isyak dan Terawih di wad 4 saja. Jam 11 malam nanti akan tukar shift dengan Ja untuk jaga adik.
Bawa anak-anak qiam di Masjid AnNuur. Malam ni dan pagi esok ada program Urusan Ulamak di sini. Selepas qiyamulail, kami bersahur …………………
Posted in Rutin
Usai sahur, kami ke Masjid Tapah. Hají Din janji ambik daging di situ. Tunggu hampir setengah jam baru anaknya beritahu yang bapanya tunggu kami d rumah sembelih Chenderiang. Kami bersabar, mungkin ini ujian qiyamulail.
Selepas muatkan daging di atas lori Che Mat kami ke markaz Jeram. Di sana Helmi, Lobai dan anaknya dah sedia menunggu. Timbang daging dan isi dalam beg plastik kami lakukan daai atas lori sahaja. Syukur kepada ALLah kerana ada extra 10 beg plastik lagi. Terima kasih kepada para penderma.Mudah-mudahan sedekah ini bemanfaat kepada penerimanya dan kita semua.

Kerja, Kerja !

Sahabat & Daging
130 kg daging segar selesai diedakan ke seluruh Parlimen Kampar sebelum jam 10.00 pagi. Teman terus ke pasar untuk beli sedikit barang memasak yang Ja pesan dari atas hospital via sms tadi. AD dan Aqi antikan ibunya untuk jaga adik di wad 4. Ja terus dihantar balik ke rumah untuk memasak juadah berbuka puasa dan sedikit rendang buat anak-anak.
Teman kembali ke hospital untuk jaga adik. Waktu adik lelap, teman pun ambil kesempatan untuk berehat melupakan dunia yang sibuk ini seketika.
Malam tu, kami sekeluarga berkelah makan juadah raya di hospital. Sesudah jamuan, teman dan dua anak ke SMTD. Ziarah ayahanda dan adk-adik. Rehat sebentar, bersembang dan makan kuih raya. Jam 12.00 teman beredar meneruskan agenda syawal bersama anak-anak di MJK
Posted in MyPAS
Mengimami subuh di MJK. Sepi sungguh pagi ini kerana hanya 6 orang bersolat. Yang lain, biasalah dunia akhir zaman, rumah ALLah ini bukan tumpuan utama pada musin raya sebegini.
Oleh kerana tiada orang di rumah, kami terus ke Restora Bidaya. Mudah urusan nanti jika anak-anak dan kenyang. AD dan AB makan nasi putih berlaukkan ayam goreng pagi ini. Selepas itu kami ziarah Anie di kubur. Dua tahun berlalu, kenangan kepada Anie tidak kunjung padam. Mudah-mudahan ALLah masukkan Anie ke dalam golongan orang-orang yang beriman.
Kami solat sunat di MJK. Selesai solat, Ja mesej yang adik boleh keluar dah Kami naik ke atas bawa baju raya adik. Balik ke rumah masak lauk ala kadar lalu kami makan seisi keluarga. Tepat jam 12.00 kami keluar rumah menuju ke kampung di Parit.

Adik & Cot

Thank You, Nurse
Di sana hanya Yong sekeluarga yang tinggal. Maey dan Zul dah pulang ke negeri masing-masing. Kami ke Chemor ziarah Wah dan Mak Kechik. Selepas itu singgah di Manjoi, ziarah Makcik Na dan Chor. Ngantuk betul nak nyampaikan ke rumah mak di Belanja. Jam 12.15 t/malam teman terkapar keletihan. Dapat le tidur lena. Lama juga dah tak tidur di rumah ……………..

Our Raya

Sayang Mak !
Posted in Rutin
Tiba di SMTD sebelum zohor.
Tunggu Yop tiba. Dah lebih duA tahun tak jumpa dia sekeluarga.
Jam tiga petang dia orang sekeluarga tiba. Haru jugak suasana. Fina dah besar panjang. Anak dara 18 tahun. Kot Yop takde nanti, ni ler sorang yang teman boleh nikahkan. Anak sendiri . . . takde can le, semua lelaki.
Abah sangat gembira sebab anak yang dinanti akhirnya pulang juga. Syukur kepada ALLah Yang Maha Kuasa.

SMTD Kami

Dua Anak Jantan Abah & Menantu
Jam 6 petang kami pulang ke Batu Putih siapkan juadah bebuka ala kadar.
Posted in Rutin
Selesai urusan periuk nasi terus ambil Ja d sebelah. Seharian ini terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan selepas dua hari kursus.

Singgah tunaikan kewajipan solat Jumaat d Masjid Tapah. Ja tumpang duduk kat kedai Dobi Haji Shukri. teruskan pejalanan, guna lebuh raya hanya bila tiba di Slim River. Layan call Boan tentang ticketing air asia hampir lima belas minit. Terlepas nak isi minyak di RR Ulu Bernam. Hasilnya terpaksa masuk ke Rawang kerana takut gangguan kenderaan.

Ligat Betul !
Tiba di Shah Alam betul-betul waktu ‘Asar. Kami masuk ke Kompleks PKNS selepas itu.Ja dengan urusan peribadinya. Teman melayan dak kecik di Restoran The Scene. Cadang tadi nak tido saja di kerusi lepak. Dak kecik ni mana boleh duduk diam . .

From The Mirror

Kompleks PKNS
Melayan anak sambil berehat panjang di komplek PKNS. Memang tadi tak makan tenga hari. Sengaja untuk mengelakkan mengantuk ketiak memandu kereta. Ja dan anak-anak makan nasi lemak bekalan dari sekolahnya tadi. Banyak jugak kerenah Adik dan Baihaqi di sini. Nasib baik le boleh diurus. Kami menemankan Ja makan piza dan chicken cop di situ. Harganya lebh sedikit jika dibandingkan dengan tempat kami makan di Ipoh.
Syukur ALLah selamatkan kami tiba di rumah adinda Lina jam 9.45 malam. Letih ….. malam tu dapat tidur lena.

Di rumah Cik Na

Ja dan anak-anak ditinggalkan di Bidara Palma. Teman ke Bagan Pinang, Banyak kerja jemaah menunggu untuk dibereskan di situ.
Jam 5.30 pagi keluar dari tempat penginapan untuk jemput Ja & Co. Pagi ni teman tak perasan langsung simpang Tanjung Agas, hasilnya tambah 35 km lagi. Terpaksa gunakan laluan Lubuk Cina ke Masjid Tanah. Nasib le . . . . . . .

Jalan-jalan
Ja menyertai dua program jamuan raya PASTI di dalam DUN Bagan Pinang. Jam 5.00 petang kami tinggalkan Springhill selepas ziarah rumah petugas di situ. Teman bawa keluarga mencuba laluan ke Sepang dan akan masuk lebuh raya melalui KLIA.

Baner

Pantang Jumpa Air


Tunggu di Departure Hall

Dah Nak balik Ni
Posted in Rutin
Petang ni bawa anak-anak ke Ipoh. Janji nak benarkan dua budak tu mandi di kolam tepi sungai. Sebelum tu teman ke BIMB dan Cipta Printing uruskan hal PASTI Perak.
Kolam tak diservis jadi tak boleh mandi ( kotor ). Anak-anak makan bekalan di tepi kolam.

Posted in Rutin



Bridge View
Posted in Rutin
Khamis, 29 Oktober 2009.
Bertolak dari rumah jam 1600. Sianggah di persimpangan Cameron Highlands untuk solat Asar. Walaupun tempat ini milik taukeh berbangsa Cina, namun dilengkapi dengan surau dan tandas yang selesa. Ja sempat memborong sedikit ole-ole.
Tiba di Kb jam 2200. Check in dan damaikan anak-anak di bilik. Buat sedikit kerja dan masuk tidur hampir jam 1.00 pagi. Jam 4.0o, Jakpo telefon. Selesai urusan jam 5.00 pagi. rehat sekejap sebelum turun solat subuh di Masjid Muhammadi

Selepas ziarah di Dusun Muda dan PUTIK, teman ke perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-VI. Syukur kepada ALLahj segala urusan berjalan lancar.
Selesailah sudah majlis perasmian Sambutan 25 Tahun PASTI Malaysia yang disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan. Majlis diakhiri dengan jamuan tengah hari di bilik tetamu pejabat stadium.


Posted in PASTI
Bismillah…Lihat lah paparan paparan yang menarik untuk anda ketahui sewaktu Jemaah mengerja kan Ibadah Haji pada tahun 1953..penuh dengan ketaqwaan dan kesungguhan sebenar bila menatap gambar2 itu..terasa keinsafan dalam diri kerana merasa amat bertuah dan bersyukur jika di bandingkan sewaktu zaman nenek moyang kita mengerjakan ibadah haji yang mana tiada banyak kemudahan yang selesa di sediakan pada waktu ituh (Tahun 1953)berbanding dengan zaman kita sekarang..alhmdulilah syukur kita kehadrat Allah swt ….syukran wasalam..

Posted in Uncategorized
Keluar dari Suria jam 11.00 pagi. Terus ke Wakaf Stan untuk cari klinik homopati yang dicadangkan oleh Nik. Jumpa klinik dan terus daftar masuk dengan Doktor Nasaruddin. Maap saja le tuan doktor, situasi klinik dan out looking doktor tidak meyakinkan kami untuk berubat di situ.
Kembali ke KB dan hantar Ja buat rawatan di klinik homopati depan pejabat PAS Kelantan. Teman ke kedai cenderamata di Jalan Kuala Krai untuk cari hadiah buat PAS Kelantan.
Selesai urusan kami meninggalkan KB tepat jam 1500.
Kami gunakan laluan KB – Rantau Panjang.

Masjid Cina di Rantau Panjang
( kata Dr Abu Hassan bin Ubaidullah – satu saat ada tujuh trillion maklumat disebarkan di dalam dunia kita )
Singgah di Bukit Bunga dan Batu Melintang. Syukur ALLah selamatkan perjalanan kami dan tiba di KBP jam 2230. Membersih diri dan rehat …………..
Posted in Rutin
Ahad 8 November 2009Pagi ni selepas bermesyuarat di Masjid Jamek terus ke Padang Bandaran Kampar. Hari ini DPP Kampar menganjurkan pertandingan Futsal Piala YDP PAS Kampar kali Keempat. Program dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Sdr Salman Salleh.

Padang


Keletihan

Teman & Co.

The Game
Posted in Rutin
Imam Nawawi Al-Bantani (Al-Jawi) pernah menuliskan keagungan Fathimah Az-Zahra ketika berbicara masalah hak dan kewajiban suami isteri.


Suatu hari Rasulullah saw menjenguk Az-Zahra. Ketika itu ia sedang membuat tepung dengan alat penggiling sambil menangis.
“Kenapa menangis, Fatimah?” tanya Rasulullah, “Mudah-mudahan Allah tidak membuat matamu menangis lagi.”
“Ayah,” Fatimah menjawab, “Aku menangis kerana batu penggiling ini, dan lagi aku hanya menangisi kesibukanku yang silih berganti.”
Rasulullah saw kemudian mengambil tempat duduk di sisinya. Fatimah berkata, “Ayah, demi kemuliaanmu, mintakan kepada Ali supaya membelikan seorang budak untuk membantu pekerjaan-pekerjaanku membuat tepung dan menyelesaikan pekerjaan rumah.”
Setelah mendengar perkataan puterinya, Rasulullah bangkit dari tempat duduknya dan berjalan menuju tempat penggilingan. Beliau memungut segenggam biji-bijian gandum dimasukkan ke penggilingan. Dengan membaca Bismillaahirrahmaanirrahiim maka berputarlah alat penggiling itu atas izin Allah. Beliau terus memasukkan biji-bijian itu sementara alat penggiling terus berputar sendiri, sambil memuji Allah dengan bahasa yang tidak dipahami manusia. Alat penggiling itu terus berjalan sampai biji-bijian itu habis.
Rasulullah saw berkata kepada alat penggiling itu, “Berhentilah atas izin Allah.” Seketika alat penggiling itu pun berhenti. Beliau berkata sambil membacakan ayat Al-Quran,
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras dan tidak pernah mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya, dan mereka selalu mengerjakan segala yang diperintahkan.”
(Surah At-Tahrim:6)
Merasa takut jika menjadi batu yang kelak masuk neraka, tiba-tiba batu itu bisa berbicara atas izin Allah. Ia berbicara dengan bahasa Arab yang fasih. Selanjutnya batu itu berkata, “Ya Rasulullah, demi Zat Yang Mengutusmu dengan hak menjadi Nabi dan Rasul, seandainya engkau perintahkan aku untuk menggiling biji-bijian yang ada di seluruh Timur dan Barat, pastilah akan kugiling semuanya.”
Nabi saw bersabda, “Hai Batu, bergembiralah kamu. Sesungguhnya kamu termasuk batu yang kelak dipergunakan untuk membangun gedung Fatimah di syurga.” Seketika itu batu penggiling bergembira dan berhenti.
Nabi saw bersabda kepada puterinya, Fatimah Az-Zahra, “Kalau Allah menghendaki hai Fatimah, pasti batu penggiling itu akan berputar sendiri untukmu. Tetapi Allah menghendaki untuk mencatat kebaikan-kebaikan untuk dirimu dan menghapus keburukan-keburukanmu serta mengangkat darjatmu. Hai Fatimah, setiap isteri yang membuatkan tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka Allah mencatat baginya memperoleh kebajikan dari setiap biji yang tergiling, dan menghapus keburukannya serta meninggikan darjatnya.
Hai Fatimah, setiap isteri yang berkeringat di sisi alat penggilingnya kerana membuatkan bahan makanan untuk suaminya, maka Allah memisahkan antara dirinya dan neraka sejauh tujuh hasta. Hai Fatimah, setiap isteri yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisirkan rambut mereka dan mencucikan baju mereka, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahala
orang yang memberi makan seribu orang yang sedang kelaparan, dan seperti pahala orang yang memberi pakaian seribu orang yang tidak berpakaian.
Hai Fatimah, setiap isteri yang tidak menjaga tetangganya, maka Allah kelak akan mencegahnya (tidak memberi kesempatan baginya) untuk minum air dari telaga Kautsar pada hari kiamat. Hai Fatimah, tetapi yang lebih utama dari itu ialah keredhaan suami terhadap isterinya. Sekiranya suamimu tidak meredhaimu, tentu maka aku tidak akan mendoakan dirimu.”
“Bukankah engkau mengerti, Hai Fatimah, bahawa redha suami itu menjadi bagian dari redha Allah, dan kebencian suami merupakan bagian dari kebencian Allah.”
Hai Fatimah, manakala seorang isteri mengandung, maka para malaikat memohon ampun untuknya, dan setiap hari dirinya dicatat memperoleh seribu kebajikan dan seribu keburukannya dihapus. Apabila sampai rasa sakit menjelang waktu melahirkan, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahala orang-orang yang berjihad di jalan Allah. Apabila telah melahirkan,
dirinya terbebas dari segala dosa seperti keadaannya setelah dilahirkan ibunya.”
Hai Fatimah, setiap isteri yang melayani suaminya dengan niat yang benar, maka dirinya terbebas dari dosa-dosanya seperti pada hari dirinya dilahirkan ibunya. Ia tidak keluar dari dunia (yakni mati) kecuali tanpa membawa dosa. Ia menjumpai kuburnya sebagai pertamanan surga. Allah memberinya pahala seperti seribu orang yang berhaji dan berumrah, dan seribu malaikat memohonkan
keampunan untuknya hingga kiamat.”
“Setiap isteri yang melayani suaminya sepanjang hari dan malam hari disertai hati yang baik, ikhlas dan niat yang benar, maka Allah mengampuni dosanya. Pada hari kiamat kelak dirinya diberi pakaian berwarna hijau, dan dicatatkan untuknya pada setiap rambut yang ada ditubuhnya dengan seribu kebajikan, dan Allah memberi pahala kepadanya sebanyak seratus pahala orang yang mengerjakan haji dan umrah.”
Hai Fatimah, setiap isteri yang tersenyum manis di muka suaminya, maka Allah memperhatikannya dengan penuh rahmat.”Hai Fatimah, setiap isteri yang menyediakan diri untuk tidur bersama suaminya dengan sepenuh hati, maka ada seruan yang ditujukan kepadanya dari langit, `Hai Wanita, maka hadapkanlah dengan membawa amalmu. Sesungguhnya Allah telah mengampuni
dosa-dosamu yang berlalu dan yang akan datang.”Hai Fatimah, setiap isteri yang menyapu minyak rambut suaminya dan juga menghiaskan janggut, kumis dan memotong kuku-kukunya, maka Allah kelak memberi minum kepadanya dari rahiqim makhtum dan dari sungai yang ada di syurga.
Bahkan Allah kelak akan meringankan beban sakaratul maut. Kelak dirinya akan menjumpai kuburnya bagaikan taman surga. Allah mencatatkan dirinya terbebas dari neraka dan mudah untuk melalui titian sirath.

Posted in Rutin

Ia berkata, “Wahai Abu Ubaid, apakah engkau mengenal anakku Ibrahim? Seorang petinggi Basrah memintaku agar Ibrahim dinikahkan dengan anak perempuannya, permintaan itu aku tolak. Namun sekarang, demi Allah aku tertarik dengan bidadari yang kau sebut tadi. Aku rela jika bidadari itu menjadi pengantin bagi anakku. Mendengar ucapan tersebut, orang-orang terkesiap. Sontak mereka bertakbir. Ummu Ibrahim lalu berkata “Wahai Abu Ubaid, demi Allah aku telah ridha dengan bidadari itu sebagai pendamping Ibrahim. Apakah engkau mau menikahkan mereka sekarang juga, dengan mengambil dariku sepuluh ribu dinar sebagai maharnya? Semoga Allah menjadikannya pahlawan yang mati syahid, sehingga mampu memberi syafa’at bagiku dan bapaknya di hari kiamat.”
Abu Ubaid berkata, “Baiklah, aku bersedia. Semoga kalian berdua mendapat keberuntungan yang besar.” Sang ibu berteriak, “Hai Ibrahim… hai Ibrahim…” Lalu seorang pemuda tampan berkelebat keluar dari kerumunan manusia sambil berkata, “Baiklah ibu… baiklah ibu.” “Wahai anakku, apakah engkau rela dengan bidadari yang disebut sifatnya tadi sebagai istrimu, dengan jantungmu yang kau korbankan di jalan Allah sebagai maharnya?” tanya sang ibu. “Baiklah ibu, aku bersedia,” jawab Ibrahim.
Wanita tua itu bergegas menuju rumahnya guna mengambil sepuluh ribu dinar. Kemudian uang itu diletakkan di hadapan Abu Ubaid. Setelah itu ia menengadah ke langit sambil berdoa, “Ya Allah, saksikanlah, bahwa aku menikahkan putraku dengan bidadari. Sebagai maharnya ia akan mengorbankan jantungnya dalam perang di jalanMu. Maka terimalah ini wahai Dzat Yang Maha Mengasihi.”
Lalu kepada Abu Ubaid ia berkata, “Sepuluh ribu dinar ini adalah mahar bagi bidadari itu. Berbekallah dengannya dalam berperang di jalan Allah.”
Wanita itu lalu pergi membeli kuda dan alat perang yang bagus serta bekal untuk perjalanan beberapa hari dan menitipkan pesan kepadanya dengan apa yang ia lihat dan ia dengar. Para Mujahidin yang lain pun sedang menata bekal berperang. Ketika hendak berpisah dengan anaknya, wanita itu mengalungkan kafan dan memberikan minyak wangi (yang biasa ditaburkan ke tubuh jenazah) kepada anaknya. Ia menatap anaknya dalam-dalam, seolah jantungnya akan membuncah keluar dari dada. Ia berpesan, “Kalau kamu bertemu dengan musuh , pakailah kain kafan ini dan taburkan minyak ini ke tubuhmu. Jangan sampai Allah melihatmu lalai di jalan-Nya.”
Ummu Ibrahim mendekap anaknya, memeluk dan menciumnya, lalu berkata, “Pergilah anakku. Allah tak akan lagi mempertemukanku denganmu kecuali kelak di hadapan-Nya.”
Ibrahim pergi bersama pasukan. Pandangan sang ibu mengikutinya sampai ia tak lagi terlihat. Ketika pasukan telah sampai di wilayah musuh, dan kedua pihak saling berhadap-hadapan dalam formasi siap tempur, Ibrahim maju ke barisan terdepan. Dimulailah peperangan. Anak panah pun beterbangan mengiringi pertempuran kedua pasukan.
Sementara itu, Ibrahim berhasil menyusup ke barisan musuh dan memporakporandakannya. Ia berhasil membunuh lebih dari tiga puluh tentara musuh. Ketika musuh menyadari serangan Ibrahim yang luar biasa ini, mereka segera mengepung dan menyerangnya. Ada yang menombaknya, memukul dan menusuknya. Dan Ibrahim tetap tegar melakukan perlawanan sampai kehabisan tenaga, akhirnya Ibrahim terjatuh dari kudanya dan segera dihabisi oleh lawan.
Pertempuran itu berakhir dengan kemenangan kaum Muslimin yang berhasil memukul mundur musuh. Mereka pulang kembali ke Basrah. Sesampainya di Basrah, semua penduduk keluar menyambut. Ummu Ibrahim ada di kerumunan orang-orang yang menyambut kepulangan mujahidin itu. Matanya menatap tajam setiap sosok pasukan. Ketika melihat Abdul Wahid, ia menghampiri sambil bertanya, “Wahai Abu Ubaid, apakah Allah merestui pernikahan anakku sehingga aku bahagia, atau Ia menolaknya, sehingga aku bersedih?” Abu Ubaid menjawab, “Allah telah menerimanya. Aku berdoa semoga sekarang anakmu bersama para syuhada yang dirahmati Allah.”
Seketika itu ia berteriak, “Subhanallah… segala puji bagi Allah yang mengabulkan keinginanku dan menerima ibadahku.” Ia berlari pulang ke rumah yang kini ia tinggali sendirian setelah berpisah dengan anaknya dengan sangat gembira. Ia dekap baju Ibrahim hingga tertidur.
Keesokan harinya Ummu Ibrahim bergegas menuju majlis. Sesampainya di sana, ia berkata, “Wahai Abu Ubaid semalam aku melihat anakku telah berada dalam taman yang indah. Di atasnya ada kubah hijau. Ia berbaring di atas kasur yang berhiaskan mutiara. Di atas kepalanya ada mahkota yang berkilauan. Ia berkata kepadaku, “Wahai ibu, bergembiralah. Maharku telah diterima, dan pengantin pun telah bersanding.”
******
Mereka adalah orang-orang yang menyadari, bahwa tak ada tempat lari ketika ajal menjemput. Mereka segera menjemput kematian, sebelum kematian itu menjemput mereka. “Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki….” (Ali Imran : 169)

Cemburu Kami kepada Tuan
Posted in 1
Pagi Ahad ini PASTI Adik mengadakan Majlis Hari Qnya.
Tahun ini adik hanya meraih hadiah Minda Cerdas. Syukurlah dan mudah-mudahan dia akan terus belajar bersingguh-sungguh untuk kejayaan pada masa hadapan.

Adik mengalunkan azan.

Ibu Tunggu Adik


Posted in PASTI
Posted in PASTI
Posted in Rutin
|
Jenayah ragut yang berlaku tanpa mengenal sesiapa terus mengakibatkan insan tidak berdosa menjadi mangsa dan lebih malang ada nyawa menjadi korban. Dalam kejadian di Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur, semalam, seorang mangsa, Abdul Rahman Mohd. Kaladin, 34, maut manakala isterinya, di atas pengusung cedera parah akibat jenayah tersebut. – utusan/MOHD HATIM MAZLAN
|
KUALA LUMPUR 7 Dis. – Kekejaman jenayah ragut seolah-olah tidak ada penghujungnya dengan mangsanya tidak mengenal usia.
Kurang dua minggu lalu seorang warga emas berusia 66 tahun maut setelah terjatuh daripada motosikal yang dibonceng akibat diragut di Alor Setar.
Hari ini jenayah ragut itu meragut pula nyawa seorang lelaki selain mencederakan isterinya di Jalan Jejaka di sini.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd. Hashim berkata, sejurus tiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai telah dihimpit dua lelaki.
“Kedua-dua suspek yang menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z telah menghimpit kenderaan mangsa untuk meragut sebelum pasangan itu hilang kawalan dan memasuki Jalan Perkasa 1.
“Namun semasa membelok masuk ke jalan itu, motosikal mangsa telah merempuh pagar simen sebuah rumah sebelum tercampak ke tepi jalan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.
Penjenayah terbabit dikatakan sempat melarikan seutas rantai leher milik isteri mangsa.
Tambahnya, ketika kejadian terdapat seorang saksi cuba mengejar suspek, namun kedua-dua penjenayah itu sempat melarikan diri ke arah Jalan Perkasa 1.
Ekoran rempuhan itu Ahmad Amir memberitahu, mangsa yang tinggal di Kampung Pandan mati di tempat kejadian manakala isterinya cedera parah.
Posted in Rutin
Prof Dr Pauzi Deraman dan keluarga tiba tepat jam 5.30 petang. Selepas berehat di tempat penginapan, Prof Dr Pauzi dibawa ke Masjid Jamek Kampar untuk menunaikan solat Maghrib dan seterusnya menyampaikan ceramah sempena sambutan Ma’al Hijrah tahun ini.
Sementara menunggu korum ceramah yang terpaksa bersolat di surau satelit masing-masing, Naib Pengerusi Masjid Jamek Kampar mengepalai acara membaca Zikir Asmaul Husna dan Solawat Badawi.
Tepat jam 8.00 malam Dr Pauzi memulakan ceramah dengan memetik antara mutiara kata Dr Yusuf Abdullah Qhardawi pagi tadi di Putrajaya.
Seterusnya Dr Pauzi mengisahkan sirah RasuluLLah dengan pengajaran untuk kita laksanakan masa kini. Teringat teman sewaktu menadah ilmu Hadis di dalam kuliah Tasawur Islam ILHAM 1997 lampau. Ceramah ilmiah yang begitu menarik malam ini.
Posted in MyPAS
Posted in MyPAS
Posted in 1
Kuliah Ilmu Dr Pauzi diteruskan awal pagi ini. Jam 5.45 tadi Haji Salleh telah menjemput Dr Pauzi di tempat penginapan dan dibawa terus ke Surau’Amaliah, Taman Sentosa. Sebaik sahaja selesai solat subuh, kuliah subuh Dr Pauzi pun bermula.
Kehadiran pagi ini boleh tahan. …………..
Posted in 1